Saturday 16 April 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA BAKAL KANTOI..ARAB SAUDI ATAU MALAYSIA????

Bismillahhirrahmannirrahim.

Kalau negara ni nak melingkup pun dia tak peduli..apa yang penting billion ringgit hinggap keakaun. Halal atau haram, benar atau tipuan masa yang bakal menentukan....tetapi rasanya "tembelang" ini akan dipecahkan juga oleh dunia barat.

Walaupun statement Menteri Luar Arab yang terpacul ketika Najib berada di persidangan OIC ,namun statement "pembersihan" yang  terbaru ini dilihat berlawanan dan tidak seiringan dengan statement yang beliau ucapkan sebelum ini. Kenapa dan mengapa Menteri Luar Arab ini mengolah semula ceritanya.  Apa ajendanya?

Ataupun sememangnya ini adalah cara atau corak suku Bangsa kaum Arab ini dalam menangani isu dalam melepaskan diri ataupun bersubahat ,sepertimana tindakan tindakan kerajaan mereka (Arab Saudi) terhadap negara negara Arab lain .Kan bangsa ini selalu suka bermuka muka?

Disebabkan kaum Arab ini suka mengamalkan sifat talam dua muka, maka mereka sesama sendiri  berada dalam situasi curigai mencurigai sesama sendiri.

Perhatikan .Pemimpin  bangsa ini hanya kerana gilakan kuasa dan kekayaan, dan mereka sanggup bersengkokol dengan barat demi kelangsungan kuasa pilitik sehingga sanggup membiarkan umat Islam lain dibunuh walaupun dikejiranan mereka.

Renungkan kembali apa yang telah berlaku..Libya, Mesir, Palestin, Syria, Iraq dan banyak lagi..oleh itu renunglah...bolehke pakai kata kata bangsa ini??

Kalau mengikut money trail yang didedahkan oleh ABC News,  Sarawak Report ataupun WSJ ( yang dikata hendak disaman dan kebanyakkan tuduhan atau dakwaan media ini adalah benar)dana Ministry of Finance Saudi Arabia telah masuk keakaun Najib pada Aug 19 dan Nov 19 tahun 2011 berjumlah USD 80 atau RM320 juta. Mana mungkin Menteri Arab ini menghalalkan USD681 juta atau RM 2.6 billion bilamana jumlahnya berbeza.

Tetapi pada tahun 2013 pada 21 dan 24 March sememangnya USD681 Juta atau Rm2.6 billion ada kemasukkan wang keakaun Najib diAmbank melalui Tanore Finance (BVI).

Atau adakah Kerajaan Arab Saudi baik hati berulang ulang  "menderma" kepada Najib?? Tetapi yang tak boleh tahan, katanya  " duit derma" itu telah dipulangkan semula. Kenapa?  Kan duit itu diberi atas dasar " suci hati"? Diatas fakta inilah maka cerita itu menjadi "auta".

Walau pun terlalu banyak cerita berbangkit, namun pencerahan yang cuba dibuat Menteri Arab ini telah menimbulkan banyak tanggapan lain samaada terhadap Najib,Malaysia mahupun Arab Saudi.

Walaupun "dana derma" RM2.6 billion dan  Rm320 juta telah masuk keakaun peribadi Najib namun jangan dilupa bahawa RM14 billion iaitu  sebahagian dari wang pinjaman 1MDB RM50billion telah terlepas kesyarikat yang bukan milik IPIC.

Apa kesudahannya, terkantoi atau dikantoi..tunggulah....penyiasat dalam negara ...hemmm..tunggu..siapa bakal diserkum...

                  Cahaya Al Majid











15 comments:

  1. Salam, ikut fahaman saya, menteri arab tu tak u turn. Kenyataan pertama sebut duit dari arab untuk pelaburan. Kenyataan kedua duit tu derma dan disahkan oleh ag. Itu lu punya hal la nak sahkan. Engkau tanya aku jawab. Kalu tanya derma tu dari king arab, tu mungkin menteri arab cakap lain.

    ReplyDelete
  2. Tak faham, apa ko cakap ni.

