Tuesday, 4 October 2016

THE PROMISED LAND : BAB 2 : ANTARA JIN DAN MANUSIA

Bismillahirrahmannirrahim.

Segala puji bagi Allah swt, Tuhan semesta Alam, tumpuan manusia dan seisi alam mensuci dan mengagungkan kebesaran Allah swt.

Berbalik kita kepada makhluk yang berkongsi alam dengan kita.

Antara sedar atau tidak , antara suka atau terpaksa, kemungkinan kediaman yang kita huni atau kampung  yang kita diami , berkemingkinan  tertangga yang paling dekat dan hampir dengan kita adalah kelompok ini.

Antara contoh contoh yang paling ketara terjadi kerana kehadiran kelompok ini dikediaman kita adalah suasana rumah kita akan selalu kelihatan suram dan sepi seolah olah tidak bermaya.

Kehadiran kelompok ini dapat kita rasai dengan mudah.
 Apa saja jenis bauan wangian yang kita gunakan dirumah, semestinya, ini akan mengundang kehadiran kelompok ini. Sekiranya kita menggunakan wangian atau membakar setanggi pula, bukan saja jin Islam yang datang malahan jin bukan Islam juga akan hadir sama.

Kini pengamal paranormal, ustaz mahupun bomoh bomoh mula mengambil kesempatan terhadap makhluk ciptaan Tuhan yang selalu dituduh dihina dan dikeji ini.

 Semuanya gara gara kerana manusia jatuh sakit ataupun rumahtangga hancur mahupun  hilang pedoman dan apa saja semuanya pasti sedikit sebanyak akan memalitkan kepada kelompok jin .

Minggu lepas saya ke Kota Singapura kerana urusan perniagaan di Singapapore Expo Hall, dan alangkah terperanjatnya, pada hari pertama hingga terakhir (4HARI) sesi perubatan berhubung ankara jin diperkatakan oleh kelompok yang mengaku Uztaz.

Berbakul bakul kesalahan yang manusia lakukan tanpa sedar dan tidak dijatuhkan keatas jin , sehinggakan ada yang mendakwa bahawa jin adalah punca segalanya diatas kekewatan manusia.

Allah swt berfirman bahawa yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu dari tangan manusia sendiri. Firman yang mana satu yang cuba manusia nafikan?

Manusia kena faham Alquran.

Yang bolih membisikan dihati dan telinga manusia hanyalah Iblis dan bukan Jin.

 Iblis dan jin tidak berupaya untuk mendatangkan keburukan atau kesakitan kepada manusia tetapi sekiranya hati dan fikiran manusia itu terlalu taksub dan suka berprasangka buruk terhadap orang lain, maka Jin bolih meresapi tubuh manusia itupun untuk jangka masa yang singkat saja dan bukan selamanya.

Kini sudah menjadi kebiasaan, setiap kes yang tidak berjaya diubati melalui keadah saintifik atau moden maka ankara jin adalah jawapan yang bakal dihembur samaada Ustaz, bomoh mahupun pengamal paranomal.

Sedarkah kita bahwa jin sebenarnya memerlukan manusia untuk mendalami agama Islam.  Jin tiada kitab nyata Al Quran begitu juga dengan Nabi atau Rasul. Tiada seorang pun Nabi dan Rasul dari bangsa Jinn yang dijadikan Allah swt tetapi kelompok ini diamanahkan Allah swt untuk beriman dan menyembah Allah swt.

Yakin atau tidak ,  suka atau tidak ,mentelaah lah Surah Al Jinn, barulah anda tahu bahawa kelompok inilah yang paling awal mendengar lafaz niat solat yang dilafazkan Rasullulah saw.

Berbalik pada kisah saya diSingapore Expo. Pada hari kedua saya dipertemukan Allah swt dengan seseorang yang diberi hidayah. Beliau adalah  Cina Indonesia dan beragama Kristian sebelum ini tetapi sejak dua bulan yang lalu beliau telah mendapat hidayah Allah swt melalui mimpi. Walaupun telah mengambil Islam sebagai pegangannya namun ibunya masih belum lagi dimaklumkan akan penghijrahanya.

