Bismillahhirrahmannirrahim.
Dimana ada gula disitu ada semut menghurung dan bukan lagi matinya semut kerana gula. Semua dah tukarlah...
Mungkin ketakutan kerana ura ura bakal ditendang melalui "undi tidak percaya" cepat cepat Najib mengumumkan bajet atau peruntukan sebanyak Rm5 juta kepada ahli parlimen BN bagi" mengoyahkan iman" MP MP Bn agar tidak berpaling tadah.
Memandangkan kebanyakan MP BN sememangnya jiwa mereka bolih dibeli dengan wang ringgit atau sememangnya "kebulok", duit, apa saja tindakan yang memungkin mereka kekal berkuasa , samaada pangkat atau jawatan, keutuhan parti mereka iaitu UMNO, BUKAN lagi keutamaan. Sama ada UMNO melingkup atau ditolak rakyat bukan lagi keuutamaan. Yang penting sekarang ni..fulus mashyuk...status YB tak hilang.
Sebenarnya inilah masanya rakyat menilai kejujuran dan ketulusan pemimpin mereka. Samaada pemimpin mereka itu bersama rakyat atau membuta tuli mengikut telunjuk Presiden mereka atau membiarkan rakyat terus terbeban dengan segala kenaikan kos sara hidup, menjadi penilaian.rakyat untuk PRU14.
Untuk jangka masa pendek atau dimasa terdesak ini, rakyat mungkin tidak berdaya melakukan apa apa terhadap pemimpin BN/Umno tetapi jangkamasa 3 tahun ..bukanlah lama sangat.pun untuk memberi "pengajaran" .Melayu sudah terbiasa dengan pepatahnya, "kalah jadi abu dan menang jadi arang " atau "alang alang menyolok perkasam biar sampai kepangkal lengan" , itulah yang bakal terjadi.
Walauapapun "gempak" Zahid agak menjadi jugalah.walaupun gempak "dalang sandakan" tidak kemana mana dan hilang entah kemana mana , setidak tidaknya bolihlah juga Najib tidur tidur ayam malam tadi.
Tetapi dari statement MP yang merasakan diri mereka dituduh atau ditomah, benar mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan sekali kali berkomplot untuk menumbangkan kerajaan kerana katanya mereka juga adalah geng kerajaan tetapi untuk menggulingkan Najib tidak pula ditanyakan.
Makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah, itulah perumpanaan yang terbelit pada diri Najib,. Hari ini timbul pulacerita baru dari Sarawak Report mendakwa bahawa duit yangdidakwa "dderma"yang berbillion dari Pak Unta yang masuk keakaun Najib yang dikata untuk "DANA POLITIK" cuma transit sekejap saja dalam akaun Najib,aai..main kasar pulak Sarawak Report ni...ha..Najib..Sarawak Report dan buat fitnah lagi..bila nak saman ni..katanya "derma" untuk Umno..tapi kenapa bilion juga dipulangkan? Ada apa apa ke? Yang rakyat perlu tahu?..
Kemain lagi Sarawak Report tulis, tuduh kak Ros belanja juta juta belu emas pernata dan berlian dan juga hand bag ratusan ribu USD ..biar betik..kak ros... kan kak ros cuma surirumah je..tak kan kak ros mampu berbelanha juta juta .ini mesti kes fitnah ni..baik kak ros saman Sarawak report..cuba memalukan orang nismillan pulak..tongah marah ni...
Walauapapun..kak Ros..masa utk Najib. dah sampai ke penghujung..tak dape nak nolong eea ni..
Cahaya Al Majid
G
No comments:
Post a Comment