Tuesday, 18 August 2015

THE PROMISED LAND : BILA JANTUNG DAN HATI BERSATU..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kini bahang kemeruduman ekonomi telah mula dirasai. Ini baru sikit. Sekarang kepimpinan Najib sudah mula mencongak apa nak buat seterusnya. Walaupun mereka cuba untuk menyalahkan faktor luaran tetapi hakikat sebenarnya ,kenapa nilai matawang dan pasaran saham kita menjunam adalah kerana kepimpinan kerajaan sekarang

Skandal rasuah yang berpanjangan, pemimpin tak jujur, pembohong, menyalah gunakuasa, menteri tak berintrigiti dan bermacam macam lagi tetapi apa yang pasti " sifat kemunafikan"  Perdana Menteri amatlah terserlah. Walau apapun alasan Najib bagi menghalalkan perbuatannya, rakyat yang dipimpin pasti mendapat bahananya.

Tiada seorang pun ulama Kerajaan berani menegur salahlaku Najib. Begitu juga dari kalangan Ulama Pas, semuanya dah semput. Tiada lagi keberanian . Berjela jela makian dan  berkarung sumpah seranah namun semua itu tidak menjadi kudis sedikitpun terhadap batang tubuh Najib malahan Najib merasakan dirinya kebal pula.

Kalau Najib terlampau yakin bahawa KEDUDUKAN beliau tidak terjejas kerana telah berjaya "memagar diri" .dari tindakan undang undang..biarkan dia ..kekebalan itu tidak akan bertahan lama.

Inshaallah..biarlah Najib berkeyakinan bahawa tiada lain manusia berupaya menurunkanya.

                                               TUNGGU DAN LIHAT

.nilai matawang kita akan menjunam keparas Rm4.80 berbanding 1USD dan                    index bursa kita menurun keparas 1, 500 poin..


Adakah kepimpinan Najib dan jemaah menterinya bolih bertahan.

                                  60 hari adalah jangkamasanya.


                                        bila hati mula berbicara
                                             Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment