Monday 6 February 2017

THE PROMISED LAND : PAS TENGAH MENGHIDAM KE ATAU MABUK LAUT

Bismillahirrahmanirrahim.

Sepentas dengan UMNO dan kini dah se kapal pula, apa sebenarnya 'hajat" PAS ?

Kini Mursidul PAS dah mula menggunakan nama Rasulullah s.aw. pula dalam menghalalkan ,kerjasama, dengan UMNO walau pun  pelabelan  tentang isu "pengkhafiran" yang pernah dihembur kan kepada semua ahli UMNO dahulu, belum lagi kedengaran permohonan maafnya.


Apa yang pernah dilakukan oleh ahli serta pemimpin UMNO dahulu merupakan amalan bidaah kalau mengikut mazhab PAS, tetapi kini tidak lagi dan sekali gus menafikan apa yang telah ditarbiah oleh arwah Nik Aziz kepada pengikut nya.

Maksudnya apabila seseorang Mursidul itu meninggal dunia maka segala ajaran yang diturunkan atau diajar atau yang difatwa kan kepada pengikutnya juga berkubur sekali dan tidak perlu diikuti lagi. Itu lah standard PAS.

Kenapa begitu buruk nya perangai PAS ni?

Kini rata rata rakyat telah menzahirkan kekecewaan terhadap Najib dan UMNO kerana skandal 1MDB  skandal FELDA Tabung Haji, KWAP ,MARA, dan terkini Forest Hill dan Penggadaian Projek Mega kepada China Komunis tetapi bagi PAS mereka sanggup bersengkokol pula dengan UMNO dan BN demi kuasa.

Kegilaan apa kah ini?

Tidak kah itu telah mengkhianati suara rakyat?

Tidakkah PAS sedar bahawa pada PRU13 BN telah kecundang dan persepakatan antara PAS, PKR dan DAP telah menyebabkan BN hanya mampu meraih 47 peratus undi saja?

Sifir apa yang dipakai oleh PAS kini, tidak diketahui pula, tetapi, apa yang nyata PAS mahu mengekalkan kuasa nya samada di Kelantan atau juga Terengganu, ataupun untuk mengintai Kedah, nampak nya, peratus untuk kecundang adalah tinggi

Kegagalan membaca dan mengimbang situasi semasa dilihat bakal meranap dan
melunturkan kepercayaan pengundi terhadap PAS.

Perbuatan bollak balik Pas terhadap barisan yang menentang Barisan Nasional, bakal memakan diri PAS sendiri. Dengan hala tuju yang tak menentu dan kabur serta penggendongan kerjasama dengan parti NAJIB atau BN bakal memberi kesan pahit selama nya buat PAS.

Samada Hj Hadi sedar atau lalai tentang apa yang dilaungkan Najib tentang "penyatuan ummah" yang didendang, permainan itu bakal menjerat PAS.

                Cahaya Al Majid







No comments:

Post a Comment