PEMIMPIN UMNO BERLUMBA-LUMBA MENTALKINKAN BARISAN NASIONAL |
CUBAAN 'MENCAGAR MINYAK DAN GAS TERENGGANU'
LEBIH TERUK DARI KES TABUNG HAJI
Bismillah-hir-rahman-nir-rahim
Hanya kerana kuasa, kekayaan serta kepentingan diri sendiri serta kepentingan kumpulan sendiri , semua keburukan mula di ungkit. Hanya kerana ditegur kerana gagal menjelaskan 'apa yang ditanya' membuatkan Najib dan konco-konconya naik angin dan meroyan . Walaupun pihak yang mendakwa mencuba untuk membetulkan keadaan demi kebaikan dan masa depan pertubuhan yang pernah diterajuinya, namun, 'keburukan' yang didedahkan semuanya terpalit dan terpercik kemuka UMNO sendiri. Itulah akibatnya apabila akal fikiran gagal menimbang' tetapi sebaliknya 'cemuhan' dan 'kebodohan' kerana mengikut nafsu
.Walaupun bertubi-tubi mereka mengasak dan 'mencemar' kejayaan Mahathir sselama 22 tahun dahulu tetapi yang sedihnya mereka tetap mahu menghalalkan segala 'kegagalan' dan ketidak upayaan Najib . Kini 'rakyat' terbeban dengan berbagai kenaikan kos sara hidup serta peningkatan harga barangan ditambah burukkan lagi syarikat yang diasaskan Najib iaitu 1MDB mula mengumpul hutang sehingga RM 49 Billion,, namun, semua itu bukan penghalang untuuk Najib terus berkuasa. Walaupun Najjib diberikan 'ruang' untuk menjelaskan kemana dan bagaimana wang tersebut dibelanjakan, namun beliau masih membisu .
Walaupun Mahathir mendesak Najib untuk berundur diatas merit Najib gagal 'menjawap' beberapa persoalan berhubung hutang 1MDB dan beberapa isu lain , sebaliknya Najib mengungkit pula kisah kisah silam yang menyelubungi UMNO dibawah pemerintahan Mahathir.Segala keburukan yang didakwa dilakukan olih Mahathir itu sebenarnya 'melondehkan' lagi kecurang UMNO dalam menerajui negara. Sebenarnya bukan Mahathir saja akan terpalit tetapi 'busuk' yang didedah 'membusukkan' UMNO lagi, itulah yang terjadi.
Ditambah burukkan lagi, hari ini , disiarkan melalui TV 3 News , bekas 'tunggak DAP' iaitu Tengku Aziz yang selama ini banyak membawa onar kepada politik Melayu dan UMNO ,, tiba-tiba menjadi juara kepada Najib dan UMNO dengan 'memburukkan' Mahathir dengan berbagai tuduhan. Tidakkah UMNO sedar bahawa apa yang dilakukan olih 'bekas ahli DAP" ini, sebenarnya 'melondehkan keburukan Perdana Menteri UMNO' dimata bukan Melayu? Inilah diantaranya 'kemudaratan' yang diterima olih UMNO apabila 'membenarkan'musuh sendiri 'membuka pekung'sendiri. Inilah yang 'gagal' difikir olih UMNO dan ahli pertubuhannya.
Perlu diingat Najib belum lagi 'berjaya' membawa kejayaan kepada negara dalam menerajui negara ini walaupun teah 6 tahun berlalu , belum ada satu lagi 'pembaharuan' dilakukan . Cuma apa yang nampak dan dirasai rakyat hanyalah 'kenaikan' kos sara hidup dan kenaikan harga barang yang terpaksa dinikmati rakyat berserta GST. .
Walaupun Najib dan ahli kabinetnya cuba membohongi rakyat tetapi 'kejahatan' atau 'keburukan' mereka pasti terserlah juga. Cuba baca dibawah ini :-
Hari ini timbul lagi satu 'bala' kepada Najib. Seolah-olah setiap hari akan ada pendedahan dan pembongkaran skandal 1MDB.
Paling mengejutkan ialah pendedahan beliau berkaitan cubaan pihak yang ingin mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu dan akhirnya dibatalkan atas bantahan pihaknya dan menyebabkan dia “diturunkan” dari jawatannya.
Beliau menyentuh perkara itu ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh Wakil Bukit Payong, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkenaan kaitan 1MDB dengan kerajaan negeri Terengganu.
Wakil Kijal itu menjelaskan beliau akan mendedahkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang tetapi buat masa ini, beliau hanya akan mendedahkan sebahagian sahaja sambil mengakui kebenaran kaitan kerajaan negeri dan 1MDB yang dibangkitkan itu.
Tambah beliau lagi 1MDB pada asalnya ialah Terengganu Investment Authority (TIA) tetapi menarik diri apabila terjadi permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.
“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa yang sesuai. Dan saya akui, betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan Agency yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar.
Tetapi apabila kita dapati “hanky panky” (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu, mereka nak cagar minyak dan gas di laut Terengganu ketika itu.
Inilah satu sebab kenapa saya dimarah oleh Perdana Menteri, termasuk kes-kes yang lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang satu juta sebagai modal berbayar ketika itu.
Ini sebagai penjelasan permulaan, tidak ada yang tidak benar, melainkan yang benar belaka Yang DiPertua,” jelas beliau dengan panjang lebar yang mendapat tepukan dari wakil pembangkang.
Semenjak diturunkan dari jawatan Menteri Besar semenjak setahun yang lalu, inilah kali pertama Dato’ Ahmad Said bangun menyertai perbahasan, namun kesempatan itu, beliau memilih menyerang kerajaan dengan pendedahannya itu.
Samaada orang UMNO sedar atau tidak, ahli tertinggi pertubuhan mereka sedang 'menggali' kubur mereka sendiri.
Doa orang yang teraniya pasti dimakbulkan Allah SWT.
ikhlas dari :- Cahaya Al Majid
LIHATLAH STATISTIK HUTANG NEGARA DAN BANDINGKAN DRP ERA PEMERINTAHAN TUN MAHATHIR KE ERA PEMERINTAHAN TUN ABDULLAH DAN SETERUSNYA KINI ERA DS NAJIB RAZAK.
ReplyDeleteTUN ABDULLAH DAN DS NAJIB TIDAK DAPAT MELAKUKAN APA-APA PEMBANGUNAN MAHUPON PEMODENAN (APAKAH NEGARA TIADA WANG?) TAPI HUTANG DARIPADA USD220.00 BILLION TERUS NAIK MENCECAH HAMPIR USD600 BILLION.
RAKYAT MALAYSIA BERHAK UNTUK TAHU, BAGAIMANA JUMLAH HUTANG DARIPADA USD220 BILLION PADA TAHUN 2000 BOLEH TERUS NAIK HAMPIR USD600 BILLION PADA 2015?
APAKAH BENAR TUN MAHATHIR MOHAMED, TUN DAIM ZAINUDDIN, TAN SRI NOR MOHAMED YAKCOP ADALAH TIGA JAHANAM YANG TELAH MEROMPAK, MENCURI, MELANUN?
KINI SEKELIAN RAKYAT MALAYSIA TERPAKSA MENAGGUNG SEGALA SALAH LAKU, KERAKUSAN, SALAHGUNA KUASA, PEROMPAKAN DAN KECURIAN YANG DILAKUKAN KETIGA-TIGA JAHANAM DAN KUNCU-KUNCUNYA.