Thursday 28 January 2016

THE PROMISED LAND :RENUNGAN JUMAAT : ISLAM YANG SEMAKIN MISKIN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

        UMAT YANG PAPA KEDANA

Wahai manusia ingatlah akan kamu bahawa segala kemungkaran yang kamu lakukan pasti mendapat balasan. Ingatlah dikala kamu disemadikan dipekuburan maka akan datang dua malaikat iaitu Mungkar dan Nangkir. Dikala itulah kamu akan ditanya tentang keimanan .

Walaupun diatas dunia kita berjaya menghafalnya namun apabila roh dan jasad berpisah atas ketentuan Tuhan Yang Esa maka dialam kubur semua berbeda sekali.  Ingatlah disaat kematian seluruh sistem  tubuh kita terhenti serta merta.

Apa yang menjawap soalan dari Mungkar dan Nangkir hanyalah amalan kita saja. Samaada kita kekal selamanya dialam barzakh atau ditempatkan ditaman taman syurga, semuanya terletak pada amalan kita didunia ini.

Hari ini ramai cerdik pandai, ada yang ditarafkan sebagai ulama, ustaz , imam dan ada juga  yang berpangkat Mufti kadi  namun semua kelebihan yang terdapat dalam diri mereka tidak digunakan dengan sebaik mungkin. Semuanya gara gara kenikmatan dunia.

Ada penceramah agama ada penyanyi agama ada pelawak agama ada motivsi agama dan ada juga peminta sedekah agama namun semua ini dilakukan atas nama "dakwah" yang berimejkan agama demi menghalalkan  wang ringgit yang diraih.

Ada penjual agama dan ada juga pembeli agama. Kedua duanya seiringan. Namun titek tolaknya tetap berkiblat kepada wang ringgit. Cuba tanya diri kita bolehkah kita membeli dan menjual pahala?

Didalam dunia yang semakin pantas ini terdapat banyak golongan yang dahagakan agama. Disebabkan kehausan yang terlampau, apa saja yang dihidangkan pasti dihirup semahunya , halal atau haram bukan lagi penghalang

Ramai manusia terjebak samaada secara sedar atau tidak, ada yang melakukan atas kerelaan sendiri dan ada juga kerana pengaruh luar namun apa yang dilakukan semuanya dipalitkan atas nama agama.

Apa yang terjadi adalah kerana kurangnya kefahaman tentang tuntutan Al Quran dan sunnah. Menjual agama untuk kepentingan diri berleluasa tanpa sempadan. Bukan saja rakyat marhean yang menjual malahan pemimpin juga membuat jumbo sale terhadap isu serupa.

Sedarlah kerana perdagangan atas nama agamalah yang telah membuatkan ramai manusia tergadai maruah diri dan negaran. Semua ini sedang berlaku.

Perhatikan sekeliling kita setiap hari akan ada "penunggang agama". Adakah anda salah seorang dari golongan itu?

Keindahan Islam acuan Al Quran sudah dicemari. Renungkan dalam diri anda. Manusia semakin kaya peradaban nya tetapi muflis pegangan dan miskin amalan.

                    Cahaya Al Majid

     









No comments:

Post a Comment