Monday 7 September 2015

THE PROMISED LAND : KAU COVER AKU, AKU COVER KAU,

Bismillahhirrahmannirrahim.

       BANYAKNYA SKANDAL ..BOLIH TUTUP KE?

Janjinya mudah saja. Selagi Najib gagal menjelaskan isu RM42 Billion, isu USD 700 juta dan isu Rm40 juta dari SRC International yang disalur keakaun peribadi Najib, selagi itulah masaalah kemeruduman nilai matawang dan pasaran saham kita terjejas.

Selagi isu ini tidak diperjelaskan secara terangan olih Najib , semakin lemah pasaran kita. Walaupun KSP serta kumpulan pemikir yang baru ditubuh untuk menangani "sentimen" yang melanda negara, selagi tiada pencerahan logik dari Najib, selagi itulah pasaran "meragam".

Lagi banyak team Najib cuba divert isu "kes justo la, kes guling la, kes melayu nak demo la" selagi itulah pasaran kita demam panas berpanjangan.

Selagi banyak team Najib mencipta alasan demi kelangsungan politiknya, selagi itulah pasaran kita dijangkiti virus sawan berpanjangan.

Selagi mana kalimah Allah s.w.t dan kalimah Muhammad s.a.w terjunjung dikepala anggota Polis, dan apabila Polis gagal menjunjung keadilan dan amanah rakyat, selagi itulah beban tergalas dikepala mereka.Gagal menegakkan kebenaran dan ada manusia teraniya maka "neraka" lah tempatnya.

Dan diantara kata kata penafian  Zahid Hamidi, PA Rosmah dan pengakuan  Hamid Bador,   berhubung perpindahan beliau (Timbalan SB Hamid Bador) yang mesyuarat tersebut turut dihadiri Rosmah, penyataan siapakah  yang benar agaknya? Antara orang berkepentingan dan orang tidak berkepentingan.

Balas Hamid Bador kepada Zahid  "jangan ingat kes ini sudah selesai kerana imbuhan dari "surat sokongan luar biasa" beliau merujuk kepada kes Paul Phua "tauke judi tersohor".
Apakah ada satu lagi skandal besar terhadap Zahid yang cuba dicover pihak berkuasa?

                                                  Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment