Saturday 6 August 2016

THE PROMISED LAND : R.A.H.M.A.N BAKAL JADI KENYATAAN

Bismillahhirrahmannirrahim.

   DIPENGHUJUNG NYAWA

RAHMAN telah diinfakkan keatas UMNO. Samaada ianya secara kebetulan atau sememangnya telah diungkap terlebih dahulu oleh para para Ulama terdahulu, nampaknya tiada siapa yang tahu melainkan mereka mereka yang "kashaf" saja yang dapat mentelaah ataupun yang mendahului , dalam memahami corak corak warna yang diperlihatkan oleh Allah swt kepada sesiapa yang dikehendaki Nya.

"Tidak akan bergerak sebesar zarahpun melainkan, semuanya kehendak Nya"

Mencoretkan lagi kisah kisah lampau yang terlukis dan yang terpahat dalam lipatan sejarah, waima, nama Malaysia pun telah tertulis dan disebut sebelum negara ini merdeka lagi cuma nama Malaysia digezettkan sebagai Malaysia hanyalah selepas Sabah,Sarawak dan Singapura menyertainya.

 Itulah kehebatannya. Namanya disebut dan didendang sebelum kelahirannya. Itulah Malaysia.

Agong yang pertama dan Perdana Menteri pertama  bernama Abdul Rahman . Nama nama ini dipahatkan dibumi ini sebagai yang Pertama adakah ini secara kebetulan? Tidak bukan! Sebab Allah swt telah berfirman " semua yang terjadi adalah diatas kehendak dan ketentuanNya".

Berbalik kita kepada RAHMAN, tidakkah turutan abjad itu sealiran dengan nama nama Perdana Menteri kita?
1.Abdul Rahman
2.Abdul Razak
3. Hussein
4.Mahathir
5. Abdullah
6. Najib
Nampaknya telah lengkap nama RAHMAN. Tetapi.....

Dari 1957 hingga kini 2016 lebih kurang 59 tahun UMNO menjadi tunjang kepada Kerajaan yang memerintah iaitu Barisan Nasional atau Perikatan sebelumnya tetapi kekuatannya terserlah apabila bergabung dengan parti yang Pro kepada mereka seperti MCA dan juga MIC , tetapi apabila Sabah dan Sarawak bersatu maka parti parti yang dominan didua negeri ini telah menyertai Barisan Nasional dan ini menguatkan lagi Kerajaan yang memerintah di Persekutuan.

Tetapi ombak di lautan sentiasa bergelora dan setiap kali ombak membadai pantai , tanah daratan pastikan berubah, itulah hakikat yang perlu kita akui. Adakalanya apabika ombak setinggi gunung membadai tiada suatu kuasa dapat menghalangnya, akibatnya , punah semuanya, dan ini juga ketentuan Allah swt jua yang merencanakan.

Kita perlu merenung dan berfikir kenapa Allah swt merencanakan sebagini? Adakah itu kada dan kadar Allah swt atau pun peringatan dari Yang Maha Esa.

Cuba kita renung dan lihat kepada realiti putaran kehidupan, bolih kah kita menungkat langit? Begitu juga dengan manusia bolihkah kita hidup tanpa merasai kematian. Bolihkah kita hidup tanpa ada rasa sakit? Mustahil kan?

Begitulah putarannya terhadap Kerajaan kita sekarang ini, tarikh luput atau jangkahayatnya pasti ada nokhtahnya. Tidak selamanya mereka bolih berkuasa. Sedangkan Junjungan kita juga wafatnya diasbabkan kerana" terhidu racun" dan secara perlahan diri Baginda terseksa dan wafat. Semuanya bersebab.

Kalau direnung secara harfiah, nasib yang serupa juga akan dilalui olih Parti Pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh kerana tunjangnya (UMNO) telah memakan racun yang disangkanya madu, (semuanya asbab) yang ditentukan Allah swt kerana kejahilan yang disangka kebaikkan, kerana hati hati mereka telah dibutakan Allah swt, kependekan dan pecepatan pereputan sedang dalam proses.

Walaupun ramai dikalangan mereka sedar namun hati dan akal mereka telah diikat dan yang paling ketara mulut mereka telah dikunci rapat, itulah tandanya , kehancuran sedang melanda dari kalangan mereka sendiri.

Perebutan kuasa, fitnah memfitnah, berbohong, menipu, bersubahat , menafikan Sunnah membelakangi Al Quran dan menzalimi rakyat bukan lagi kesalahan buat mereka, makanya, hilanglah " payung " yang dipasangkan oleh Wali Wali dan Ulama ulama terdahulu seperti yang mereka amanahkan.

Tamat tempohnya sudah semakin dekat maka tiada apa lagi yang bolih diharapkan lagi...cuma..tali yang dilemparkan olih Mahathirlah yang bakal menyelamatkan diri mereka mereka yang berakal...dan berilmu..

Baca, fahami dan lihat pengakhiranya..

