Wednesday 1 February 2017

THE PROMISED LAND : AHLI POLITIK YANG BERCELARU!!!

Bismillahirrahmanirrahim.

  ALLAH SWT TELAH MEMBERI PILIHAN

Muka tak tahu malu atau telunjuk lurus kelingking berkait, talam dua muka atau harapkan pagar, pagar makan padi itulah perumpamaan yang boleh dilabel kan kepada batang tubuh mereka yang memegang kuasa atau "pesilat politik" yang dikata atau yang dilabel oleh diri mereka sendiri dengan menggelar diri  mereka sebagai "ahli politik".

Samaada lelaki mahupun perempuan yang berkecimpung diarena politik tidak terlepas dengan apa yang diungkapkan diatas.

Tanpa rasa segan atau pun malu, samaada yang mengkategorikan  diri sendiri atau mengangkat diri samaada sebagai ustaz, ustazah mahupun yang ilmuwan agama tidak terkecuali para para Professional samaada yang berijazah mahupun Master atau juga bertaraf Phd semuanya tidak terkecuali dengan permainan kata kata yang menjerumus kepada pembohongan serta penipuan demi kelangsungan kuasa politik diri sendiri.

Dengan kuasa politik katanya dapat membantu masyarakatlah atau dapat menguruskan isu isu agama lah serta didakwa dapat mempertahankan bangsa atau bersuara bagi pihak rakyatlah untuk diperjuangkan, dan topik ini dijadikan "peluru" bagi mengangkat diri bagi meraih sokongan rakyat atau pergerakan mereka.

 Tetapi apabila kuasa ditangan apa yang di perjuangkan bukanlah untuk orang ramai, tetapi kepentingan peribadi dan keluarga sendiri diutamakan. Itulah yang terjadi.

Perkara ini bukan baru tetapi telah berakar umbi dari dahulu hingga kini. Yang menjadi mangsa adalah rakyat dan yang memberi kuasa iaitu anda semua.

Ungkapan atau bait bait ke agama an dijadikan bahan untuk menaikkan diri . Tetapi samaada menerapkan amalan keagamaan dalam kehidupan seharian tidak lah diketahui.

Tetapi dari apa yang dapat disaksikan telah banyak kesalahan pemimpin pemimpin mereka yang terdahulu dan terkini dihalalkan . Bukan satu kes tetapi berulang ulang kejadiannya namun kesalahan ini sedikit pun tidak terkesan dihati mereka. Adakah ini strategi politik yang mereka serapkan dalam doktrin pertubuhan mereka.

Perasaan sedih dan kecewa rakyat telah diterjemahkan kepada pemimpin namun kesalahan tetap berulang tanpa rasa bersalah.
Yang sedihnya pengamal agama juga tidak berani untuk bersuara atau menyanggah perbuatan ini.
Apakah nilai agama yang telah ditetapkan oleh ibubapa mereka mahupun guru agama mereka sehinggakan puak puak ini berani melakukan kemungkaran secara terangan.Adakah ini menandakan kegagalan ibubapa atau Guru Agama dalam mendidik anak anak ini.

Tiada lagi ketakutan kah terhadap apa yang dijanjikan oleh Allah SWT atau telah hilanglah Islam dalam diri mereka?

Selagi tiada keberanian dalam diri untuk menyuarakan KEBENARAN selagi itulah diri akan terpaku dalam sangkar Syaitan.
Jangan nanti kita persalahkan syaitan pula diatas kebodohan diri sendiri.

Yakinlah malapetaka sedang menunggu dan jangan sampai bala turun berturut turut.

                     Cahaya Al Majid




No comments:

Post a Comment