Sunday 28 February 2016

THE PROMISED LAND :TAMPUK YANG SUDAH DIPEGANG

Bismillahhirrahmannirrahim.

   BUAH TUA YANG PASTI GUGUR

Bismillah telah didahului dengan kalimah Laa ila ha ail allah telah dimeteri , sumpah sudah dilafas, janji telah diikat ,Alquran dijunjung ,sunnah ditaati namun pembohongan juga yang mereka diimani.

Najib dan gerombolannya mentadbir negara semahunya. Apa yang diidam itulah yang akan dilakukan. Apa kemahuan rakyat jelata tidak diendahkan, kesusahan rakyat dijadikan medan untuk mereka ratah.

Tidak cukup dengan itu, rang undang undang baru diperkenalkan demi untuk menyekat kebebasan suara rakyat. Media massa , blog blog serta facebook yang tidak tidak sealiran dengan nafsu pemerintah disekat dan dikenakan tindakan.

Bagi individu pula sesiapa yang kritikal terhadap pemimpin kerajaan pula disiasat dan ada juga yang ditahan reman dan tindakan ini didakwa pemerintah sebagai mencegah .

Kelantangan suara serta tajamnya tulisan para pengkritik pula dituduh sebagai mahu menggulingkan kerajaan pula.

Kebiadapan penggunaan kata kata oleh pemimpin Kerajaan dalam menyanggah kerungsingan rakyat dituturkan secara kasar serta menyakitkan hati. Hujah hujah yang dibentang diibaratkan seperti rakyat sememang bodoh dan tak berotak.

Sifat rakus dan menggunakan undang undang bagi menekan penentang mereka samaada secara terangan mahupun secara tersembunyi dilihat semakin kerap berlaku.

Kalau ahli parti yang tidak sealiran Perlembagaan Parti akan digunakan untuk menyahkan. Apa yang tinggal dalam parti mereka semuanya pak turut belaka. Sedangkan dalam agama perbezaan pendapat pun dibenarkan. Kenapa dalam perkara begini pandangan agama tidak dipakai?

Apa yang berlaku kini hanya kedungguan saja yang diimpikan agar rakyat semua menghalalkan perbuatan mereka.

Kini pemberontakan dari dalam pertubuhan mereka semakin nyata dan satu persatu keterlanjuran mereka terserlah.  Semakin banyak mereka menafikan semakin jauh pula hati rakyat terhadap mereka.

Pada skala pandangan rakyat kepercayaan terhadap pemimpin parti kerajaan telah merudum teruk dan untuk kita mempercayai bahawa mereka akan beroleh kemenangan pada PRU14 adalah meleset.

Keguguran mereka bakal diraikan.

               Cahaya Al Majid







1 comment:

  1. Hadis Ma'qil bin Yasar r.a:
    Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang ditaklifkan oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, nescaya Allah mengharamkan ke atasnya(pemimpin) syurga.

    Daripada Huzaifah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda : "Bahawasanya akan wujud (akan datang) para pemerintah yang berbohong dan berlaku zalim. Barangsiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan membantu atas kezaliman mereka, maka (mereka) bukan daripada (golongan) kami dan aku bukan daripada (golongan) mereka, dan dia tidak akan menemuiku di haudh (telaga kauthar di akhirat kelak). (Sebaliknya) sesiapa yang tidak membenarkan pembohongan mereka dan tidak membantu atas kezaliman mereka, maka dia daripada (golongan) ku dan aku daripada (golongan) nya dan dia akan bertemuku di haudh". (Riwayat Imam Ahmad dalam musnadnya. Kata guru kami, Syeikh Syu'aib al-Arna'uth, sanad hadith ini sahih berdasarkan syarat al-Bukhari dan Muslim)

    ReplyDelete