               Cahaya Al Majid














7 comments:

  1. .... KALIMAH AR-"RAHMAN" SEDANG
    MENGAKHIRI ZAMAN GEMILANGNYA ....

    BERMULA UMNO 1957 HINGGA KINI 2016 SUDAH 59 TAHUN BERTAHTA.
    SELAMA 59 TAHUN UMNO BERADA DLM COMFORT ZONE SUDAH LEKA.
    SEJAK HURUF "NUN" BERTAHTA KALIMAH RAHMAN PUNAH BEROKAHNYA.
    KINI SATURN RETURN UMNO DLM CHALANGING ZONE PORAK PERANDA..

    MALAYSIA SEDANG RANAP ANGKARA HURUF "NUN" BERMAHARAJA-LELA.
    ALLAH BANGKITKAN SANG PENYELAMAT KALIMAH BARU APA ASMA'NYA.?
    GAMES OF THRONE BERTERUSAN HINGGA TIMUR BARAT BERSATU SEMULA.
    IMAM MAHDI BERTAHTA DIMEKAH ZULQARNAEN BERGEMA DIMALAYSIA...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah. Allahhuakbar. Ada juga yg mengulit benang benang emas.

      Delete
    2. Alhamdullilah. Allahhuakbar. Ada juga yg mengulit benang benang emas.

      Delete
  2. Pulak dah..ada pulak yg bersunggoh2 perchaya teori Rahman siap bawa dalil dari Rabb di atas'Arash...ini semua sebab banyak makan Belachan..suka bersangka2

    ReplyDelete
  3. ..... BULAN OGOS BULAN KEMERDEKAAN 2 NEGARA .....

    (1) DIBAWAH KEPIMPINAN BAPAK REVOLUSI BUNG SUKARNO - WARGA INDONESIA RELA BERKORBAN NYAWA BERJUANG USIR PENJAJAH2 KELUAR DARI BUMI IBU PERTIWI TANAH PUSAKA. TANGGAL 17 AUGUSTUS 1945M ( = 8/8 = LEO/ROOSTER ) REPUBLIK INDONESIA DGN BANGGA ISTIHAR KEMERDEKAAN DGN SENDIRI. BERMULA DARI SAAT ITU TERUS BERKIBARAN MEGAH BERDAULAT BENDERA SANG SAKA MERAH PUTEH DISERATA BUMI REPUBLIK INDONESIA...

    (2) DIBAWAH KEPIMPINAN TUNKU ABDUL RAHMAN - TUNKU MEWAKILI RAJA2 MELAYU BANGSA MELAYU MENGADAP BAGINDA RATU MERAYU MENUNTUT KEMERDEKAAN. BRITISH SETUJU DGN SYARAT 3 BANGSA MELAYU CHINA KELING MAHU SEPAKAT. LANTAS DIPERSETUJUI TANGGAL 31 AUGUSTUS 1957M ( =4/7 =VIRGO/ROOSTER ) MALAYSIA MERDEKA. TANPA DISEDARI BANGSA MELAYU TERJERAT TERJAJAH SEMULA.. BERMULA TARIKH TERSEBUT, BERKIBAR JALUR GEMILANG DISELURUH NEGERI2 TANAH MELAYU...

    PESAN TOK LAKSAMANA HANG TUAH : "TAKKAN HILANG MELAYU DIDUNIA".. APAKAH INI CUMAAN KATA2 SEMANGAT SEMATA2..?? SEDANGKAN APA YG DIPERHATIKAN PEMIMPIN2 MELAYU RAMEI YG JADI GUNTNG DLM LIPATAN BANYAK BUAT KESILAPAN. SALAH PERCATURAN BANGSA MELAYU AKAN DILELONG JADI PENGEMIS DIBUMI TUMPAH DARAHNYA SENDIRI. BUMI MELAYU SUDAH TERGADEI SUKAR DITEBUSKAN...

    DIMANAKAH LETAKNYA KEKUATAN KEDAULATAN BANGSA MELAYU ISLAM SERTA BUMI PUSAKA TANAH MELAYU..?? HARI2 ORANG MELAYU SUKA MAKAN PENGAT, ITU PASAL ORANG MELAYU MUDAH LUPA... =_= =_= =_= ...MAU SELALU DIKASI INGAT...

    ..... WALLAHU'ALEM .....

    ReplyDelete
  4. Salam. Kekuatan Melayu bukan terletak pada bangsanya tetapi kukuhnya negara ini kerana terdapatnya Melayu Islam yang ikhlas dalam mengesakan Tuhannya tanpa mengharap imbuhan dari Penciptanya. Itu yang membezakan Melayu Malaysia dengan Bangsa Indonesia.

    ReplyDelete
  5. Salam. Kekuatan Melayu bukan terletak pada bangsanya tetapi kukuhnya negara ini kerana terdapatnya Melayu Islam yang ikhlas dalam mengesakan Tuhannya tanpa mengharap imbuhan dari Penciptanya. Itu yang membezakan Melayu Malaysia dengan Bangsa Indonesia.

    ReplyDelete