Friday 29 July 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA BODOH DAN SIAPA DIBODOHKAN.

Bismillahhirrahmannirrahim.

Katanya ! 1MDB tak terlibat tapi dana dari 1MDB mengalir masuk keakaun syarikat milik Jho Low,Riza Aziz n The Gang di US dan terdapat juga kemasukkan dana berpunca dari 1MDB keakaun Malaysian Official 1 dakwa DoJ.

Walaupun pertuduhan DoJ ditulis secara terangan mendakwa Riza Aziz mempunyai pertalian keluarga dengan
Malaysian Official 1, dan "gambaran WATAK MO1" yang diberi diperincikan,namun, penafian juga diluahkan.

Walaupun 1MDB telah menafikan bahawa dana mereka tidak dicuri, tetapi macammana dana itu boleh mengalir terus keakaun mereka yang dituduh?

Atau adakah dengan sengaja 1MDB membenarkan aliran tranksaksi ini? Atau adakah Najib dengan suci hati membenarkan tujuan pengaliran dana ini sehinggakan Najib dengan lantang mengatakan dana 1MDB tidak hilang ataupun dicuri?

Bukan sedikit beb!!! USD 3.5 billion tu!!!

Yang menjadi persoalan, kalau benar dana itu diberi secara suci hati kepada "gerombolan" yang dikenal rapat Najib bagi tujuan "investment" kenapa pula harta harta tersebut diletak atas penama yang bukan dari kalangan ahli pengarah 1MDB? ataupun anak syarikat 1MDB?

Kalau benarlah 1MDB dan seluruh ahli Pengarahnya tiada kepentingan dalam kes yang disiasat atau yang dituduh sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan, maka, satu bantahan terhadap negara Amerika dan DoJ perlu dibuat.

Tetapi sebaliknya Najib menyuruh pula mereka yang disebut untuk membersihkan diri memasing.  Mereka yang dituduh itu pula bukanlah Ahli Pengarah 1MDB mahupun kakitangan Kerajaan, jadi apa perlunya Najib melatah?

Dengan tuduhan skandal terbesar diabad ini serta memalitkan jawatan Perdana Menteri dan juga maruah Malaysia, kenapa tindakan undang undang tidak diambil terhadap DoJ  setidak tidaknya " memanggil duta Amerika " ataupun "menghantar notis  bantahan" perlu dilakukan oleh Kerajaan.

Ataupun Najib takut kalau kalau ada skandal lain pula yang pecah??

                Cahaya Al Majid




Monday 25 July 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA PENYAMUN???

Bismillahhirrahmannirrahim.

CAKAPLAH APA NAK CAKAP
TEPISLAH APA YANG NAK DI TEPIS
DAN
PUSINGLAH SELAGI BOLIH PUSING
TETAPI
SIAPA MASTERMIND DALAM ISU INI:
ITULAH YANG DICARI AMERIKA KINI


SIAPA TERLIBAT DLM PENGUBAHAN WANG HARAM DARI DANA 1MDB ATAUPUN
MONEY LAUNDERING INI

PASTI AMERIKA AKAN HERET SIAPA
SAJA
WAIMA RAKAN GOLF OBAMA SENDIRI

TETAPI

KALAU DONALD TRUMP JADI PRESIDEN

LAGI MASAK ..SIAPA YANG TERLIBAT

MALAYSIAN OFFICIAL 1 KE
RIZA AZIZ KE
JHO LOW KE

YANG PASTINYA

KERAJAAN KITA AKAN DIPULAS TANGAN
SEKIRANYA...AHLI PARLIMEN PEKAN
MASIH MEMIMPIN.

               Cahaya Al Majid


Thursday 21 July 2016

THE PROMISED LAND : ADAKAH 1MDB DITUBUH UNTUK KESENANGAN RAKYAT ATAU MENGAYAKAN NAJIB DAN ANAK ROSMAH?

Bismillahhirrahmannirrahim.

