Wednesday, 25 February 2015

THE PROMISED LAND : SEMUA KERANA ORANG LUAR

ANAK ANAK TUN RAZAK SELAIN NAJIB MENAFIKAN
BAHAWA BAPA MEREKA ADA MENINGGALKAN 'HARTA PUSAKA'
JUTAAN MALAHAN RATUSAN JUTA UNTUK
MEREKA
TETAPI
P.M.O. MENGATAKAN SEBALIKNYA PULAK
                                                  MARUAH YANG DICALAR
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Iraq hancur kerana orang luar masuk campur
Afganistan lebur kerana orang luar masuk campur
Mesir tersembam gugur kerana mainan orang luar gak.
Libya punah juga kerana komplot orang luar juga.

Nampaknya tiada satupun negara  akan selamat sekiranya ada orang luar masuk campur.

Pak Lah tersingkir kerana  mainan 'orang luar' dari Kabinet
Najib pulak ashik-asyik mengimpot orang luar juga sebagai 'konsultan'..naik punah ekonomi

Tak cukup dengan itu..1MDB juga 'berpartner' dengan orang luar (Arab),orang luar jugak..berbillion ringgit hutang terkumpul.

Nak dijadikan cerita semuanya kerana angkara 'orang luar'.

Yang tak sedap didengar sekarang ini, cerita Arwah Tun Razak juga ditimbultan dari angkara orang luar.

Orang luar yang bukan dari keluarga Allahyarham Tun Razak pulak 'mengesahkan' Tun Razak ada meninggalkan 'harta pusaka' yang tak ternilai jumlahnya kepada Najib tetapi adik beradik yang lain menafikan pula 'cerita' ini. Kalau setakat cerita atau berita dari 'kedai kopi' bolihlah kita sanggah tetapi berita ini dipublishkan olih New York Times....biar betik!!!

Nampaknya 'mainan ' orang luar' yang tidak 'tersenarai' didalam 'Ahli Keluarga' terdekat Tun Razak 'telah menjejaskan 'imej dan maruah' serta nama Perdana Menteri Malaysia yang kedua ini.

Sekiranya cerita 'busuk' ini  tidak dibersihkan olih 'anak-anak' Tun Razak sendiri, terutama olih pewaris yang tua iaitu Najib Razak, dikhuatiri, keseluruhan 'kebaikan' dan 'kejujuran' Allahyarham didalam 'menjaga amanah' negara akan menjadi 'bahan lawak' rakyat..terutama apabila kedatangan PRU 14 nanti...



             NYT: 'Harta pusaka sumber kekayaan Najib'


                          

Akhbar berpengaruh The New York Times memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) sewaktu menjelaskan sumber kekayaan tokoh politik itu.

Akhbar itu juga menyebut beberapa keping gambar isteri perdana menteri Rosmah Mansor dengan pelbagai jenis beg tangan mahal yang tersebar meluas di media sosial.

Ia juga mendakwa ia memperolehi salinan invois bernilai berjuta-juta dolar pesanan barangan kemas beliau di Hong Kong pada 2008 dan 2009.

The New York Times menyiarkan kenyataan PMO dalam laporannya  berkaitan ahli perniagaan Jho Low yang ada hubungan dengan ahli keluarga Najib dan gaya hidup mewah mereka.

Jho Low dilaporkan membantu anak tiri Najib, Riza Aziz untuk membeli kondominium mewah di New York dan membiayai penerbitan filem Hollywood yang dilakukan Riza.

P/S : Nak tanya jugak Riza ni salah  seorang dari 'cucu' Tun Razak ke ? Atau adakah Riza ini 'cucu' kesayangan Allahyarham Tun Razak. Setahu saya Rosmah hanya bernikah dengan Najib selepas arwah Tun Razak meninggal dunia, bila pulak 'budak' ni jadi cucu Tun Razak???
Zaman Najib ni..macam-macam bolih...

                                                  Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment