Wednesday, 6 May 2015

THE PROMISED LAND : TABUNG HAJI- 'SERVICE APARTMENT TU TEPAT BERNIAGA 'LENDIR'!!!!

SERVICE APARTMENT BEGINILAH YANG
BANYAK MEMPELOPORI PERNIAGAAN
PELACURAN. ADAKAH TABUNG HAJI
 MAHU TERJEBAK DENGAN PENDAPATAN
'LENDIR' INI??

Bismillah-hirrahman-nir-rahim


Nampaknya manusia-manusia yang 'berniaga' atas nama 'agama' ini, semakin hari semakin 'sesat'.  Bukan saja 'anak-anak yatim' yang berkeliran menjaja sekeping kertas untuk meminta sedekah atas nama 'rumah anak-anak yatim' yang semestinya cara  ini bukan dari ajaran agama Islam, namun, 'atas nama' 'sedekah' untuk 'kantung' 'tuan--tuan' penyelia' maka segalanya yang dilakukan 'semuanya' halal.

Namun hal ini bukan saja 'tertimpa' kepada 'individu-individu' yang 'sengkek' agama, namun, hal yang paling 'menjijikkan' , apabila, Tabung Haji pula terlibat sama dalam perancangan untuk membina 'service apartment' yang tanahnya dibeli dari 1MDB iaitu sebuah syarikat yang 'diilhamkan' olih Najib' tetapi syarikat milik Kerajaan ini pula telah 'terlabur' dengan berbillion ringgit hutang dan syarikat yang dikata 'mempunyai' pulangan pelaburan yang berbillion dan telah disimpan di salah sebuah bank Singapura , Tetapi  akhirnya' syarikat 1MDB ini juga gagal membayar 'instalment'nya kepada bank tempatan sehinggakan terpaksa 'ditangguh' beberapa kali, yang akhirnya 'Kerajaan' juga yang 'membayar'nya.

 Itulah syarikat 1 MDB, tuan tanah kedaung dimana Tabung Haji 'telah' membeli tanahnya dengan harga yang berpuluh kali ganda ''mahal' nya. Kerana apa ? Manusia yang mendalangi Tabung Haji dengan 'niat' menghancurkan' 'hati-hati'  penyimpan Tabung Haji iaiitu umat Islam ini, jenis manusia ini  sememangnya 'keparat' .

Kita ingatkan hanya  Bank Tempatan saja yang dimangsakan olih 1 MDB tetapi kini Lembaga Tabung Haji pula dijadikan 'mangsa'.

Tidal cukup dengan hutang yang 'menggunung' dan 'bakal meletop' macam 'gunung berapi' tetapi kini wang penyimpan 'LUTH" pula digula-gulakan olih Kerajaan Najib untuk 'membeli' tanah yang dirancang pembangunannya  olih  'sekutu' Najib, dengan menjanjikan 'pulangan' yang lumayan' pula'.

Sepatutnya  simpanan lebihan'  Tabung Haj digunaikan untuk membangunankan 'hartanah' yang mereka miliki diseluruh negara dengan 'membina' rumah-rumah ' kediaman' setidak-tidak'nya, bolih jugalah  membantu ahli-ahlinya ataupun  'penyimpan 'Tabung Haji' memiliki rumah sendiri, dan, barulah 'bermenafaat' dan 'berfaedah'  yang dapat dirasai olih 'penyimpan' ataupun 'pemilik' simpanan' di Tabung Haji.

Tahu ke tidak  Tabung haji ini bahawa sekiranya mereka membina 'service apartment' merka seolah-olah sedang membina 'tempat maksiat'?. Tidakkah mereka sedar bahawa kebanyakan 'service apartment'lah tempat ' perniagaan lendir-' berleluasa. Adakah jenis perniagaan ini yang diidam-idamkan olih Tabung Haji untuk 'menambah' portfolio' kewangan mereka?

Tidakkah Tabung Haji tahu bahawa 'pulangan' yang bakal diraih dari 'penyewaan  bangunan' ataupun ataupun 'pendapatan' dari 'sewa' tersebut 'yang  semestinya' terdapat 'perniagaan pelacuran' didalamnya, ,Adakah  'halal'  pendapatan yang diraih itu  untuk diagihkan kepada 'penyimpan' Tabung Haji?? Atau 'terdesak' sangatkah Tabung Haji' untuk 'mencari' dana' lebihan ?

Tak tahu nak kata apa lagi, inilah, jenisnya manusia,  apabila 'hati dah mati'  tiada satu apa' pun 'hidayah'  dari  Allah SWT tertumpah keatas mereka
, Tunggulah  'kehancuran' dari Allah SWT.






'


















Beginilah bermulanya keruntuhan moral orang Islam, apabila, duit penyimpan untuk digunakan untuk mengerjakan Haji di Mekah bakal digunakan untuk 'perniagaan' 'lendir' olih Tabung Haji.

                                                          ALLAH HU AKBAR

                                                                  Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment