Monday 16 November 2015

THE PROMISED LAND : ISI PERUT MALAYSIA KRONIK

Bismillahhirrahmannirrahim.

Sakit adalah satu penyakit dan penyakit ini hadir dalam berbagai bentuk. Penyakit sakit ini bukan saja dihadapi olih manusia malahan binatang pun ada penyakit yang membuatkan ianya sakit.

Ada penyakit yang berjangkit dan ada juga penyakit yang berpunca dari kebodohon manusia .  Disebabkan penyakitlah yang membuatkan seseorang itu sakit.

Tetapi sedarkah kita bahawa negara ini sedang sakit? dan kenapa pula saya kata negara ini sedang sakit ?

1. Perdana Menteri menghadapi penyakit hati. Temberang sana sini. Penyakit sorok sorok. Penyakit kritikalnya adalah "bermewah " tetapi yang dapat sakit adalah rakyat
 Rakyat sakit hati
 Poket rakyat sakit.

2. Kewangan negara sakit.
     Nilai matawang jatuh
     Pasaran saham merudum
     Simpanan negara menguncup
     Hutang negara bertambah
3.  Pemimpin kerajaan banyak penyakit
     Penyakit takut hilang jawatan
     Penyakit takut hilang punca
      Kewangan.
    Penyakit ampu bodek
    Penyakit takutkan kebenaran
    Penyakit iri hati
4. Pemimpin pembangkang juga berpenyakit.
    PAS sakit kerana hilang intergriti
    PKR sakit kerana ketua umum dalam
    penjara.
   DAP berpenyakit hati dan mulut.
   Pemimpinnya mulut jahat dan hati
   busuk.
   Penyakit hati yang kronik kerana
   berprasangka sesama sendiri.Tiada
   ikhlasan sesama sendiri, curiga
   mencurigai sesama sendiri.
5.Penyakit buta mata dan buta hati.
   Penyakit ini telah merebak keseluruh
   Ahli parti samaada Umno,Mca,Mic,Gerakan,PAS,PKR,DAP termasuk juga dari Sabah juga Sarawak.
Buta mata kerana tak dapat membezakan antara kebenaran dan pembohongan. Buta hati..kerana terbeli
dengan wang ringgit.

6.Tetapi penyakit yang belum dijumpai penawar  ialah "penjualan agama" demi menghalalkan tindakan.
Islam didagangkan tanpa had
Ulama, ustaz, imam..berlumba lumba
mencari publisiti.
Mencari dana atas nama agama dan
Menghalalkan atas nama derma atau sedekah.

Iman,takwa,ikhlas dijual atas nama penampikan  pakaian " jubah,serban, tudung,janggut"

               Cahaya Al Majid













2 comments:

  1. penyakit hati no 6, paling sadis. pandai agama menjahanamkan imej agama. ustaz sudah pandai ber jaket, rambut diulit gel , berseluar jeans atas nama moderasi untuk kekal di saluran arus perdana, sedangkan apabila ketika memandang guru kita teringat akan Rasululullah saw itulah sumber ilmu yang berkat. Ostazah pulak dulu tudung labuh menjela, sekarang dah pandai pusing pusing, dulu alis nya kasar sekarang dah mula halus, dulu bibirnya pucat sekarang dah mula berona merah...semata mata ikut kehendak penerbit agar rating 'dunia' tetap maintain tinggi...
    bacalah surah al kahfi, agar kita tidak tunduk dgn fitnah tentera dajjal.

    ReplyDelete
  2. Ubat "keserdahanaan" tidak dimakan seawal solat subuh.

    ReplyDelete