Friday 3 February 2017

THE PROMISED LAND : KESALAHAN JAMAL CERMINAN PEMIMPIN UMNO??

Bismillahirrahmanirrahim.

KALAU AG BOLEH MENGHALALKAN NAJIB
KES JAMAL APA ADA HAL, BENAR KAH?

"Membelakangkan Undang-undang dan menafikan keupayaan penguatkuasa."

Apa yang telah dilakukan Najib Razak kini diaplikasikan pula oleh Jamal Ikan iaitu membelakangkan undang-undang.

Tetapi kes diantara Najib dan Ketua Bahagian UMNO atau Parti Najib tidak lah sama dan sekiranya Najib dituduh maka kanun kesalahan nya tidak lah sama . Tetapi hukuman bagi kesalahan sekiranya Najib dituduh , mandatori nya sama  iaitu 20 tahun jel dan sebatan.

Tuduhan yang didakwa terhadap Jamal agak berat dan memandang kan Kerajaan Najib yang memerintah nescaya pendakwaan oleh Polis atau dari pejabat pendakwa raya atau AG tidak mungkin berlaku.

Jamal merupakan hulu balang bagi UMNO tambahan Gerakan Baju Merah yang dinaungi nya sebenarnya mendapat restu dari UMNO sendiri, dan ini dibuktikan semasa kempen BERSIH .

Walau apa pun, beginilah rupa dan tingkah laku Pemimpin yang diangkat dan dijadikan kan idola oleh masyarakat UMNO kini. Apakah setelah 60 tahun memerintah.adakah ini hasilnya?

Ada kah.ini mencerminkan kehebatannya Najib dalam mengilap seorang Ketua bagi memimpin sebuah Bahagian?

Atau adakah  ini signal kepada pemimpin UMNO yang lain agar bangun dan jangan takut kepada undang-undang dan penguatkuasa?

Ada kah mereka berada diatas undang undang?

           Cahaya Al Majid






No comments:

Post a Comment