BANGKAI MULA MEREPUT

Masih lagi nak membersihkan Najib?
Walaupun DoJ US tidak menyebut nama Najib dalam kertas siasatan mereka dan hanya merujuk Malaysian Official 1, yang dikata mempunyai pertalian ikatan rapat dengan Riza Aziz iaitu anak Rosmah atau lebih tepat lagi, anak tiri Najib , itu sudah memadai untuk menyatakan bahawa Malaysia Official 1 adalah watak yang disebut.

Tetapi suspek utama ataupun benificiari utama terhadap penerima imbuhan dari penyelewengan dana 1MDB tidaklain dan tidak bukan adalah USD 671 juta yang masuk akaun Najib yang didakwa sebagai "derma" yang dikata diterima dari Putera Arab ataupun Kerajaan Arab Saudi bukan saja dihalalkan oleh Pemimpin UMNO malahan "fatwa" Apandi telah mensucikan.

Tetapi DoJ mendakwa bahawa hasil perolehan dari Bond yang telah diseleweng telah diagih kepada beberapa individu yang rapat dengan Najib .

Tetapi yang paling ketara adalah Jho Low serta anak tiri Najib. Dengan sekelip mata Riza Aziz berstatus Jutawan yang mana hasil dapatannya beliau dapat membeli berbagai jenis hartanah jutaan dolar nilainya dan yang paling hebat dari hasil berkawan dengan Jho Low beliau mampu menerbitkan filem yang bertaraf separuh porno.

Agaknya itulah yang membanggakan sibapa tirinya serta beberapa kerat lagi pemimpin UMNO yang menghalalkan dana 1emdeebee disonglap. Setidak tidaknya ada juga anak Melayu yang berani secara terang terangan membiayai secara langsung dalam filem separuh porno ini.

Syabas kepada Hj Hadi dan Ustaz Harun Din kerana menggadaikan pegangan dan mensucikan kepimpinan Kerajaan terutama Najib dan 1EMDEEBEE.

Syabas kepada Melayu UMNO kerana membiarkan dana pinjaman 1EMDEEBEE digunapakai secara sukahati oleh Najib demi mengayakan sekutu yang rapat dengan beliau terutama Jho Low dan Riza Aziz dan tidak ketinggalan Kak Ros juga.

Walauapapun, kini, rakyat dipaksa menanggung hutang 1MDB RM50 billion yang telah diletakkan diMOF  kerana hendak memuaskan hati Najib dan Keluarga Kak Ros.

TERIMA KASIH MELAYU UMNO. ANDA YANG MENYUSAHKAN MELAYU.
TERIMA KASIH DR MAHATHIR KERANA MEMBERIKAN MELAYU BUKAN UMNO PILIHAN UNTUK TIDAK MENGUNDI UMNO PIMPINAN NAJIB PADA PRU14.

   
                  Cahaya Al Majid




Saturday 16 July 2016

THE PROMISED LAND : KOCAK KOCAK...DR MAHATHIR..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nak kata putus ..belum lagi..nak kata confirm..masih diawang awangan..yang kedengaran hanyalah ura ura dan kabar angin..tetapi kalau betul..apa salahnya.

Yang semaknya..Pemimpin UMNO dah mula meracau satu Malaya. Dari Menteri hinggalah yang telah diMantan, juga tak lepas peluang , nak tumpang semangkok juga..itulah "penangan" Dr Mahathir bila merancang sesuatu.

Kerana khabar Dr Mahathir nak menubuhkan Parti Baru yang bertujuan untuk "melumpuhkan" kekuasaan  Najib yang telah dipalit dengan berbagai skandal serta penghalalan penipuan wang rakyat oleh seluruh pemimpin UMNO maka jalan terbaik untuk melepaskan kesesakan bebenan yang ditanggung rakyat maka alternatif yang ada hanyalah merobohkan kota yang Dr Mahathir sendiri dirikan.

