Friday 18 March 2016

THE PROMISED LAND : MEREKA WAJIB MEMBERSIHKAN DIRI DIMAHKAMAH.

Bismillahhirrahmannirrahim.

"Tiada angin manakan pokok bergoyang."

Orang UMNO menuduh Lim Guan Eng kerana salah guna kuasa untuk kepentingan diri. Lim Guan Eng didakwa membeli harta dibawah harga pasaran kerana kedudukannya sebagai Ketua Menteri.

Tetapi rakyat pula berpendapat bahawa tindakan Najib menerima dana RM2.6B dan RM 42 juta yang dikata "derma" itu pula menyalahi undang undang seperti yang diperakui dalam akta SPRM.

Tidakkah kedua dua  kesalahan yang didakwa ini sepatutnya dibawa kemuka pengadilan(Mahkamah). Janganlah kerana seorang itu berjawatan Perdana Menteri dan seorang lain Ketua Menteri maka keadilan tidak ditegakkan.

Perlu diingat rakyat memileh pemimpin bukan untuk diberi lesen kepada mereka untuk mengingkari undang undang negara tetapi sebaliknya mereka perlu patuh pada undang undang. Kuasa yang disandang itu pula bukan bererti mereka "kebal" dan tidak terusik oleh Undang undang .

Oleh itu wajib bagi pihak berwajib samaada SPRM atau yang sewaktu dengannya,  menyelesaikan isu ini sebab penyalah gunaan kuasa telah berleluasa.

                Cahaya Al Majid


1 comment:

  1. Setuju dgn tulisan bro. Tidak bersalah hanya hakim layak bercakap. Bukan 1 hakim, tapi sehingga hakim tertinggi. Jika sampai di situ, kita terima tidak bersalah atau bersalah. Kalu setakat ag, penjawab dan yg kena tuduh cakap, tak jalan la tak salah tu. Harap bertindak ke atas semua pemimpin yg mewah melebihi pendapatan.

    ReplyDelete