    ReplyDelete
  3. Kalau negara ni nak melingkup pun dia tak peduli...
    (Assalam, ayat pertama yg cukup power, dan aku sambung sikit...)
    ... kenapa pulak sibuk2 nak mintak MenLu Saudi tu buat statement?

    Kalau dilihat dari scenario kenyataan ini, aku percaya ianya hanya lakonan saja.
    Yg mengiring MenLu tu Anipah Aman (yg dah bagi briefing awal2 lagi), yg bertanya tu reporter dari Bernama, yg merakam tu kameraman dari NST. Kenyataan ni eksklusif utk rakyat Malaysia saja, khas utk penyokong Mohd Najib menambah dedak ketaksuban mereka.

    Kalau buat sidang media, sahih tak tertepis soalan2 sampingan yg di luar skrip.

    Itu pandangan aku.

    ReplyDelete
  4. Tu la..sepatutnya Najib dan Pak Arab tu buatlah press conf dgn kehadiran media luar..biar press luar tanya seadanya..ni tidak..Bernama & NST je..sah sah..lah ikut script Najib..

    ReplyDelete
  5. Tu la..sepatutnya Najib dan Pak Arab tu buatlah press conf dgn kehadiran media luar..biar press luar tanya seadanya..ni tidak..Bernama & NST je..sah sah..lah ikut script Najib..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Tuan. Hairan ya kenapa Mohd Najib yg mengaku tidak bersalah begitu sukar untuk menunjukkan bukti kebenarannya. Setiap cubaannya hanya menimbulkan keraguan, menghakis keyakinan kita kepadanya, menguatkan lagi syak wasangka.

      Aku percaya dalam Islam pun kita yg terfitnah harus memberi kesedaran kepada pemfitnah agar dia sedar kesalahannya, dan agar fitnah itu tidak merebak. Mungkin tuan boleh tulis sedikit bagaimana menangani fitnah utk panduan aku dan pembaca lain.

      Terima kasih,
      QQ

      Delete
  6. Tuduh lagi...Menteri Saudi pulak yg tak betul ..nampaknya berpanjangan lagi lah tuduh menuduh ni. ..ya lah lidah tak bertulang

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya.orang yang dituduh perlu menunjukkan bukti ketidak bersalahanya. Kalau benar apa yang didakwa, sertakan bukti nyata supaya rakyat tidak berprsangka lagi. Kalau benar semuanya telus, apa nak takut..hadaplah rakyat bukan ahli UMNO je.baru gentle

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya.orang yang dituduh perlu menunjukkan bukti ketidak bersalahanya. Kalau benar apa yang didakwa, sertakan bukti nyata supaya rakyat tidak berprsangka lagi. Kalau benar semuanya telus, apa nak takut..hadaplah rakyat bukan ahli UMNO je.baru gentle

    ReplyDelete
  9. Saudara Anon 17 April 2016 at 06:00,

    Biar kita berbicara mengenai tuduhan yg dilemparkan kepada Mohd Najib mengenai 2.6b ini dan letak isu 1MDB di tepi dahulu kerana Mohd Najib pun berkata 2.6b ini tidak ada kena mengena dgn 1MDB.

    Saudara berkata "nampaknya berpanjangan lagi lah tuduh menuduh ni".

    Saya kata betul. Kerana saya, tuan blog kita ini, dan juga pastinya saudara juga ingin mencari dan menegakkan kebenaran. Sejak kenyataan MenLu Arab Saudi ini dikeluarkan ramai menteri yg minta kita semua percaya dan terima kenyataan itu. Tetapi bagi diri saya, amatlah sukar utk percayai kenyataan itu, mungkin berdasarkan apa yg saya tulis di atas. Mungkin juga tidak cukup setakat kata2 tanpa bukti dan data yg menyokong kenyataan itu.

