Thursday 2 February 2017

THE PROMISED LAND : RENUNGAN JUMAAT : BALASAN SETARA

 Bismillahirrahmanirrahim.

Sempena hari Jumaat yang barakah atau penghulu segala hari, disini ingin diperkata bahawa banyak perkara yang dianjurkan Al Quran tidak dipraktikkan sebaik nya , sebalik menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT untuk mengurusnya

Adakah apa yang kita praktikkan selama ini dapat membendung kekejaman ataupun salah perbuatan seseorang yang bertindak zalim kepada orang.

Banyak diperkatakan bahawa ilmu sihir digunakan untuk menganiaya orang lain tetapi apabila sesuatu perkara itu benar benar terjadi atau berlaku' apakah kita hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT?  Atau adakah kita berani untuk menentang balik tentang apa yang berlaku?

Atau kita difitnah adakah kita hanya menyerahkan urusan itu kepada Allah SWT saja tanpa bertindak.

Oleh itu apa yang dilakukan oleh orang terdahulu bahawa darah dibalas darah atau apa saja yang setara sebenar nya bertepatan dengan apa yang difirmankan seperti didalam Al Quran.

Apa yang salah adalah membalas seauatu perbuatan itu yang melebihi dari sepatutnya.

Tetapi sekiranya seseorang itu dapat memaafkan hamba yang melakukan maka pembalasan itu adalah hak Allah SWT.

Al Baqarah Ayat 194 :-
Bulan haram dengan bulan haram, dan pada sesuatu yang patut dihormati, berlaku hukum qishaash. Oleh sebab itu barangsiapa yang menyerang kamu, maka seranglah ia, seimbang dengan serangannya terhadapmu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah, bahwa Allah beserta orang-orang yang bertakwa.

Berdendam sampai mati adalah salah kerana ianya akan mendekatkan diri pada syaitan tetapi membalas yang setara adalah jalan keluarnya.

Ah Nahl Ayat 126 :-
“Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang sabar. (QS. 16:126)

             Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment