Saturday 19 March 2016

THE PROMISED LAND : GIGITAN DR MAHATHIR ..NAJIB LUKA PARAH

Bismillahhirrahmannirrahim.

           LEMBUT SUARANYA
           KENAPA KEPANASAN

Nazri kata " baling gelas pun tak pecah",itulah perumpamaan kata kata yang digambarkan oleh Nazri terhadap batang tubuh Dr Mahathir yang telahpun melangakui usia 90 tahun itu.

Nazri , pencacai dan pemakan dedak serta puak puak UMNO hanya melihat dari luaran saja dan apa yang berdiri tegak menungkat batang tubuh Mahathir tidak terlihat oleh pandangan mata kasar mereka.

Apa yang terlihat dipandangan mata mereka hanyalah sosok tubuh badan Mahathir yang semakin lembik dan kulit yang telah berkedut, dan mereka merasakan bahawa diri Mahathir itu seolah olah "kosong"dan tidak berjiwa.

Nak kata macammana " jangan salahkan ibu yang mengandungkan" jiwa jiwa yang terkhikaf dan tersalah jalan ini.

Rupa rupanya tubuh badan yang sasa atau sado bukanlah takrifan yang setara dengan Mahathir, hanya dengan pandangan, kata kata serta suaranya yang lembut menghurai persoalan telah menyebabkan Najib mengelupor seolah olah bermandi dan bernafas dalam lumpur.

Mula kata  tindakan Mahathir tidak mendatangkan kudis terhadap Najib dan UMNO , alih alih, kini semua Pendukong Najib dan UMNO telah mula mengerakkan tindakan "selamatkan Najib".

Kini puak Najib sana sini telah mengelupor kelemasan. Bukan kelemasan kerana terendam dalam air tetapi kelemasan kerana dipandang serong oleh rakyat.

Kalau dahulu Nazri kata Mahathir bukan sapa sapa hanya setakat rakyat biasa saja tetapi hari ini dan juga bukan esok ataupun tulat..kini setiap hari puak UMNO menyalak kat Mahathir macam salakan anjing gila.

Renung kes semalam. Jamal Ikan Bakar aka Panglima UMNO berserta 400 pengikutnya menyalak dihadapan Pejabat Mahathir..aai..Nazri kata orang tua tu..baling gelas pun tak pecah..tetapi kenapa perlu angkut bala tentera..

Inilah UMNO..rakyat tengah marah dengan Najib..bukan nak meredakan kebencian dan kehangatan tetapi menambahkan lagi kepanasan. Inilah yang terjadi, apabila samseng diangkat sebagai ketua..

                         Nasibla...

Padamkan api dengan api..elokla tu

                     Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment