Wednesday 8 February 2017

THE PROMISED LAND : KERAJAAN NAJIB TIDUR LENA TETAPI....

Bismillahirrahmanirrahim.

   RAKYAT BERSENGKANG MATA

Nilai ringgit semakin merudum dan apabila nilainya semakin rendah maka pengimportan barangan keperluan atau barangan makanan menjadi semakin mahal.

Apabila barangan menjadi mahal maka yang paling terkesan adalah rakyat samaada Melayu, cina mahupun India semuanya tidak terkecuali.

Namun keresahan rakyat bukan lah ajenda Kerajaaan pemerintah untuk diberikan keutamaan untuk ditangani.

Isu BMF ,. Forex dan beberapa lagi isu yang dikata dilingkari dibawah Dr Mahathir ingin diketengahkan semua walaupun  semua itu telah 30 tahun berlalu dan kebanyakan isu itu pula telah menjalani proses perundagngannya secara telus dan diketahui rakyat.

Walaupun kebanyakan isu yang diungkit itu sebenar tidak mendatangkan kemudaratan ekonomi dan keluhan poket rakyat ketika itu namun demi untuk menunjukkan keperihatinan demi nak menyelamatkan tengkok Najib .UMNO dan juga BN,.maka pengulangan atau penimbulan isu ini dijaja semula demi merosakkan imej Dr Mahathir yang dilihat semakin diterima rakyat.

Ketakutan dan rasa cemas dikalangan pemimpin UMNO mahu pun BN semakin nyata. Apa saja yang cuba dicungkil oleh pemimpin UMNO untuk melemahkan Dr Mahathir namun kegagalan Najib dalam isu penyelewengan dana 1MDB serta kemasukkan RM2.6 billion dan Rm 40 juta keakaun Presiden UMNO aka Najib  pasti terheret sekali .

Oleh itu apa strategi  UMNO dan pemimpinnya untuk menyahkan isu ini. Klepetrokasi yang dilabelkan oleh negara luar terhadap kepimpinan Parti yang me merintatah tidak perlu kah untuk dibersihkan?  Apa kah pemerintah bersetuju dengan lebel yang diberikan?

Apakah untungnya mengungkit kisah 30 tahun dahulu kalau kes semasa iaitu penyelewengan dana 1MDB yang berselerak di serata dunia tidak dapat dibersihkan.

Kerana faktor kecurangan pemimpin negara lah maka nilai mata wang negara kita jadi mangsa.
Jangan  salahkan ekonomi, ekonomi tiada sangkut paut dengan kejatuhan nilai ringgit , yang menjadi sebab adalah pendirian batang tubuh pemimpin itu sendiri. Ketidak yakinkan dunia terhadap pemimpin yang rasuah dan korup menyebabkan nilai matawang kita merudum.

Selagi kita dipimpin oleh pemimpin
Yang korup , kuat rasuah dan tidak bermoral dan tiada maruah, selagi itu nilai ringgit kita akan menjunam .

Negara yang memiliki bermacam macam hasil bumi berbanding negara jiran, tetapi nilai mata wang nya merudum.

             Cahaya Al Majid





1 comment: