Sunday 1 January 2017

THE PROMISED LAND : PUNCANYA MERAGUKAN

Bismillahirrahmanirrahim.

WARTAKAN DARI MANA PUNCA KEWANGAN YAYASAN 1MDB?

1.ADAKAH DARI HASIL PERNIAGAAN 1MDB?
Semua tahu bahawa hanya Rm1juta telah didahulukan oleh kerajaan sebagai model bagi memulakan perniagaan.
Selebihnya seperti yang kita semua  maklum beberapa bidang tanah yang strategik di ibukota telah diberikan ataupun dijual kepada 1MDB pada harga dibawah pasaran.
Berbekalkan tanah yang sememangnya bernilai ratusan juta itu yang didapati pada harga murah maka dengan berbekalkan development plan yang canggih ditambah dengan belaian dari Kerajaan Najib maka penilaian terhadap property tersebut meningkat walaupun pada ketika itu cadangan tersebut hanya terukir pada selembar proposal.
Begitulah indahnya sehingga kan Bank bank yang melihat nya terpersona. Tetapi pada kebenarannya keberanian bank untuk membiayai projek tersebut adalah kerana projek tersebut berkiblat kepada Najib saja dan tidak lebih dari itu.
Begitu juga dengan syarikat 1MDB,syarikat ini ditubuhkan untuk menjana dana melalui hutang. Melalui sukuk atau Bond yang diterbitkan untuk 1MDB dan dicagar kepada pembeli luar negara atas jaminan Kerajaan Malaysia berserta pulangan yang agak tinggi maka langganan sukuk tersebut berjaya dilakukan. Tetapi harga yang dibayar kepada Goldman Sachs sebagai pengatur amatlah tinggi dan ini merugikan.
Tetapi nak buat macam mana Najib yang berkuasa penuh.
Keunggulan 1MDB yang ditatang Najib tidak tahan lama, kegagalan nya didalam membuat IPO untuk Edra Energy menemui kegagalan.
Kegagalanya kerana hutang yang ditanggung 1MDB amat tinggi dan ada kalanya bayaran hutang mereka tertangguh dan ini tidak menyakinkan Bank untuk mereka menanggung risiko lagi. Akhirnya semua bank menarik brek. Itulah yang terjadi.
Kini semua harta milik 1MDB sudah pun tergadai dan hutang yang terbeban melalui sukuk yang di terbit kan berserta interest yang terpaksa ditanggung telah melebihi RM53 Billion.
Kini semua hutang tersebut telah diambil alih oleh Kerajaan melalui Kementerian Kewangan dan kini telah terbeban dibahu Kerajaan. Siapa yang susah kini? Tidakkah kita sebagai rakyat yang terpaksa menanggungnya?
Oleh itu dari mana datangnya dana Yayasan 1MDB untuk membiayai mereka mereka yang dipilih untuk pergi menunaikan Haji oleh Kerajaan?
Kalau dana Yayasan 1MDB ini berpunca dari dermawan ataupun dari Jutawan mahupun.billionair Melayu maka tiada siapa akan mempertikai kannya tetapi sekiranya semua dana ini berpunca dari imbuhan Bond atau sukuk yang diterbitkan kan 1MDB maka hukumnya haram.
Sebab nya yang pertama, dana yang digunakan adalah dari hasil hutang yang diterbitkan dan pulangan yang diterima dari hasil  ini terketegori dalam hukum riba.
Menggunakan hasil riba untuk mengerjakan ibadah samaada haji atau umrah lebih lebih lagi kalau dijadikan darah daging maka haram sifat nya.
Orang Melayu dan umat Islam telah diajar sedari dahulu bahawa segala bentuk pembiayan atau dana yang ingin digunakan untuk tujuan ibadah terutama Haji dan Umrah semestinya dari hasil yang halal puncanya. Itulah sebaik baik hasil kalau mereka benar benar beriman pada Al Quran dan Nabi Muhammad saw.
Menggunakan hasil dari keringat orang serta kepayahan orang lain dalam mencapai niat sendiri untuk menunaikan suruhan Allah dan Allah Quran amatlah dibenci Allah SWT.
Begitu lah yang ditakrifkan terhadap usaha Yayasan 1MDB dalam menghantar jemaah ke Mekah seperti yang dinyatakan oleh Tun Mahathir.
Kini semua tahu bahawa 1MDB tiada keupayaan dalam menjana pendapatan oleh itu dari mana datangnya dana yang diagih Najib kepada jemaàh untuk Haji?
Najib dan kerajaan perlu meniliti bahawa kini semua hutang 1MDB ditanggung setiap rakyat samada yang beragama Islam mahupun bukan Islam.
Lantas dimana kewajara Yayasan 1MDB dalam membiayai program Najib ini?
Boleh kah  hak bukan Islam digunakan dalam program ibadah haji ini. Hak yang diambil secara paksa?
Oleh itu layakkah Menteri Kerajaan mahupun Mufti Perak untuk 'untuk menyebut ', haji mabrur,' dalam kes.ini
   Ikhlas dari : Cahaya Al Majid

1 comment:

  1. Kalau gitu nama nya melancong makan angin. Halal haram tolak tepi belakang kira. Kita tak perlu jadi mufti untuk memahami ini.

    ReplyDelete