Wednesday 18 November 2015

THE PROMISED LAND : HUKUM ALLAH vs HUKUM MANUSIA

Bismillahhirrahmannirrahim.

Adakah  kerana "kuasa ditangan" bolih merubah hukum halal haram Allah.

Tidak tahu dimana silapnya, adakah kerana pangkat, kuasa, harta benda atau kepentingan diri , membuatkan perkara yang diperdebatkan ini menjadi tumpuan hangat oleh seluruh rakyat terutama yang beragama Islam.

Isu pertama adalah mengenai YAPEIM dan kedua mengenai Pusat Pungutan Zakat (PPZ)  Kedua dua entiti ini amat terkait rapat dengan orang Islam.

Isu YAPIEM yang meletup baru baru ini amat dikesali. Entiti ini dikata telah membelanjakan ratusan ribu ringgit bagi membiayai sebuah Program diluar negara bagi seorang Menteri . Dan program yang didakwa itu pula dilihat oleh sesetengah orang Islam amat tidak sesuai sekali untuk dibiayai dengan skala yang mahal .

Walaupun YAPIEM dan Menterinya cuba untuk menghalalkan Program mereka namun dengan alasan "TIDAK MENGGUNAKAN DUIT ANAK ANAK YATIM" tetapi sebaliknya menggunakan dana dari hasil perniagaan Ah Rahnu nya, serta hasil dari keuntungan perniagaan mereka namun dimata dan hati umat Islam, dana YAPIEM dijana melalui potongan wang gaji mereka mereka yang bersedekah bagi membantu  anak anak yatim dan miskin ini , tetapi, apabila kes ini meletup dan meledak , adakah kita perlu menyalahkan pihak yang "mengangkat" isu ini?
Ketidak pekaan YAPIEM terhadap slogannya yang "berkiblat" atas nama " ANAK ANAK YATIM DAN MISKIN" membuatkan masyarakat Islam marah dengan "perbelanjaan mewah ini".
Adakah menjadi kesalahan untuk menegur "salah laku ini".?

PPZ pula mengharamkan pemberian wang zakat olih masyarakat kepada fakir miskin dan bukan kepada pemerintah dan tindakan ini dikata sebagai "haram" olih PPZ.
Adakah kebaikan ini jatuh " haram" ?mengikut Al Quran?
Akan di sambung..m
                   Cahaya Al Majid











2 comments:

  1. Saya adalah tetamu allah yang bertuah kerana dapat menyaksikan kejadian kren runtuh di Mekah baru baru ini di hadapan mata kepala sendiri. betapa maut itu jika sudah tersurat tiadak boleh dicepatkan atau dilambatkan walaupun sesaat. Allahuakbar. Nyawa saya tidak diambil lagi berbanding mereka yang syahid mungkin kerana Allah amasih mengasihani saya mati tatkala iman sedang sangat memuncak dan iman yang benar.
    sudah 2 kali saya berkesempatan bertentang mata dengan sang menteri @tn. hj. yang penuh kontrovesi ini. saya mencari aura baik dari dirinya dan nur iman dari wajahnya. walaupun diketika itu saya nasihatkan diri untuk terus bersangka baik tapi dengan perkembangan mutakhir hati saya amat kecewa...ditangannya kunci segala pahala untuk dimanafaati, kunci kepada redha Allah untuk di galahi ...janganlah siasiakan kerana bak peristiwa yang luka tempohari MAUT ITU TETAP TUNGGU , TAK CEPAT TAK LAMBAT SESAAT...ingat maut hati tumpul untuk joli katak, tapi hidup akan jadi ala kadar dan lbh pentingkan orang lain dari diri sendiri.

    .....nur barzakh...

    ReplyDelete
  2. dan tulisan saudara blogger cahaya majid seiring dengan kejadian itu masih tergambar difikiran saya...banyak hikmah yang boleh dikutip...sesungguhnya ....

    ReplyDelete