Perlu diingat UMNO yang asal telah diharamkan gara gara dendam Kumpulan Tengku Razaligh yang terdiri dari Pak Lah, Rais Yatim dan tidak ketinggalan juga Sharil Samad namun ramai lagi dan kumpulan ini dikenali sebagai Parti Semangat 46. Begitulah sejarahnya.

Apabila UMNO asal diharamkan maka dengan kuasa yang ada ditangan Dr Mahathir , UMNO Baru ditubuhkan. Oleh itu UMNO yang ada sekarang yang digelar  Parti Najib oleh Dr Mahathir amatlah bersesuaian sekali. Bukan apa , hala tuju yang telah ditetapkan oleh Dr Mahathir terhadap UMNO yang beliau tubuhkan itu  telah dipesongkan "akidah"nya oleh Najib dan pentaksub habuan.

Kini apabila Dr Mahathir telah keluar dari UMNO yang beliau sendiri tubuhkan dan mahu menubuhkan satu lagi Parti semata mata untuk menyahkan toksid yang terdapat dalam UMNO itu, seeloknya disokong , bukan apa, dah terlampau banyak perkara pelik telah dilakukan oleh gerombolan pimpinan Najib ini.

Dari hutang berbillion ringgit, duit billion masuk akaun sendiri hinggalah tanah milik Melayu yang sekangkang kera di Sg Besi terjual dan banyak lagi, eloklah Dr Mahathir menentang kemungkaran itu dari luar UMNO setidak tidaknya...UMNO kini dah mula mengelabah.

Kepada Dr Mahathir dan kumpulannya...syabas kerana berani menentang kuasa UMNO dan BN..setidak tidaknya..akan ada juga pemimpin UMNO Najib yang akan berpaling tadah.


Lakukanlah demi negara..dan bukan lagi kerana bangsa atau agama..kerana bangsa dan agama pun telah lama terjual.

                  Cahaya Al Majid


Sunday 10 July 2016

THE PROMISED LAND : SIAPA MAIN SIAPA

Bismillahhirrahmannirrahim.

SIAPA BODOH SIAPA PANDAI DAN SIAPA SILANG SIAPA.

Siapa calon terdekat Sabah lagi yang layak untuk menduduki hireaki tertinggi dalam Parti UMNO dan yang paling dekat dalam kerangka 3 keatas dibawah jawatan Presiden.

Adakah Rahman Dahalan atau adakah Salleh Keruak? Ataupun Ketua Menteri Sabah (Musa Aman) ataupun Menteri Luar Anifah Aman,

Itulah yang dipanggil tolol. Bukan Ahlinya yang tolol tetapi Ketua Ketuanya yang tolol. Sifat iri hati dan  busuk hati dan sikap diri yang tidak suka melihat "suku" atau "kaum" lain yang bukan dari kelompok mereka berpangkat tinggi dan berada lebih tinggi dari merekalah yang menjadi batu penghalangnya.

Hanya kerana menegur dan menyatakan kebimbangan terhadap 1MDB serta dana "tak sah punca" yang masuk keakaun Presiden  serta salah guna kuasa oleh Presiden maka calon yang paling hampir kejawatan Timbalan Presiden UMNO atau kini sedang menyandang jawatan Naib Presiden UMNO , dan bukan dari keturunan Melayu Semenanjung pula, kini hilang semuanya. Siapa main siapa sekarang ini.

Cuba lihat siapakah diantara mereka selain Shafei Afdal yang diterima oleh majoriti Ketua Bahagian di Semenanjung? Adakah Musa Aman atau adakah Salleh Keruak atau adakah Rahman Dahalan ataupun Anifah Aman?
Semua mereka ini hanyalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik dan bukan menang bertanding dalam PAU.

 Siapa pandai siapa cerdik?

Dengan ternafinya Shafei Afdal kerana haloba kuasa pemimpin UMNO Pusat serta dokongan pemimpin UMNO Sabah maka pendakian tertinggi oleh UMNO Sabah terhenti kini dan terpaksalah bermula dari anak tangga pertama semula.

Salah siapa dan siapa kena main? Siapa untung siapa rugi? Adakah orang Melayu Semenanjung yang rugi berbanding orang Sabah?