Tetapi apa yang menakjubkan saya beliau memberitahu bahawa terdapat ramai jin berkeliaran dan berterbangan disekitar dewan ketika Ustaz melakukan ritualnya. Katanya beliau nampak apa yang sepatutnya "ghaib" dipandangan manusia. Dalam keadaan itu saudara baru ini amat keliru dengan ritual yang dilakukan Uztaz berbanding tuntutan Al Quran.

Menghina mengeji dan memprovoke kelompok dunia sebelah dan menyalahkan kelompok jinn beliau merasakan satu kejanggalan ditambah dengan melakukan  jual beli air rawatan tujuan penyembuhan atau menghalang jinn dirasakan amat keterlaluan, seolah olah menjual ayat quran dan agama demi wang ringgit, itu lah yang dirasakan oleh saudara baru ini.

Oleh itu cuba kita renungkan apa yang benar, sebenarnya.
Kenapa perjalanan saya diExpo Spore tetap menghuraikan topik yang sama dengan apa yang cuba saya ketengahkan. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah ini satu ketetapan dari Allah swt, untuk saya ketengahkan atau perbetulkan?
Dan kenapa Allah swt mempertemukan saya dengan saudara baru ini, Ebrahim.
Hanya pada Mu aku berserahm

Hanya Allah swt saja yang mengetahui.

                Cahaya Al Majid







5 comments:

  1. Jin ada di mana mana, setiap manusia juga ada jin pendampingnya masing masing. Spt manusia jin juga mukallaf (ada pertanggungjawaban). Jin yg jahat, suka mengganggu dan menghasut, spt manusia juga kita panggil syaitan. Jika diikut, maka kita dikuasainya. Utk mengelak dr gangguan dan dikuasai syaitan syaitan ini, sentiasalah jauhi tempat tempat kesukaan mereka, jauhilah juga amalan amalan yg menjadi kesukaan mereka. Sentiasa berlindung kpd Allah swt, dan amalkan zikir zikir dan doa doa harian yg diajarkan Rasullullah saw. Antara amalan harian yg elok diamalkan selain zikir zikir dan doa doa harian berkenaan adalah amalan membaca 11 ayat dr Surah Al Baqarah (1-5, 255-257, 284-286) dan 3 Qul (Al Ikhlas, Al Falak, An Nas), dibaca sekurang kurangnya sehari sekali.

    Zikrullah dan doa, boleh kita amalkan bila dan di mana pun kita berada, dan apa pun yg kita lakukan, dlm keadaan apa pun, berdiri, duduk, berbaring, berlari, ketika bekerja, bersenam, memandu, memasak, berkebun, atau apa pun aktiviti kita, dgn hati , dgn lidah dan dgn kedua duanya.

    Disebut dlm Al Quran, Surah An Nahlu dan Hijr, syaitan dan iblis tidak akan dpt menguasai org org yg beriman dan bertawakkal kpd Allah swt, dan org org yg ikhlas ; dan adapun yg dpt dikuasainya adalah org org yg berteman dgn syaitan syaitan berkenaan, dan yg mengikuti jejak langkah syaitan syaitan itu, iaitu dgn menderhakai Allah swt.

    ReplyDelete
  2. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Assalamulaikum Admin,

    Mohon untuk dimasukkan blog saya ke blok tuan. Blog saya:

    biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Sekiranya sudah dimasukkan harap maklumkan kat email saya: biarlembuyangjadilembu@gmail.com

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Minta maaf. Tiada satupun rakan blogger yang saya link ke dlm blog saya. Terima kasih.

      Delete
    2. Salam. Minta maaf. Tiada satupun rakan blogger yang saya link ke dlm blog saya. Terima kasih.

      Delete