Thursday 9 February 2017

THE PROMISED LAND : KU NAN @ SETIAUSAHA UMNO BERKUASA PENUH???

Bismillahirrahmanirrahim.

                   ATAU
BOLEH MENENTUKAN NEGERI MANA
YANG WAJIB BERADA DALAM WILAYAH
PERSEKUTUAN TANPA MENDAPAT PERKENAN SULTAN MAHUPUN GABENOR ATAUPUN MAHU MENAFIKAN TERUS KUASA YANG DI-PERTUAN AGONG???

Sungguh besar kuasa yang dimiliki oleh Menteri Wilayah Persekutuan aka Setiausaha Agong UMNO ini, termasuklah dalam menentukan negeri manakah yang dirasakan perlu untuk di jadikan sebahagian dari Wilayah Persekutuan.

Atau adakah Tek QU Nan memilikinya kuasa penuh atau mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan nasib sesebuah negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu untuk dihalalkan bagi menafikan kuasa negeri negeri ?

Kepada Tekue  Nan apakah kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dimenangi oleh Barisan Nasional? Atau berapakah kerusi BN mahupun UMNO di Parlimen Kuala Lumpur?

Sedangkan kerusi Parlimen Kuala Lumpur pun tak berjaya di miliki inikan pula berhajat nak ambil kerusi Parlimen Pulau Pinang . Mimpi apakah yang melalaikan Tekue Nan atau dah kena rasuk?

Atau pun mungkin Tekue Nan merasakan dia berketurunan Raja , maka , tiada keperluan bagi dia untuk merujuk kepada Tuan Yang Terutama atau pun Sultan mahupun Majlis Raja Raja dalam usaha untuk mengambil kedaulatan sesebuah negeri?

Apa yang dilihat, kebiadapan serta kerakusan dalam memeluk kuasa amat terserlah pada diri Teque Man. Sebelum Sultan mahupun YDP Agong tersinggung elok lah Menteri Wilayah ini letak jawatan bagi meredakan gangguan terhadap Kedaulatan Negeri Negeri Yang Berdaulat.

               Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment