Wednesday, 11 March 2015

THE PROMISED LAND : ANTARA GST, 1MDB DAN MASA DEPAN RAKYAT

APAKAH RAKYAT BAKAL TERBEBAN DENGAN HUTANG  BERATUS BILLION RINGGIT
INI. MAMPUKAH KERAJAAN 'UMNO' MENYELESAIKAN??
ATAU MALAYSIA BAKAL 'TERGADAI' DEK ANGKARA
TRANSFORMASI NAJIB/

                                             

                                   NASI DAH HANGIT

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim

Malaysia dibawah Najib sedang meniti  pogram Transformasi.  Transformasi adalah kata kunci Najib. Bermacam-macam 'transformasi'  dicanangkan dan diantara yang dijanjikan adalah seperti dibawah ini :-

TRANSFORMASI UNTUK SEMUA – NAJIB RAZAK :-


Ini adalah diantaranya :-

1. Pada malam ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi pihak diri saya selaku ketua kerajaan dan bagi pihak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP.

2. Kedua-dua prakarsa bermula masing-masing pada tahun 2010 dan 2011 adalah bersama-sama dengan Program Transformasi Politik atau PTP dan Program Transformasi Sosial atau PTS. Ia membentuk Dasar Transformasi Nasional bagi memacu Malaysia ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun dua ribu dua puluh.

3. Alhamdullilah, suka saya melaporkan kepada rakyat Malaysia bahawa dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahupun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang telah dirancang berjaya dicapai. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

4. Perancangan dan pelaksanaan ETP dan GTP bukan sahaja membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, tetapi ia juga merupakan eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.

5. Rakyat terbanyak serta semua pihak yang berkepentingan boleh, melalui proses perundingan dibuat menyumbang melalui makmal-makmal yang diadakan dalam proses pembentukan GTP dan ETP. Mereka juga mampu menilai pencapaian kedua-dua prakarsa ini melalui laporan tahunan dan laporan berkala yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Dari apa yang dijanjikan olih Najib setelah beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, hasilnya adalah seperti dibawah ini :-


Malaysia’s external debt tripled to RM740 billion last year :-


Malaysia's external debts grew by more than three-fold in less than a year, from RM196 billion at the end of 2013 to a whopping RM740.7 billion in the third quarter of last year. -

Apa yang menyumbang kepada peningkatan hutang ini?  Atau mampukah pemimpin negara kita untuk 'mengurus' hutang yang sebegni tinggi ? Difahamkan juga 1MDB sendiri menaangung hutang lebih dari RM40 Biliun dan ini tidak termasuk RM4 biliun kepada SRC dan yang terkini RM970 juta di'inject' kepada 1MDB .Adakah negara kita mempunyai 'keupayaan' untuk 'menjelaskan' hutang ini?

Tidak cukup deengan itu, beliau telah mengolah 1MDB , sehinggakan kini 1MDB adalah 'tunjang' pelaburan kepada Kementerian Kewangan dimana Najib adalah Menteri Kewangannya. Nak tahu apa yang diraih  olih syarikat 'anak emas yang sedang menetaskan telur emas' bak kata ' Ku Adnan,, baca kat bawah lagi "-

Dari luahan blog Che Det :- Tun Dr Mahathir 


The Edge dalam rencananya menyebut bahawa kos pinjaman berbilion Ringgit luar biasa tingginya.

9. Pada 1 September 2009 1 Malaysia Development Bhd (1MDB) menggegarkan industri perbankan apabila bersetuju membayar faedah 5.75% keatas hutang RM 5 billion. Hutang ini dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Biasanya bon Kerajaan membayar hanya 4.0%. Petronas membayar 3.6% sahaja.

10. Pada tahun 2014 1MDB berhutang lagi sebanyak US Dolar 1.75 billion (RM 5.6 billion) dengan faedah sebanyak 5.99%.

11. Tetapi 1MDB cuma dapat US1.554 billion (RM4.973 billion) kerana sebanyak US196 million (RM 630 million) ditolak untuk komisyen, bayaran fees dan perbelanjaan. Ini bermakna kos pinjaman berjumlah 11.25% dari wang yang dipinjam.

12. Pada Mac 2013, 1MDB Global Investment Ltd telah pinjam USD3.0 billion (RM 9.6 billion) dengan faedah 4.4%. Tetapi 1MDB mendapat hanya USD2.717 billion (RM8.7 billion) kerana USD283 million (RM 906 million) atau 9.44% dipotong untuk membayar komisyen, fees dan perbelanjaan.

13. Bayaran sebanyak 11.25% dan 9.44% adalah kepada Goldman Sachs, pengurus pinjaman hutang ini.

14. Sebaliknya sebuah Syarikat Equisar International Incorporated, milik Kerajaan Sarawak membayar Goldman Sachs hanya 1.25% (USD10 million) apabila mengurus pinjaman USD800 million.

