Friday, 6 May 2016

THE PROMISED LAND: 1MDB KINI TANGGUNGAN RAKYAT

Bismillahhirrahmannirrahim.

     SIAPA PENGKHIANAT?

Benar apa yang dikata 1MDB adalah "biawak hidup" ciptaan Najib yang bertujuan untuk mengayakan dirinya serta seluruh kaum familinya , rakan rakannya ,"geng"politiknya berserta ampu ampu bodek nya yang sering mempertahankan beliau. Dan ini tidak terkecuali AGnya, Ketua Polisnya serta beberapa kerat Penjawat Awam yang berselingkuh dengan Najib.

Hanya kerana bernafsu  kekayaan harta dan wang ringgit untuk menjadi billionair dengan cara mudah serta bernafsu pula menjadi seorang Perdana Menteri buat selama lamanya berbagai akta undang undang telah digubal , semuanya bertujuan untuk mencengkam kuasa demi survival karier politiknya yang sedang merudum kini.

Bukan kepercayaan saja yang sedang merudum malahan maruah ,jatidiri , intrigriti juga telah merosot. Nilai moral juga jatuh berguguran macam nangka busuk jatuh. Begitulah nasib.

Kini Najib , tanpa rasa malu dan segan telah mengarahkan agar Lembaga Penasihat 1MDB dibubarkan secara sukarela atas kepentingan diri beliau sendiri dan secara langsung semua hutang piutang 1MDB serta tanggungannya terletak dikantung Kementerian Kewangan untuk menyelesaikan najis najis tersebut dan tak secara langsung "dana perlaburan" yang dilabur dan yang telah lebur secara automatik ditanggung Kementerian Kewangan ataupun Kerajaan iaitu Rakyat.

Bak kata Dr Mahathir jumlah hutang 1MDB  RM50 Billion ini berupaya "membangkrap" Malaysia.

Kalau dahulu dengan gah dan megahnya Najib melaungkan harta kekayaan milik 1MDB dan mengembar gemburkan bahawa aset 1MDB melebihi hutang dan bolih berdiri senduri atas keupayaan Penasihat serta Lembaga Pengarahnya dan tidak memerlukan dana kerajaan untuk "backup", sekarang apa sudah jadi?

1MDB tak mampu lagi ke untuk hidup?

Semua orang dah tahu niat buruk disebalik penubuhan 1MDB ini. Kegagalan yang terpampang kini bakal membungkamkan jawatan Perdana Menteri milik UMNO dan sekali gus menguburkan UMNO .

Kisah benar disebalik 1MDB ini, pemimpin UMNO  buta mata buta hati yang kenyang orang luar dan yang bodoh ahli UMNO yang menjadi Pak Turut.

Bayangkan sekiranya penyokong tegar mati ketika sama bersubahat dengan ketua yang penipu serta pembohong.

Apakah laknat Allah swt yang bakal ditanggung oleh simati apabila ditanya oleh Mungkar dan Nangkir kerana bersengkokol dengan manusia yang diatas.

             Cahaya Al Majid




2 comments:

  1. Betul sekali. Niat penubuhan 1MDB yg cukup hina itu jelas sekali. Tiada model perniagaan yg jitu dan mampan yg dapat ditunjukkan sehingga kini. Bak hanya 'menjual barang lusuh' yg diderma kerajaan utk hidup, namun hutang berjela2 dan bertapok2.

    1MDB dan segala hutang piutangnya patut dijual kepada Najib utk kegunaan peribadi keluarganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976, atau KLIK DISINI, insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.

      Delete