Thursday 18 February 2016

THE PROMISED LAND :LANGKAWI & MAHSURI !! BACA SEBAGAI PERINGATAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Sesungguhnya apa yang saya tulis ini adalah kebenaran dan hanya Allah swt menjadi saksinya".

              Kisah benar dari Langkawi
               KEPULANGAN BERSEBAB

Alhamdullilah dan syukur kehadrat Allah swt yang memperjalankan aku berserta isteri dan dua orang anak perempuanku sekali lagi ke Langkawi setelah 15 tahun. Yang sulung berusia 32 tahun dan yang kedua berusia 30 tahun.

Kedua duanya telah berjaya dalam kerjaya masing masing, yang sulung merupakan Pengurus Kewangan disebuah bank antarabangsa dan adiknya pula merupakan seorang Peguam Jenayah.

Walaupun Langkawi telah mencatatkan sejarahnya kepada saya namun apa yang berlaku pada 14hb Februari 2016 yang lalu amat memeranjatkan kami sekeluga.

Pada awal tahun 1990 saya sekeluarga berserta dua orang anak saudara isteri saya pergi bercuti ke Langkawi dan antara destinasi yang kami lawati adalah Makam Mahsuri. Itulah kali pertamanya kami menjejakkan kaki di Makam Mahsuri dan ketika itu anak sulung saya belum lagi berumur 7 tahun.

Namun ketentuan Allah swt tiada siapa tahu.  Pada tahun 1997 negara dilanda kegawatan ekonomi, disebabkan saya terkesan secara langsung maka kami sekeluarga telah berpindah ke Langkawi, diantara banyak banyak negeri hanya Langkawi menjanjikan kami peluang kewangan yang tetap dan lumayan.Oleh itu kami berhijrah kesana.

Kedua dua anak saya menyambung pelajaranya ke Tingkatan 3 dan Tingkatan 1 di Sek. Menengah Mahsuri sehingga ke Tingkatan Lima.  Pada permulaan ke Tingkatan 5 iaitu tahun anak sulung saya menghadapi peperiksaan SPM beliau telah menumpang dirumah rakan baiknya kerana disitu anak saya dapat melakukan Grup Study tanpa gangguan. Alhamdullilah keputusan SPM yang dicapai amat baik dan beliau berserta rakan rakan Study Groupnya berjaya ke Mahligai Gading.

Pada ketika itu saya telah menyedari akan perubahan fizikal dikakinya. Kakinya bengkak dari aras lutut hingga kebuku lali. Ketika itu anak saya tidak merasakan apa apa perubahan mungkin kerana tubuh badanya yang agak berisi ketika itu.

Kebengkakan itu tidak reda dan susut dan itu mengusarkan kami suami isteri. Rawatan dari beberapa Doktor Pakar telah kami lakukan dan yang terakhir adalah di Prince Court Hospital. Walaupun beribu ringgit telah dibelanjakan namun keputusanya adalah sama, alasan Doktor "pembuluh darah halus" dan tiada apa yang boleh dilakukan.

Perasaan kasih serta simpati yang sememangnya terendam dihati apabila melihat akan ketidakselesaan beliau yang selalu mengadu penat, letih dan selalu sakit kaki ketika berjalan dan tidak boleh duduk terlalu lama kerana kaki menjadi bengkak membuatkan saya menyuruh beliau meletak jawatan. Ditambah dengan kesedihan apabila berpisah dengan suami yang dinikahi tidak sampai 2 tahun membuatkan hati seorang ayah dalam keadaan gundah gulana.

Ada juga saudara mara dan rakan rakan mengesorkan agar perubatan cara tradisional dan Perubatan Islam dilakukan dan kami turuti juga namun hasilnya tetap sama. Tiada perubahan.

Pada awal tahun 2016 saya membuat keputusan untuk ke Langkawi bagi merawat  sendiri "penyakit misteri" yang
membelenggu beliau. Walaupun tertunda beberapa kali atas alasan yang tidak munasabah, alhamdullilah, pada 9hb Februari 2016 kami menjejakkan kaki sekali lagi di Langkawi namun tujuan atau sebab ke Langkawi tidak saya nyatakan kepada anak saya.

Setiap hari ada saja halangan untuk kami ke Makam Mahsuri sehinggalah pada hari terakhir.

