Sunday 6 September 2015

THE PROMISED LAND :NAJIB BAKAL DIKEJAR : MENJUNAM, MERUDUM,MENGELONSORR

Bismillahhirrahmannirrahim.

                               SIAPA KEJAR SIAPA

Tiada penawar, tiada ubat tahan sakit namun disebabkan kenazakan Najib dalam berjuang demi kelangsungan nyawa politiknya serta maruah nya juga telah tercemar gara gara melarikan diri dari menghadiri persidangan Pencegahan Rasuah Peringkat Dunia  yang berlangsung dibelakang kediamanya iaitu Putrajaya ,mula merasa goyah,  ibarat gigi yang hampir tercabut kerana digerudi rakyat mahupun olih ahli partinya sendiri.

Benarkan lah apa mereka dakwa bahawasenya ekonomi negara ini adalah stabil malahan telah dikata sedang berkembang dan melepasi sasaran dan mereka juga berpendapat mana mungkiwn kemelesetan ekonomi telah berlaku. Itulah yang didakwa olih KSP Perbendaharaan.Mereka tetap menafikan kemeruduman ekonomi.Mereka masih mengatakan bahawa ekonomi tetap stabil.

Sedarkah mereka bahawa nilai ringgit sedang merudum atau sedang jatuh ibarat jatuh tangga? Sedarkah mereka bahawa apabila nilai matawang kita menjunam kita terpaksa membayar kos yang tinggi untuk barangan impot? Sedarkah mereka perbelanjaan untuk mensmpung kos hidup pelajar pelajar diluar negara juga terjejas? Sedarkah mereka kenaikan ini membebankan ibubapa?

Begitu juga dengan prestasi bursa kita? Setiap minggu mengelunsur, apakah sebabnya? Kini pelabur pelabur mula melepaskan pegangan mereka demi meminima kerugian. Sedarkah mereka apa implikasi yang bakal didepani? Index kini bersada pada paras 1590 saja. Itu kedudukan minggu lalu.bagaimana dengan esok. Kalau trend menurun lagi, bolih sustain ke?

Kalau benarlah dapatan MOF yang mengatakan ekonomi kita stabil tetapi kenapa nilai ringgit dan index bursa tetap menjunam? Adakah kerana mereka tidak mempercayai stastistik yang dikeluarkan olih kerajaan? Atau adakah mereka tidak yakin dengan kerajaan? Kenapa?

 Sedarkah kerajaan bahawa peniaga bumiputra yang berniaga secara kecilan ini sebebarnya terjejas teruk kerana impak kemeruduman nilai ringgit. Kuasa membeli semakin mengekang . Lemahnya kuasa membeli mengakibatkan peniaga kurang pendapatan . Sedarkah mereka ?

Dari apa yang dapat dinilaikan, kalau ekonomi stabil, impot mengurang ekspot bertambah, nilai dagangan meningkat tetapi kenapa nilai matawang merudum?Jawapannya hanya satu saja iaitu..Pemegang dana jangka panjang dan pendek tidak meyakini Perdana Menteri .Kerana kurang keyakinan  terhadap akauntibiliti Perdana Menteri yang didakwa terlibat dengan isu "rasuah" serta kedungguan dan kebebalan barisan jemaah menteri nya, membuatkan pelabur meluat .

Ketidak telusan kepimpinan kerajaan, menyebabkan mereka menjauhkan diri.

Kalau minggu lepas nilai matawang kita diparas USD1/RM4.31 dan minggu ini kegelonsoron RM pasti mencecah RM4.45/USD1.Tetapi kalau sekiranya index  bursa menjunam diparas antara 1500 - 1550 kebawah, Bursa Saham pasti digantung .

Untuk menyedapkan hati semua..berbanyaklah bersedekah Al Fatihah.

                                   Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment