Monday 23 November 2015

THE PROMISED LAND : DAH JADI KENYATAAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

             BERMULA SUDAH ERA JUAL JUAL

Inilah yang terjadi dan inilah kesudahanya dan ini jugalah yang dirancang , dilakukan bukanlah untuk merakyatkan hakmilik punca tenaga tetapi sebaliknya dilakukan untuk menjahanamkan pemilikan rakyat atau menidakan peluang anak anak
Malaysia atau konglomarat Syarikat Malaysia dari memiliki janakuasa atau mungkin juga kerana 1MDB atau Najib tidak menginginkan "watak atau individu dari kelompok yang ditolong Mahathir" , seperti yang didakwa oleh "pemakan dedak " belaan Najib, bahawa kelompok ini harus dinyahkan atau disekat punca kewangannya .

Inilah kepandaian yang dimiliki oleh Panglima Bugis. Kalau sejarah lampau Kesultanan Bugis mempunyai Kerajaannya sendiri tetapi selepas era Kesultanan Melayu Melaka dan apabila Portugis datang ke Tanah Melayu dan juga Belanda menakluk Indonesia maka nama Kerajaan Bugis lenyap sama sekali Samaada Kerajaan Bugis menyerah diri atau menggadaikan diri kepada Belanda hanya Keturunan Bugis boleh menjelaskan.

Pepatah Melayu mengatakan "bapa borik anak rintik" begitu jugalah agaknya "perangai Pahlawan Bugis" ini agakya. Tergadai Kesultanan Bugis kepada Belanda kerana Panglima mereka "menggadai kan diri" kerana harta tawaran.

Kini perkara yang serupa berlaku dibawah pemerintahan Panglima Bugis. Kalau dulu beriya iya mempertahankan kewajaran membeli IPP milik rakyat Malaysia walaupun dengan harga yang tinggi termasuk hutangnya sekali tetapi kini Sykt 1MDB yang sanggup berhutang berbillion ringgit demi idea bernas Panglima Bugis, kini, harta pemilikanya iaitu IPP yang dikata bolih menjana pendapatan bagi sykt 1MDB, dijual 100 % kepentingannya kepada China dengan alasan demi rasionalisasi hutang. Dengan menjual semua kepentingan ini ternyata tiada lagi sekatan untuk konglomerat negara luar untuk memiliki aset penting dinegara ini.

Nampaknya semua aset yang berjajaran nilai tinggi akan menjadi intaian negara uncle Sam,apabila TPPA ditandatangani. Silap silap haribulan sedikit masa lagi PLUS Highway ke, TM ke, TNB je pasti kena risik.

Apa yang berlaku ini menunjukkan kelemahan Pemerintanan Kerajaan pimpinan parti  UMNO. Penjualan aset milik Edra (IPP) ini perlu disekat.

Hanya kuasa rakyat yang bersatu dengan Raja Raja Melayu saja yang bolih menghentikan kegilaan President UMNO ini dari terus menjahanamkan masa depan negara ini.

Sebelum keadaan menjadi tidak terkawal ,eloklah nyahkan Panglima Bugis ini.

   Cahaya Al Majid









8 comments:

  1. Bagaimana lah wahai sahabat untuk menghapuskan Najib yg berkianat ini? Sudilah kiranya mengetuainya.

    ReplyDelete
  2. China dgn US main tarik tali kat Malaysia. Ibarat gajah sama gajah berlawan. Kita ibarat kancil takut terpijak. Samseng US mesti dijinak dgn regu sama taraf iaitu China. Kepentingan China ada disini maka US x boleh buli lebih2

    ReplyDelete
  3. Salam, dalam perkara ini semestinya Raja Raja Melayu serta Ulama wajib bersuara dalam mendepani Pemerintah. Siapalah kita..pejuang solihin seperti kita ini ibarat melukut ditepi gantang dimata mereka.Apa yang bolih diterjemahkan hanyalah dengan memakai T Shirt...undur Najib..semua TERGADAI..

    ReplyDelete
  4. Saya pun pasrah juga. Saya tak dapat sayangkan bagaimana kah nadib melayu Islam di Negara Ini nanti. Adakah melayu akan jadi Seperti Red Indian?

    ReplyDelete
  5. Saya pun pasrah juga. Saya tak dapat sayangkan bagaimana kah nadib melayu Islam di Negara Ini nanti. Adakah melayu akan jadi Seperti Red Indian?

    ReplyDelete
  6. Dia saja mengaku darah Bugis. Sebenarnya darah Makasar. Sila kaji tentang susur galur mereka yang berasal dari Sulawesi dengan teliti dan ilmiah. Orang Makasar tidak diklasifikasikansebagai keturunan bugis di Sulawesi.

    ReplyDelete
  7. Janganlah saudara semua bimbang aknnya, kerana semua telah tertulis di luh mahfuz. Kita sbg rakyat marhaen yang beriman tidak menanggung dosa para Sultan para mufti, para agamawan , para pembesar yang membisu. kita hanya ada doa agar Allah selamatkan keimanan kita di akhirul zaman ini walaupun layaknya seperti menggenggam bara api. Israel dan sekutunya Amerika serta golongan tertentu dlm Malaysia yang pro Yahudi-Kristian (Kristian Eropah barat/ evengelist .. bukan kristian Ortodoks ya ) sedang hand in hand meujudkan Israel raya. WW3 is just around the corner...itu yang kita kena rancang cemana nak hadapinya mulai sekarang. Kelaparan kedahagaan...hanya zikrullah makanan kita, sedangkan kafirun buncit dengan mknn dari si Dajjal. amalkan surah Al kahfi semoga kita dan keterunan kita terselamat dalam ujian akhir zaman yang paling getir ini...InshaaAllah

    ReplyDelete
  8. Maksud ana...perhal najib dan koncu koncunya yang dah karam dilautan zulumat dosa itu adalah picisan berbanding dengan kebersediaan kita menghadapi era 'khurujnya dajjal'... kita tak berdaya nak selamatkan gelombang kemunafikan yang sedang menyambar Malaysia ini...kita hnaya ada Allah untuk minta dan mohon perlindungan.

    ..nur barzakh...

    ReplyDelete