Friday 18 March 2016

THE PROMISED LAND: SOKONGAN 47% DAH KELAUT..UMNO IKUT SKALI KE???

Bismillahhirrahmannirrahim.

   LUPA DIRI ATAU BUAT BUAT LUPA

Perpatah Melayu ada mengatakan " bukit sekiranya ditarah lama lama pasti rata" begitu juga dengan perumpamaan " sikit sikit lama lama pasti membukit".

Kekuatan UMNO masa kini hanya gah pada suara . UMNO yang didakwa mempunyai keahlian tidak melebihi 4 juta ini dilihat semakin goyah dan bermasaalah.

Masaalah yang melanda kali ini sepatutnya adalah isu peribadi Presiden dan tiada sangkut paut dengan UMNO tetapi apabila Presiden telah "mengumnokan" isu ini maka tidak secara langsung seluruh ahlinya kini dipertanggungjawapkan dan terpaksa menggalas semua dosa dosa Presiden diatas dikepala mereka.

Perlu diingat oleh segenap ahli UMNO bahawa menghalalkan salahlaku serta rasuah yang dilakukan Presiden sama lah tarafnya seperti bersubahat atau bersengkokol . Kalau diikutkan hukum , hukuman bagi orang orang yang bersubahat adalah lebih berat dari pelaku. Tetapi puak ini tidak peduli pun.

Walauapapun, hukum Allah swt dilihat lekeh dan diperlekehkan pula oleh puak ini. Bagi mereka apa yang penting, hajat tercapai. Dan mungkin mereka menganggap bahawa Najib dah bertaubat kerana Najib telah beberapa kali menunaikan umrah dan mereka mungkin meyakini bahawa dosa Najib telah terampun semuanya.

Dari apa yang dapat dilihat kemungkaran bukan lagi keutamaan untuk dibenteras oleh puak UMNO. Selagi seseorang itu berjawatan Perdana Menteri atau memegang jawatan presiden UMNO maka segala kesalahan atau salahlaku samaada secara terang atau tersembunyi, semua adalah halal.

Tiada apa lagi yang tinggal dalam UMNO.  Segala kebaikkan yang telah disemai oleh  pemimpin terdahulu semuanya telah dicemar oleh pempimpin kini. Segala kebaikkan terdahulu bukan lagi dianggap sebagai melunaskan tanggungjawap tetapi dicop sebagai menghabiskan duit rakyat dan tidak berfaedah.

Kini program mencaci, menghina dan mengungkit sejarah lampau dijadikan senjata bagi mempertahankan diri dalam menghalalkan perbuatan salahlaku mereka.

Apa yang berlaku , perbuatan ini dilakukan sendiri oleh mereka mereka yang pernah duduk di saf pertama dimana pada ketika itu mereka juga sanggup menggadaikan diri , jual maruah ,asalkan dapat makan sedulang dengan Presiden.

Adakah dengan segala carca marba politik UMNO ini,  UMNO masih menjangkakan bahawa sokongan 47% undi popular akan berpihak kepada mereka ?

Atau mereka sememangnya mahu menguburkan parti mereka demi seseorang yang bernama Najib?

              Lu fikirlah sendiri..
          Mahathir dah sedar diri
        Ahli UMNO sedar diri ke???

               Cahaya Al Majid






No comments:

Post a Comment