Walaupun Ferri Roro yang kami tempah telah menetapkan agar semua kenderaan perlu berada di Pelabuhan pada jam 3 petang namun anak saya ini beiya iya mahu ke Pelabuhan untuk mendaftar kenderaan pada jam 1.30. Ketentuan Allah swt mengatasi segalanya.

Perjalanan manusia adalah ketentuan Tuhan. Apabila sampai dipelabuhan saya diberitahu bahawa kenderaan hanya boleh didaftar pada pukul 2.30 saja. Dengan gerak hati saya terus memandu ke arah Makam Mahsuri.
Apabila sampai saja dikawasan letak kereta saya mengajak isteri dan anak anak saya turun untuk melawat makam dan berpesan kepada mereka agar memerhatikan disekeliling sekiranya terdapat bunga yang jatuh atau gugur dihadapan mereka.

Tujuan saya kesana semata mata mahu membuang sekiranya terdapat ada elemen lain yang menumpang pada diri anak saya.

Mula saja kaki dia mencecah tanah diluar Makam dia memberitahu saya bahawa dia mula rasa mual dan loya. Dia berjalan seiringan dengan adiknya. Saya menyuruh dia meneruskan langkah juga.

Lebih kurang 10 meter dia dan adiknya berada dari jarak pintu utama , dia mengadu lagi. Dia kata perasaanya amat sedih dan hiba ketika. Tak sampai 3 langkah dia berjalan dia mula menangis teresak esak. Ketika itu saya berada 5 langkah dari anak saya.

Apabila anak saya  telah menghampiri diri saya, dia terus meluru dan memeluk saya sambik menangis teresak esak tersedu sedu.

Anak perempuan sulung saya ini memang seorang yang lemah lembut, berbudi bahasa dan tutur katanya memang lembut dan dia amat penyayang sifatnya tetapi amat tegas dalam pendirian.

Dalam keadaan dia sedang teresak esak dengan sedu sedannya saya memujuknya  supaya berhenti menangis. Makin dipujuk semakin kuat dia menangis.

Dia asyik asyik mengulang kata kata "along sayang babah" berulang ulang diucapkan. Ketika itu orang yang lalu lalang mula berhenti dihadapan kami.
Ketika itu saya dah mula merasakan bahawa "suara entiti" yang berkata kata itu bukan diri anak saya.

Yang pada ketika itu anak yang masih saya peluk, saya terus bercakap denganya. Saya kata " kak long kena balik awak tak boleh ikut lagi". "Dia " kata lagi " along sayang babah". Setelah beberapa kali memujuk dan masih jawapan yang sama, lalu saya memekap ubun ubun kepalanya dengan tapak tangan sambil membaca Al Fatiha tiba tiba "dia" dia menjerit sekuat hati. Jeritan itu lantang, kuat dan lama"

Orang ramai mula merapati kami. Setelah lebih kurang 7 kali jeritan berserta dengan 7 kali Al Fatiha barulah "dia" reda dan mengajak kami kedalam kawasan Makam.

Dengan keadaan anak saya yang lemah dan tidak bermaya itu, beliau terpaksa kami papah dan berjalan menuju tempat "nya". Dengan laluan yang biasa " dia" membawa kami kekawasan " favourite"nya.

Disitulah saya memisahkan "dia" dengan anak saya yang mana selama ini " dia" telah "menyertai" diri anak saya sejak bertahun lamanya.

Sebelum perpisahan itu terjadi "dia" telah membaca surah Al Fatiha dengan memulakan bacaannya dengan kalimah "aku berlindung dari syaitan yang direjam".

Dengan kata kata akhirnya "dia" memanggil saya dengan ungkapan "ayah".

Untuk peringatan bagi para pelawat yang ingin menziarah makam nya :

1. Fidyahkan Al Fatiha
2. Pakaian mestilah menutup aurat
3. Bukan muhrim tidak boleh berpegang
    tangan
4. Jangan meludah merata rata

    Surah Ali Imran : 169-170
    Maksudnya :-

  "MANUSIA YANG MATI SYAHID HANYA MATI PADA PANDANGAN MANUSIA TETAPI DIA HIDUP SELAMANYA DISISI    TUHAN."


                 Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment