Sunday 1 January 2017

THE PROMISED LAND : ANGANAN JAMAL SEKINCHAN

Bismillahirrahmanirrahim
NegaraKu Bangsaku dan Melayu
Kaum mana dan puak mana yang amat berbangga apabila perayaan tahun baru disambut?
Apakah umat Islam juga beria iya dan penuh semangat dan keluar beramai-ramai dan memenuhi tiap tapak dan ruang yang disasarkan apabila datangnya tahun baru Hijrah?
Apa yang berlaku pada setiap kali berakhirnya kalinder Kristian atau Masihi pada setiap 31 Disember , sambutan berbagai acara pasti dilakukan. Namun acara hiburan adalah isinya untuk menanti detik terakhir dan itulah rutinnya pada setiap tahun.
Antara sedar atau terpaksa dalam me war war upacara itu telah menjadi wabak dan menjadi ikutan dibumi umat Islam dan upacara ini telah menjadi kemestian untuk diadakan pada setiap tahun.
Antara kelalaian bersentuhan bukan muhrim serta percampuran lelaki dan wanita yang diikuti dengan kehadiran anak anak yang cuba dididik mengikut tatacara Islam akan terpengaruh dengan budaya yang disaksikan didepan mata.
Disekolah mahupun di rumah atau pun dipusat mengaji mereka diajar atau diasuh untuk mengikut acuan Islam tetapi apabila ibubapa sendiri yang mendedahkan yang tidak sepatutnya, maka, hasilnya, inilah yang kita hadapi kini. Masyarakat yang hilang jati diri dan pegangan.
Maaf , walaupun institusi agama dikata berada diperingkat yang terbaik namun institusi tersebut dilihat amat lemah didalam mentarbiah pemimpin Melayu Islam, akibat nya institusi tersebut dan ulama kerajaan dicemuh kerana kelalaian dan kemaksuman kepada pemimpin pemerintah.
Kegilaan pemerintah didalam mencengkam kuasa dan mengatur kroni dalam projek mega telah menafikan peluang anak bangsa untuk membina kejayaan.
Peluang yang terhidang hanyalah berusaha sendiri atau berniaga kecil kecilan yang mana setiap dari usahawan tersebut terpaksa membayar GST tanpa pengecualian berbanding dengan pengusaha yang telah lama established . Pengusaha yang berpendapatan  rm500k keatas boleh menuntut rebat GST dari Kerajaan tetapi tidak kepada usahawan kecil kecilan.
Itu yang membebankan usahawan melayu dan bumiputera kini.
Harga barangan semakin meningkat dan kos sara hidup amat membebankan rakyat masa kini namun bagi golongan yang hidup berbunga kan Parti pemerintah iaitu dibawah naungan BN kebanyakkannya tidak terkesan kerana imbuhan dari atas selalu gugur dan tersisip dalam envelope samaada Ketua Bahagian nya mahupun dari Ketua Pemudanya.
Tetapi bagi rakyat kebanyakkan yang berkehidupan biasa amat terkesan sekali. Dengan subsidi minyak masak serta beberapa lagi barangan asas yang telah dihapus subsidinya yang telah memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan rakyat.
Kerajaan yang memerintah saban minggu dan bulan menyatakan bahawa ekonomi negara ini berada di landasan yang terbaik tetapi pada hakikatnya , atau dalam realiti nya adalah disebaliknya. Namun semuanya adalah untuk mencuci mata orang kampung yang tidak tidak tahu situasi sebenar. Semuanya adalah untuk memenangi hati pengundi kampung.
Dialam realiti sebenar nilai ringgit kita semakin lemah dan menjadi kecil jika dibandingkan dengan negara jiran. Tetapi kerajaan masih lagi mengatakan bahawa semua ini berlaku kerana faktor luaran tetapi pada hakikatnya punca sebenar adalah ketidak yakinkan pelabur terhadap pemimpin yang memerintah.
Kalau dahulu tukaran matawang kita berbanding dollar Amerika adalah USD1 bersamaan rm3.2-3.4 tetapi pada masa ini USD1  adalah rm4.49..sejahterakah itu?
Diburukkan lagi dengan berbagai skandal yang membaluti diri sang Perdana Menteri. Skandal 1MDB, SRC serta penjualan beberapa aset milik negara kepada negara China amat memalukan. Pemilikan billion ringgit dalam akaun persendirian Perdana Menteri mula diperkatakan samaada oleh raakyat mahupun orang luar menjadi topik yang hangat di serata dunia.
Pemecatan beberapa pemimpin yang sekapal dahulu mula berancah dan telah mula memudaratkan kelompok mereka sendiri. Berbagai cerita penyelewengan yang didakwa dilakukan oleh kelompok mereka mula terburai dan semua ini menjadi perhatian rakyat sama ada benar atau propaganda kelompok yang memerintah namun tiada satu pun dibuktikan kebenarannya.
Tun Dr Mahathir yang telah berjaya mentransformasi negara ini selama 22 tahun pun tidak dapat menerima perlakuan pemerintah sekarang. Melalui pembohongan demi pembohongan yang diukir kan serta persubahatan yang berskala mega dialam Melayu telah merendahkan lagi martabat penganut agama Islam dinegara ini. Itulah yang berlaku.
Dikecewakan lagi dengan  Institusi yang dikata dapat memayungi Rakyat iaitu Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu telah membuktikan kepada rakyat bahawa tiada satu pun institusi lagi dalam negara ini yang boleh diharapkan untuk rakyat bergantung harap.
Apabila undang-undang telah dicabuli oleh Pemimpin sendiri maka hanya yang kaya raya dan mereka yang ada.kabel saja yang berjaya mengharungi gelombang ketidak tentukan ini.
Orang kaya dan pemimpin berkuasa saja yang menentukan hala tuju negara masa kini walaupun dikalangan mereka ini ramai yang terdiri dari golongan yang fasik dan yang melanggar sunnah Rasul.
Persengkokolan serta menghalalkan perbuatan haram semakin ketara dan nyata namun para pendokong-pendokong agamawan  kerajaan tetap membisu seribu bahasa. Bagi mereka mendahulukan perisik nasi adalah keutamaan.
Akhirnya tahun 2017 ini bukanlah tahun yang mengembirakan bagi semua rakyat kerana awan gelap bakal kita depani dalam sedikit masa lagi.
Bagi mereka yang seiringan dengan Al-Quran dan sunnah tahun 2017 adalah tahun buat anda dan anda paling berbahagia.
Ikhlas dari Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment