Saturday 5 September 2015

THE PROMISED LAND : NAJIB DAH MULA KECUT HATI

Bismillahhirrahmannirrahim.

             MELAYU UMNO BAKAL MATI BERANGAN

Suara suara lantang telah berkemundang diserata pelusuk negara. Kegarauan suara yang melantang menyeru agar Najib letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Bukan saja suara kramat rakyat malahan ahli parti UMNO sendiri sudah mula mengilai melaungkan ketidakpercayaan mereka lagi terhadap Najib yang mana telah memalukan seluruh anggota parti UMNO kerana gagal mencerahkan "derma" USD 700 juta keakaunnya tanpa pengetahuan ahli parti malahan juga tidak diketahui olih TPMnya ketika itu Muhyiddin Yassin.

Hanya setelah 2 tahun berlalu itupun apabila Wall Steet Journal serta online media iaitu Sarawak Report mendedahkan kemasukkan berbillion ringgit keakaun peribadi Najib, baru Najib bersuara, itupun setelah diasak bertalu talu baru mahu mengaku tetapi yang bangangnya , ada pulak Menteri status "kitchen kabinet" mengatakan "tak kan PM bodoh skali untuk menyimpan dana sebanyak itu keakaun peribadi" dan apabila kebenaran terbukti, memang sahlah PM Najib tu bodoh" kalau mengikut kata Menter 3.85 ini.

Yang dibodohkan adalah Najib dan yang membodohkan adalah Mat Maslan. Rupa rupanya dua dua pun bodoh.

Kini Najib mula gusar akan suara suara yang mahukan dia dijatuhkan melalui undi tidak percaya. Cai cai telah bermula namun didalam kelantangan ini terdapat pula " kaki ampu dan kaki poyo mengatakan bahawa cara yang ingin dilakukan untuk menurunkan Najib dikata pula tidak ikut perlembagaan, maksud tepat penjilat , kalau ikut kitab penjilat "undang undang tidak membenarkan."

Mungkin Najib atau penjilatnya lupa kot. Tidakkah mereka melakukan perkara yang "terkutuk" semasa menghalau Nizar MB Perak dari jawatan Menteri Besar dulu. Adakah mereka mengikut perlembagaan seperti yang cuba dinafikan Najib dan pencinta jawatan nya? Kalau Najib bolih ikut jalan belakang, dan "menghalalkan" tindakanya , kenapa orang lain tidak bolih melakukan perkara yang serupa terhadapnya? Nah, sekarang kau rasakanlah apa yang dirasakan olih Nizar, bertapa sakitnya hati dan perasaan Nizar, kini kau tanggunglah perasaan itu pula.

Allah swt itu adil, apa saja perbuatan keji kita terhadap orang lain, inshaallah, pasti kita terkena balik, cuma masa menjadi sempadannya.

Cuma yang kita terkilan sedikit, disebabkan Mahathir tersalah pilih dan groom Najib maka bahana terhadap Malaysia ditanggung olih rakyat .Walaupun Mahathir telah memohon kemaafkan dari rakyat, namun kerosakkan yang terpaksa ditangung rakyat Malaysia amatlah besar padahnya.

Kegagalan demi kegagalan menguncah negara ini dibawah pemerintahan Najib.Ketidakupayaan pentadbiran, kegagalan proses keadilan dari dilaksana, membuatkan imej negara ini tercalar dimata dunia. Keindahan serta keserdahanaan yang dituntut dalam Islam tercemar gara gara cara hidup Najib sekeluarga. Kehidupan yang bermegah megah dengan kekayaan serta bermewah mewah walaupun kalau dikira dari segi pendapatan mana mungkin beliau termampu tetapi dari mana datangnya wang ringgit sebanyak itu telah mula dipertikaikan.

Kini, demi kelangsungan survival politik mahupun ketakutan diheret kemahkamah, segala penjuru keadilan mula dikepong dan dipasak dengan juragan yang bolih dicucuk hidung. Untuk berapa lama kepongan ini mungkin bertahan,? Sebulan, dua bulan setahun? Belumpun lama masa berjalan, kini, ahli partinya sendiri telah mula membuat laporan Polis,satu demi satu laporan polis telah dibuat, bolihkah pihak Polis mendiamkan diri atau membakul sampahkan report tersebut? Kalau dah berpuluh macammana Polis nak jawap.

Tekanan demi tekanan mula dirasai olih Najib, bukan saja dari dalam malahan luar negara juga telah memandang serong terhadap beliau. Masihkah beliau merasakan dirinya ada maruah? Kalau cerita dalam kain pun telah diketahui olih orang luar, inikan pula cerita diluar kain. Semua nampaklah. Mana Najib nak letak muka lagi.

Kalau dulu ini hanya melibatkan maruah Najib saja, tetapi kini seluruh pertubuhan UMNO terseret sekali.Apakah UMNO ada maruah lagi apabila terjebak sama dipalit Najib.Kini apa saja yang diungkapkan untuk mensucikan dirinya, sebanyak itulah kebodohannya akan terserlah. "
" Ayuh semua ahli kabinet, layar dah terbuka, belayar lah bersama saya"
"" Hoi!! Siapa diburitan tu., labuhkan sauh, ombak besar sedang datang, mari kita rempuh bersama, biar bahtera kita karam, kalau nak lemas, kau matilah seorang, "aku dan ada life jacket. Nasib hang la UMNO.."

                                          Cahaya Al Majid










1 comment:

  1. Yang berlaku Perak lagi teruk sebab menggulingkan kerajaan. Yang nak dilakukan sekarang ialah nak jatuhkan Najib tapi kekalkan kerajaan.

    ReplyDelete