Thursday 2 February 2017

THE PROMISED LAND: SIAPA CEKUP DULU: UMNO ATAU PBBM

Bismillahirrahmanirrahim.

UMNO nakkan PAS tetapi PBBM nakkan kerjasama PAS.

UMNO semakin terdesak tetapi PBBM pula ianya adalah satu keperluan.

UMNO perlu kan kerana nak terus berkuasa tetapi bagi PBBM pula  mereka ingin merubah Kerajaan.

Kini PAS telah dijadikan bahan "lelong".

Kedua dua Pertubuhan ini berebut rebut hingga kan  cemuhan Pengkhafiran PAS terhadap UMNO dan Ahli anggota nya, tidak lagi menjadi halangan bagi Pemimpin UMNO untuk berkerja sama demi kepentingan kuasa politik.

Melabel UMNO dan ahli Pertubuhan sebagai kafir dan pernah didoakan oleh Allayarham Nik Aziz agar bala menimpa Najib dan UMNO, bukanlah isu yang perlu diambil kira.

Seolah semua dosa pemimpin PAS terhadap orang UMNO semuanya terhapus dengan sendiri walaupun tanpa memohon maaf kepada seluruh ahli parti

Itulah hebatnya agama yang dianuti oleh mereka ini  yang sanggup menggunakan taksiran agama demi kelangsungan Politik samaada UMNO mahupun PAS, sama saja.

Kini ,seruan dan bahang perang  kuasa untuk PRU 14 sedang rancak diperkatakan. Memasang dan menyusun strategi untuk mematahkan serangan lawan diantara mereka sedang rancak .

Persefahaman atau boleh turut sama atau bergabung adalah lekatan lekatan yang perlu diolah demi mencapai kemenangan.

Kalau UMNO tergabung dalam Barisan Nasional yang membarisi MCA,MIC Gerakan serta beberapa lagi Pertubuhan serpihan yang lain namun bagi Pakatan Harapan pula tidak ketinggalan juga.

Kalau dahulu Pakatan Rakyat terdiri dari PKR,DAP dan PAS tetapi disebabkan PAS merasakan Parti mereka tidak diutamakan dan diketepikan dalam beberapa kepentingan utama, maka perbalahan adalah akibat nya.

Kini untuk menghadapi PRU 14 , PAS tidak lagi selesa dengan kehadiran DAP dalam pakatan tersebut yang mana kini Pertubuhan PBBM yang baru ditubuhkan dan di ketuai olih DR Mahathir,telah bersepakat untuk bersama dalam Pakatan terbaru ini.

Walaupun dilihat PBBM ini baru bertapak tetapi pucuk pimpinan tertingginya dibarisi oleh Mantan Mantan tertinggi dalam pucuk pimpinan UMNO dan kehadiran ini memberi impak yang besar terhadap BN dan juga UMNO.

Apa yang terjadi kini antara Pakatan dan UMNO beriya iya untuk memenanginya hati PAS samaada melalui  persefahaman antara Pemimpin mahupun Ahli Tertinggi nya,

Tetapi sedar kah kita bahawa keadaan ekonomi dan kemeruduman nilai matawang kita disebabkan penyelewengan dana rakyat oleh Kerajaan memerintah dan hal ini diketahui oleh PAS dan kepimpinanya.

Tetapi ada kah PAS sanggup mengenepikan kesusahan rakyat demi kelangsungan UMNO ataupun BN.

Berbeza dengan Pakatan dengan adanya Pemimpin yang berpengalaman serta dilihat banyak memperjuang kan nasib rakyat dan negara, dan telah terbukti perjalanan pentadbiran nya iaitu DR Mahathir adakah PAS mahu menyanggah apa yang diingini olih majoriti rakyat?

Adakah sebab keegoan serta kesalahan lampau yang tidak termaaf oleh PAS dan kepimpinan nya untuk memaafkan demi negara tercinta.

Kalau dahulu PAs sanggup menghalalkan kerjasama nya bersama DAP dan menganggap Lim Guan Eng sebagai Khalifah, demi menyenggara kuasa, apa bezanya sekarang? Atau PA$ telah termakan RM90 juta seperti yang didakwa?

Oleh itu kita lihat lah,,siapa jual siapa lepas ni.

Siapa terkena siapa mengena, rakyat pasti tersepit diantara nya.

             Cahaya Al Majid

No comments:

Post a Comment