Saturday 16 July 2016

THE PROMISED LAND : KOCAK KOCAK...DR MAHATHIR..

Bismillahhirrahmannirrahim.

Nak kata putus ..belum lagi..nak kata confirm..masih diawang awangan..yang kedengaran hanyalah ura ura dan kabar angin..tetapi kalau betul..apa salahnya.

Yang semaknya..Pemimpin UMNO dah mula meracau satu Malaya. Dari Menteri hinggalah yang telah diMantan, juga tak lepas peluang , nak tumpang semangkok juga..itulah "penangan" Dr Mahathir bila merancang sesuatu.

Kerana khabar Dr Mahathir nak menubuhkan Parti Baru yang bertujuan untuk "melumpuhkan" kekuasaan  Najib yang telah dipalit dengan berbagai skandal serta penghalalan penipuan wang rakyat oleh seluruh pemimpin UMNO maka jalan terbaik untuk melepaskan kesesakan bebenan yang ditanggung rakyat maka alternatif yang ada hanyalah merobohkan kota yang Dr Mahathir sendiri dirikan.

Perlu diingat UMNO yang asal telah diharamkan gara gara dendam Kumpulan Tengku Razaligh yang terdiri dari Pak Lah, Rais Yatim dan tidak ketinggalan juga Sharil Samad namun ramai lagi dan kumpulan ini dikenali sebagai Parti Semangat 46. Begitulah sejarahnya.

Apabila UMNO asal diharamkan maka dengan kuasa yang ada ditangan Dr Mahathir , UMNO Baru ditubuhkan. Oleh itu UMNO yang ada sekarang yang digelar  Parti Najib oleh Dr Mahathir amatlah bersesuaian sekali. Bukan apa , hala tuju yang telah ditetapkan oleh Dr Mahathir terhadap UMNO yang beliau tubuhkan itu  telah dipesongkan "akidah"nya oleh Najib dan pentaksub habuan.

Kini apabila Dr Mahathir telah keluar dari UMNO yang beliau sendiri tubuhkan dan mahu menubuhkan satu lagi Parti semata mata untuk menyahkan toksid yang terdapat dalam UMNO itu, seeloknya disokong , bukan apa, dah terlampau banyak perkara pelik telah dilakukan oleh gerombolan pimpinan Najib ini.

Dari hutang berbillion ringgit, duit billion masuk akaun sendiri hinggalah tanah milik Melayu yang sekangkang kera di Sg Besi terjual dan banyak lagi, eloklah Dr Mahathir menentang kemungkaran itu dari luar UMNO setidak tidaknya...UMNO kini dah mula mengelabah.

Kepada Dr Mahathir dan kumpulannya...syabas kerana berani menentang kuasa UMNO dan BN..setidak tidaknya..akan ada juga pemimpin UMNO Najib yang akan berpaling tadah.


Lakukanlah demi negara..dan bukan lagi kerana bangsa atau agama..kerana bangsa dan agama pun telah lama terjual.

                  Cahaya Al Majid


7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Saya sokong ungkapan bahwa agama dan bangsa telah lama terjual. Bangsa dijual oleh parti najib dan agama dijual oleh parti haddy bawang.

    ReplyDelete
  3. Tun M macam main terup gin rummy je...boleh try la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi bijak tak nak naik bahtera qalamqabut

      Delete
    2. Si Haddy punya tongkang pun dah pecah....PAN tu sapa????

      Delete
  4. Memang elokpun parti Najib ditolak. Tak pasal-pasal tanah digadainya kepada kerajaan komunis, kaum Yahudi dijadikannya penasihat negara, bank Yahudi disuruhnya susun skim pinjaman negara. Kerja gila dari orang-orang yang menghunus keris kononnya pendekar Melayu, padahal dialah yang sedang menjahanamkan Melayu.

    ReplyDelete
  5. Team Najib dan Jlo Low yang paling bijak menipu. Dari Baka yang pandai dan bijak....

    ReplyDelete