    Lihat sajalah apa tindakan yg Mohd Najib ambil bila isu 2.6b ini mula2 meletop dulu. Dia menidakkannya. Bila dah terpaksa mengaku timbul pula berbagai versi yg diceritakan beliau dan para menterinya. Dari dana politik hingga ke derma peribadi. Malah Menlu Arab Saudi yg sama juga katakan 'dana pelaburan'. Ada yg katakan utk melawan ISIS, melawan DAP dan bermacam lagi. Semuanya berhujah airliur saja, termasuk kenyataan yg terbaru ini. Bagaimana kita boleh terima dan percaya sebegitu mudah bila sudah banyak versi yg ada.

    Saudara kena faham, isu 2.6b ini adalah satu cerita sejarah yg telah berlaku pada tahun 2013. Jalan ceritanya mustahil boleh diubah2 agar akhirnya rakyat dapat terima.

    Jika mahu dipertikaikan lagi, aku boleh cakap "Kenapa Mohd Najib tidak boleh dapatkan kenyataan sebegini semasa dia di Arab Saudi baru2 ini. Tentu lebih mudah dipercayai kenyataan MenLu ini jika dibuat di pejabatnya, dgn semua maklumat di tangannya, dgn arahan dan restu Raja Saudi. Apa lagi jika penderma itu ada sama di sisinya."

    Untuk akhirkan dan tutupkan isu 2.6b ini, Mohd Najib perlu ceritakan dgn ikhlas dan jujur, beserta bukti yg sahih dan dapat diterima akal. Cukup mudah kan?

    Tetapi Mohd Najib gagal utk lakukan semua itu dari mula isu ini timbul hingga ke hari ini. Setiap cubaannya menimbulkan keraguan yg semakin menebal.

    Mohd Najib bukan saja gagal utk menangkis dan mematahkan 'fitnah' yg dilemparkan kepadanya tetapi dia juga membiarkan rakyat, terutamanya kita orang Melayu dan Islam berselisih faham sesama sendiri. Dia juga tidak dapat pertahankan maruah dirinya tetapi juga maruah negara. Pemimpin seperti inikah yg harus kita percaya dan sanjungi?

    Apa pun, marilah kita sama2 berdoa agar kemelut yg melanda negara kita ini berakhir secepat yg mungkin agar agama, bangsa dan tanahair kita tidak terus menerus dicemuh dan diperlekeh oleh dunia, dan berdoa agar kita dapat bersatu semula dalam suasana yg lebih kukuh. Jadikanlah agama kita bukan saja sebagai pegangan tetapi juga panduan hidup kita di setiap detik nadi kita berdenyut, bukan setakat lima minit di waktu solat lima kali sehari.

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya pengakuan yg dibuat oleh Menteri Arab itu lebih memudaratkan negara ini bukan saja terhadap Najib dan UMNO malahan ekonomi kita juga. Sekiranya Najib gagal membentangkan kepada rakyat dan dunia, maka, penyembunyian perbelanjaan dana ini takut takut negara kita dituduh sebagai "penyumbang" kepada pemberontak samaada di Thailand mahupun di Filipina. Kita semua maklum bahawa Malaysia adalah "perantara" untuk tujuan ini.

    ReplyDelete
  11. Sebenarnya pengakuan yg dibuat oleh Menteri Arab itu lebih memudaratkan negara ini bukan saja terhadap Najib dan UMNO malahan ekonomi kita juga. Sekiranya Najib gagal membentangkan kepada rakyat dan dunia, maka, penyembunyian perbelanjaan dana ini takut takut negara kita dituduh sebagai "penyumbang" kepada pemberontak samaada di Thailand mahupun di Filipina. Kita semua maklum bahawa Malaysia adalah "perantara" untuk tujuan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Dan banyak lagi intrepretasi yg boleh dibuat terhadap negara kita, semuanya boleh memburukkan lagi maruah negara; dari pentadbiran yg tidak cekap hingga wang sebegitu banyak boleh keluar masuk tanpa halangan hinggalah negara boleh dijajah dgn pengaruh wang. Maruah negara memang cukup tercalar dgn tindak-tanduk bukan saja Mohd Najib tetapi juga para menterinya. Seolah2 dalam parti pemerintah hanya ada dua tiga orang saja yg jujur, ikhlas dan berintegriti. Yang lainnya semua korup dan kurap.

      Delete