15. Jurucakap Kerajaan menjelaskan bahawa 1MDB memiliki harta bernilai lebih dari RM40 billion sedangkan hutangnya hanya RM38 billion. Oleh itu rakyat tidak perlu bimbang. Tetapi kenapa bayaran kepada Goldman Sachs begitu tinggi?

Tak cukup dengan itu, berbagai cerita 'berlegar' dimaya 'siber' mengatakan 1MDB dah kena 'kencing', samaada secara suka rela atau secara berpakat, hanya, yang empunya ' kuasa veto' bolih menjawapnya :-

                    SEBAHAGIAN Dari Sarawak Report :-

Jho Low Claimed The “PM/ FM” Gave Approval To Keep Bank Negara In The Dark On 1MDB Loan

HEIST OF THE CENTURY – How Jho Low Used PetroSaudi As “A Front” To Siphon Billions Out Of 1MDB!


Together with London’s Sunday Times newspaper, Sarawak Report has completed an in-depth investigation into the trail of the missing billions at the heart of Malaysia’s 1MDB (One Malaysia Development Berhad) financial scandal.

We have obtained access to thousands of documents and emails relating to transactions by 1MDB, including its initial joint venture with the little known oil company PetroSaudi International from 2009.

“PROJECT UGANDA” – Why Was A UBG Bank Executive Employed As 1MDB’s Investment Manager During PetroSaudi’s Loan And Buy Out Negotiations?



Documents available to Sarawak Report highlight the key role played by a well-known contact of the tycoon Jho Low, called Nik Faisal Ariff Kamil, during the company PetroSaudi International’s negotiations to raise a further billion dollars in loans out of 1MDB in the course of 2010.

Tidak cukup dengan nilai hutang negara yang beratus bilion ini, kini Kerajaan  tiada jalan lain selain mengenakan cukai GST pula. Bak kata Dr Mahathir :-

Batalkan GST atau hilang undi, kata Dr Mahathir


Terpulang kepada rakyat untuk memberitahu kerajaan mereka tidak akan dipilih semula sebagai parti pemerintah jika lebih banyak cukai dikenakan, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini. -

Tetapi Kerajaan Najib 'berjanji' begini :-


Putrajaya today said it would ensure traders do not raise prices irresponsibly once the goods and services tax (GST) comes into effect - 

Dari apa yang dapat dilihat keatas apa yang berlaku ini, kedudukan Najib semakin ditolak ketebing , bukan'musuh' beliau yang menolaknya ketebing tetapi ' nasib' beliau yang tidak menyebelahinya. Beliau sudah mula merasai nya . Merasakan dirinya sudah semakin 'kejurang' , helah 'menyelamat' kan maruah  mula difikirkan. Mengelak dirinya dari disingkirkan dari persada 'Presiden Umno' satu perjumpaan dilakukan bertujuan 'menghuraikan' 'permasaalah yang dilalui olih 1MDB ciptaan beliau sendiri.:-

Kononnya :-

 DS Najib Razak telah menyebabkan ramai terkedu apabila beliau memberi jaminan tiada siapa yang akan dilindungi jika dikesan adanya salah laku dalam pengendalian 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ismail Sabri yang diberi tanggungjawab bercakap kepada wartawan selepas taklimat disampaikan Najib kepada kira-kira 160 ketua Umno bahagian berkaitan 1MDB dalam pertemuan tertutup di Pusat Dagangan Dunia Putra pada Ahad berkata, semua yang hadir menyokong sepenuhnya penjelasan yang diberikan Najib. 

Biar apa pun yang ingin dijelaskan olih Najib berhubung kemelut 1MDB, namun, 'keberanian' beliau mahupun kewibawaan barisan kepimpinan 1MDB atau Barisan Kabinetnya adalah dipertikai. Kegagalan mereka memertahankan diri dari  'apa yang ditulis olih Sarawak Report dan juga beberapa tulisan diakhbar antarabangsa,amatlah dimendukacitakan.

Walau apapun 'strategi' dicuba bagi mengelakkan 'terlucut'nya tampok ini, namun , semuanya sudah tidak bererti lagi kerana waktu dan saat nya telah menghampiri 'apa yang tinggal kini, hanyalah 'sisa-sisa'  saja, tak da siapa yang bolih 'merubah'lagi.

Biarlah 'blog' ini yang menjadi orang pertama yang mengucapkan 'sayonara' , kerana apa yang ditinggalkan dan dibekalkan kepada 'rakyat'  ini  bakal 'merubah' langskap poliitik negara. Dan ketidak tentuan 'politik' dan ekonomi adalah pasti.'

                                                   Cahaya Al Majid
                         
                               Image result for arabian horse image
                                        SELAMAT DATANG ERA BARU


1 comment:

  1. Benar... SELAMAT MENUNGGU ZAMAN BARU.
    Kehendak ALLAH S.W.T sudah tidak dapat ditahan-tahan.
    Kisah Najib hanyalah asbab musababnya sahaja.
    Sudah bersediakah kita serta anak cucu kita menerima ujian yang Maha Berat ini nanti?
    2015-2017 akan membuka gelanggang cerita.

    ReplyDelete