Wednesday, 29 April 2015

THE PROMISED LAND : BOLIHKAH UMNO MENANG PRU 14 DENGAN 3.5 JUTA AHLI??

SIAPA YANG MENARI DAN SIAPA YANG KENA IKUT TARI
                                    ADAKAH NAJIB TINGAL NYAWA-NYAWA IKAN ??

Bismillah-hir-rahman-nir-rahim.

Maaf kepada para pelayar yang selalu menjenguk ke blog ini, bukan kemana-mana cuma memerhatikan rentak tari dengan alunan dan  tempo yang dimainkan olih Sang  Maha Pencipta terhadap hambanya. Cara bagaimana hambanya menari ada yang mengikut tempo dan ada yang out tempo, begitu juga dengan suara-suara yang menyanyi ada yang lunak ada yang sumbang dan ada juga yang tak masuk note, itu lah yang saya perhatikan selama ini.

Kemelut yang sememangnya dalam perancangan Allah SWT, nampaknya semakin hari semakin hangat dan perkara ini telah saya tuliskan terdahulu bahawa 'alunan' ini pasti meledak dan memecahkan lagi kumulan yang mengaku berbangsa Mim ini.

Ada hati-hati yang telah diselewengkan olih Allah SWT untuk menjerumuskan 'makhluk' ini kelembah yang hina dan ada juga makhluk yang cuba memberi pandangan yang baik tetapi 'kehinaan' juga  dimata mereka yang 'tersesat hati' ini , malahan bersengkokol pula menafikan 'kebaikan' ini.

Terus kepada fakta, walaupun Dr Mahathir terus mengasak untuk 'menurunkan;' Najib dari persada 'kuasa' yang dilihatnya Najib telah tersasar jauh dari landasan sehinggakan hutang  1MDB kini mengunung mencecah RM50 billion, namun sebab musabab atau kenapa hutang ini mencanak naik tidak pula dijawap olih Najib . Sepatutnya sebagai Perdana Menteri aka Menteri Kewangan atau 'Penghulu' kepada  1MDB, seharusnya Najib 'menjawap' pertanyaan ini. Tetapi sehingga kini, semuanya telah 'dibisukan'.

Watak Jho Low yang didakwa olih Najib tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1MDB telah dinobatkan olih Dr Mahathir didalam blog nya dan input mengenai watak yang dikata bakal  'meranapkan' struktur ketahan Najib ini, diulas panjang lebar pengelibatannya olih Sarawak Report, namun, Najib mahupun 1MDB masih 'membisu' seribu bahasa, Tiada sebarang penafian mahupun percubaan 'mencela' terhadap Sarawak Report dilakukan samada olih Najib mahupun 1MDB sendiri. Namun dari apa yang berlaku dikata seluruh ali-ahli UMNO yang berjumlah 3 juta ini, di'sabda;' kan menerima segala apa yang dilakukan olih 1MDB atau Najib. Mungkin mereka menjangkan bahawa peningkatan hutang RM 50 billion ini tak sebesar mana.

Bermacam-macam 'kehinaan' dilemparkan terhadap Dr Mahathir kerena beliau dikata  'membuka' peti hutang' 1MDB ini, sebenarnya 'pengampu-pengampu' ini lupa bahawa Sarawak Reportlah yang mendahului segalanya namun belum ada satupun laporan ;polis dibuat  terhadap 'entiti' ini , walaupun mereka telah  'mencemar' nama baik Malaysia dan masa depan ekonomi negara.

Kenapa UMNO ataupun Kerajaan Malaysia ataupun Parlimen Malaysia tidak mengambil tindakan terhadap Sarawak Report? Atau adakah laporan yang dibuat Sarawak Report ini adalah satu kebenaran? sehinggakan Kerajaan takut untuk mengheret mereka kemuka pengadilan? Atau sememangnua apa yang didakwa olih Sarawak Report ini adalah benar belaka?

                                      SEMUANYA DARI SARAWAK REPORT
           ADAKAH INI SATU  FITNAH  TERHADAP KERAJAAN MILIK RAKYAT                                    MALAYSIA

           KENAPA KERAJAAN PIMPINAN NAJIB BISU SERIBU BAHASA
           APAKAH INI BENAR BELAKA!!!!!???

Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE


Further USD$330 million Went Straight To Jho Low’s Good Star Limited From 1MDB! NEW EXCLUSIVE

Good Star Connection – Jho Low’s Contact At Abu Dhabi Wealth Fund Is Removed From His Posts!


Walau apapun pun pendekatan UMNO terhadap perkara ini terutama berkenaan tingkahlaku mereka yang mengutuk ataupun 'mencerca'  Dr Mahathir, samaada melalui TV3 mahupun RTM, namun, luka yang dilakukan olih UMNO terhadap 'Dr Mahathir' bakal mengurangkan lagi kepercayaan 'pengundi' atas pagar terhadap Kerajaan. Kalau dahulu BN tergelincir 2% dibelakang Pakatan Pembangkang, rasai nikmat terkini, bahawa, anak-anak muda yang tudak sealiran dengan pegangan Kerajaan serta mereka-mereka yang terkesan dengan cukai 'idman' Najib GST, menjelang PRU 14, UMNO bakal dikuburkan. Tentang masa depan Najib sebagai Perdana Menteri 'inshaallah' June adalah terikh keramat buat beliau.

Apa yang diluah olih Dr Mahathir adalah untuk mengelakkan diri Najib dari  dijirankan dengan Anwar Ibrahim di Penjara Sungai Buluh. Namun dari apa yang dilihat, 'harapan' Najib amatlah cerah untuk didaftarkan sebagai 'sahabat Anwar', di penjara sekiranya 'tiada' perubahan dalam diri 1MDB mahupun UMNO.


                                                Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan has hit out at former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, asking him to check the Customs website to learn more about the GST. – The Malaysian Insider pic, April 29, 2015.
       
               
"'Kesian orang tua tu' (pity the old man)," he told reporters at a press conference at the Barisan Nasional media centre in Permatang Pauh. -
                                       
                                           Image result for IMEJ MAHATHIR


    UMNO menepikan pandangan majoriti Melayu tetapi hanya bergantung kepada 3.5 juta ahlinya
                                              BOLIH KE TAHAN  SAMPAI PRU 14

                                                     ikhlas dari :- Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete