Wednesday 19 August 2015

THE PROMISED LAND : TIDAK PERNAH MENDENGAR DIA MEMBANGGA DIRI..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nama nya gah segagah Tugu Peringatan. Namanya disebut diserata dunia. Wataknya disanjung olih dunia Islam.Kegigihan usahanya mengharumkan Islam merentasi benua. Kegigihannya dalam melepaskan umat Islam diBosnia dari dihapuskan dimuka bumi bukan lagi ukuran kejayaannya.

Namanya  menjadi keceman dunia barat , kelantangan memerangi tindakan kezaliman zionist adalah ajendanya , semuanya adalah kerana Agama Islam tetapi kini pemimpin parti yang pernah diterajui nya dan yang  telah melakarkan banyak legasi melalui acuanya , kini semua ahli parti tersebut telah bertukar kiblat, semuanya hanya kerana kelantangan suaranya membidas salah laku 1Mdb kerana hutang berlunggok (rm42 bilion). Kini seluruh struktur Majlis Tertinggi UMNO mula memusuhinya.

Alhamdullilah diucapkan kepada Ahli Majlis Tertinggi kerana sanggup berkiblat kan kepada fatwa Najib .."CASH IS KING".

Dari apa yang berlaku kini secara jelas dapat kita lihat saksikan betapa buta dan dunggunya pemimpin  UMNO sekarang.

Nama UMNO yang telah gah diseluruh dunia dulu dan dihormati diseluruh dunia termasuk dari negara negara Islam kini tercemar gara gara Presiden UMNO  dan sekutunya kerana didakwa rasuah.

Berbagai tuduhan dibuat olih akhbar dan makalah luar negeri berhubung "salah guna dana" samaada dari 1MDB, SRC INTERNATIONAL, KWSP, Tabung Haji dan beberapa instituasi lagi, namun semua itu belum terjawap secara pasti lagi. Dana USD700 juta yang masuk keakaun peribadi Presiden UMNO yang dikata "derma" untuk pilihan raya dan diakui olih seluruh kepimpinan UMNO akan kehadiran Dana tersebut tetapi belumpun sempat mengolah penceritaan tiba tiba Sarawak Report melaporkan bahawa sejumlah USD 650 JUTA dari sebahagian USD681 JUTa telah dihantar semula keSingapura pula diatas nama bank yang sama mengirimnya.  Tidakkah ini satu kepelekan dalam transaksi?.

Bermacam macam alasan diberikan olih pemuja Presiden sehinggakan setiap seorang pemimpin mempunyai versi yang berlainan sesama mereka dalam menghalalkan perbuatan Presiden mereka.

Apa yang ada kini dan yang membaluti pertubuhan UMNO kini hanyalah "kebusukan" dan flip flopnya pemimpin. Keberanian mengaku kesilapan dan keberanian menyanggah salah laku Presiden bukan lagi perkara pokok. Mengungkit dan mencari salah lampau dari kepimpinan silam adalah ajenda.

Olih kerana tiada peluru lain yang dirasakan bolih menembusi batang tubuh Mahathir maka segala salahlaku  UMNO yang diterajui Mahathir yang mana pada ketika itu memasing duduk dibawah Kabinet Mahathir  tetap jua tidak bersuara.Itulah sindrom Melayu UMNO. Yang penting bagi mereka ini "jawatan menteri" tetap ditangan atau " perut sendiri lebih utama berbanding "prinsip". Itulah yang diwarisi hingga kini.

Yakinlah Melayu UMNO tidak akan berubah sampai bila bila pun walaupun siapa pengantinya. Dan yang terpenting bolihkah UMNO menerima hakikat bahawa PRU 14 bakal menguburkan mereka ?.

Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lagi.

Ringkasan :
Hebat Mahathir negara transform kenegara perindustrian dan pembangun pesat dimerata tempat. Seluruh dunia terkesima kemajuan Malaysia

Hebat Pak Lah : mahzab baru ": islam hadari"

Hebat Najib : Transformasi sana sini. ETP GTP TERAJU BAHTERA DLL
1MDB SRC INT. KWAP KWSP TABUNG HAJI FELDA
semua billion. Menanam atau ditanam ..
Terkenal satu dunia kerana Rasuah. Silap silap negara ini dilabel sebagai pusat "pengubahan wang haram"


Walau apa pun bergembiralah wahai UMNO..Pak Arab akan derma lagi berbillion USD SEBAB Najib dah setaraf Ulama Besar yang maksum yang tidak melakukan kesalahan.

Ahli  UMNO dan berbaiah ke belum dengan Najib?


                                                   Cahaya Al Majid




















1 comment:

  1. Sememang sangat sedih dan pilu memikirkan masa depan anak cucu yang tak tau apa. Amanah yang diberikan kepada pemimpin dimusnahkan.

    ReplyDelete