Tuesday 8 September 2015

THE PROMISED LAND : NEGARA DAH HILANG PUNCA

Bismillahhirrahmannirrahim.

        MATI UMNO SUDAHNYA KERANA NAJIB DAN ISTERI

  Kenapa Najib tak nak buat laporan polis di London
  terhadap Clare dan Sarawak Report?

Nampaknya corak pemerintahan dibawah Najib ni lebih banyak perkara diluar kotak pemikiran telah berlaku.

Siapa sangka dalam masa 6 tahun saja syarikat yang diilhamkan Najib, 1MDB mengumpul RM42 BILLION hutang.

Siapa sangka wang KWAP 4 biilion juga digunakan bagi merealisasikan rancangan nya.
Siapa sangka berbillion ringgit digunakan untuk "berbaiah" dengan Petro Saudi walaupun baiah itu terbatal selepas 6 bulan. Dan dikata pula duit pelaburan baiah itu dilabur pula di Caymen Island. Dan macam macam wayang opera cina diguna bagi menghalal tindakannya.

Tidak cukup dengan itu, siapa sangka 1MDB mebeli IPP swasta dengan harga yang tinggi dan juga terpaksa pula menanggung hutangnya sekali yang berbillion ringgit pulak tingginya.Berbillion jugalah jumlahnya.

Tidak memadai dengan skandal itu, siapa sangka, tetiba pula wang tunai yang dikata telah disalur kebank Singapura dari Caymen Island tetiba  bertukar pula dari tunai menjadi "unit".

Tiba tiba meletus pulak wang USD700 juta masuk akaun peribadi Najib yang didedah olih Wall Street Journal dan Sarawak.Report.  Najib pula menafikan. Tetiba adalagi kezutan SRC international dikata duit USD700 Juta berpunca darinya. Dinafikan juga. Dan kini dikata SPRM sedang menyiasat.Tetiba pulak Pengarah yang terlibat termaduk Jho Low tak dapat fijejaki. Pulak dah..

Tetiba pula kes Justo meletop. Dah timbul pulak ada konspirasi teori nak jatuhkan kerajaan pulak. Ada pulak conspirasi dikata antara Justo,Tauke Media Malaysia, clare Sarawak Report, Tony Pualah, Nurrul Izzahlah dan terbaru Mahathirlah.Apa punya carca marba dah jadi ni.Malam ni pula TV3 berulangan menyiarkan yang Justo mengaitkan wstak watak yang disebut dan menyiarkan berita simpati terhada Justo kerana dikata termakan janji. Dah sememangnya Justo tu "penjenayah" apa adahal.
Isu yang utama RM2.6 BILLION DAN RM40 JUTA keakaun Najib belum terjawap, yang pergi menyangkit ke isu lain , kenapa? Berlambak lagi isu dalam negara belum selesai lagi.Kalau berita itu dari mulut Justo sendiri melalui interview dengan wartawan TV3 barulah credible pemberitaan itu. Ini tidak pungut dari berita NST Singapore. Peliklah.

Tetiba pulak Najib dikata nak saman Wall Street n Sarawak Report tapi sampai arini semua cakap cakap kosong je.

Kepanasan isu USD700 juta yang masuk keakaun Najib, dikata "derma" pula olih Najib. Walaupun duit ini masuk tahun 2013 namun seorang umat UMNO pun tak tahu. Tetiba pula ada yang mengatakan duit ini untuk PRUlah sebab takut kalah dgn Pakatankah, duit keranaperang ISISlah,dan bermacam segala alasan tok neneklah, tapi akhirnya..Najib pun tak menjawap..masak negara macam ni.

Tetiba pula Zahid mengaku dah jumpa Pak Arab yang derma tu, katanya dah tengok dokumen dan cheque tu beratus juta. Terkantoi pulak..duit tu ditransfer keakaun Najib diAmbank bukan melalui "wang tunai" tetapu melalui "wire transfer" atau "swift transfer" ,macammana Zahid bolih kata tengok "CHEQUE FIZIKAL", dah membohong pulak.


Tak cukup Najib menghuruhara negara, timbul pulak kes terbaru. Bekas Ketua SB Hamid Bador pulak menuduh Rosmah menghadiri Mesyuarat perpindahan beliau. Tak habis satu kes timbul pulak kes lain. Antara Najib dan Rosmah sana sama naik rating nya kerana skandal. Apa nak jadi ni...

Kalau baginilah "berantakan" nya kisah dalam negara ini, Perdana Menteri lemah, skandal diri Najib  berlipatan, skandal isterinya Rosmah berpanjangan, kelemahan penguasa Polis berlarutan, krisis matawang terawang awangan, kelemahan pasaran tiada nokhta.."LINGKUP" adalah jawapan yang paling tepat.

                                          Apa nak jadi..negara ini..

                                          Cahaya Al Majid




6 comments:

  1. Replies
    1. penulis ni meroyan perkara yg betul

      Delete
    2. Orang yg mengatakan "labu" itu lah sebenarnya labu , kerana labu tu sifatnya kosong didalam, kat luar nampak gah cuba belah, berserabut .

      Delete
  2. Akhirnya citer 1MDB akan hilang begitu ajer. Caranya mengalihkan tiang gol sekerap mungkin.

    ReplyDelete
  3. apa ada hal malaysia bankrupt.......pusing-pusing cerita katun..

    ..

    ReplyDelete
  4. Lain kali lantik pemimpin katun...hari2 buat lawak 3.85 skala ricther..

    ReplyDelete