Orang Melayu semenanjung tak rugi apa apa tetapi yang untung Hishamuddin dan beberapa kerat pemimpin UMNO yang "lantang" untuk kekosongan yang ditinggalkan Shafei Afdal. Orang Sabah kena tunggulah 20 tahun lagi untuk mendaki kepuncak 3 tertinggi UMNO. Itupun kalau UMNO masih lagi berkuasa.

Kesian...orang Sabah..ashik kena silang je..

             Cahaya Al Majid








Saturday 9 July 2016

THE PROMISED LAND: APA YANG AKU LIHAT . EXTREMISMA BAKAL MELANDA

Bismillahhirrahmannirrahim.

MACAM MACAM YANG AKU "DIPERTONTONKAN".
NEGARA DIBAKAR OLEH KUASA

Perasaan ketidakpuasan hati rakyat terhadap corak pemerintah Kerajaan Najib atau BN dalam menangani isu isu besar serta kegagalan menjunjujung kedaulatan undang undang dalam menegakkan undang undang yang betsifat berpileh pileh bakal "menbakar" negara ini.

Maruah dan intregriti negara ini sudah tercalar.

Kepercayaan dunia luar terhadap "bangsa Melayu" serta " agama Islam" yang dijunjung oleh umat Islam negara ini mula dipandang serong, semuanya gara gara Ketua Kerajaan telah terpalit dengan Skandal penyelewengan dana PINJAMAN 1MDB.

Kegagalan Kerajaan Najib dalam membersihkan dakwaan salahlaku Perdana Menteri Malaysia oleh WSJ serta beberapa lagi akhbar dunia tentang penyelewengan dana pinjaman 1MDB

Kegagalan Najib membersihkan dirinya dari dana SRC International  rn42 juta yang diguna tanpa rasa bersalah.

Dan berbagai salah laku barisan kepimpinan Najib yang dilihat dan menghalalkan perompakan duit rakyat tanpa sempadan.

Kemarahan dan kemenyampahan majoriti rakyat terhadap Najib dan Isteri serta terhadap beberapa orang dalam saf UMNO.

Kegagalan Ustaz UMNO dan Mufti Kerajaan dalam menasihati para pemimpin dan Raja dalam menegakkan kebenaran.

Kemarahan dan kebencian Peniaga bukan Melayu terhadap pemimpin Melayu dizahirkan kepada pembeli melayu melalui peningkatan harga barangan serta  pengcukaian GST yang menghimpit setiap rakyat.

Peningkatan suara menakut nakutkan rakyat samaada Melayu mahupun bukan Melayu. Suara suara sumbang pemimpin Melayu banyak yang membakar perasaan rakyat terutama terhadap bukan Melayu.

Sentimen bangsa dan agama dijadikan sandaran untuk menawan hati rakyat menyebabkan perasaan curiga mencurigai sesama rakyat mula dirasai.

Pembelian jiwa jiwa yang kehausan wang ringgit tidak dibatasi lagi oleh agama.

Perasaan bersalah tidak lagi membatasi diri pemimpin malahan persengkokolan sesama pemimpin samaada pembangkang mahupun pemerintah semakin nyata dan semuanya tertumpu hanya kerana kuasa.

Nampaknya perjalanan kuasa UMNO tidak lagi bersandarkan kebenaran atau kesaksamaan sesama rakyat tetapi darjat pemimpin UMNO mengatasi kebenaran agama.

Negara sudah dibakar.

              CAHAYA AL MAJID





Tuesday 5 July 2016

DARI MIMBAR THE PROMISED LAND

Bismillahhirrahmannirrahin.

KEPADA SEMUA YANG SUDI SINGGAH DAN MELAYARI BLOG INI DI UCAPKAN
SELAMAT IDUL FITRI
SEMOGA TETAMU DIRAHMATI ALLAH SWT DAN DILINDUNGI .



                  IKHLAS DARI :
               CAHAYA AL MAJID