Wednesday 1 February 2017

THE PROMISED LAND : KATA RAHMAN DAHLAN : HARGA MINYAK KITA LEBIH MURAH DARI NEGARA JIRAN.???

Bismillahirrahmanirrahim.

"RENUNGAN BUAT YANG ADA AKAL"

Nak tergelak pun ada nak muntah pun ada.
Itulah gambaran yang dapat di terjemahkan apabila membaca penjelasan yang dibuat oleh Rahman Dahlan yang cuba mengulas tentang kebisingan rakyat terhadap peningkatan harga minyak.

Dengan membuat membanding antara negara kita dengan Brunei mahupun Singapura' ataupun Thailand malahan Indonesia sekali pun, sebenarnya cubaan memperbodoh rakyat dibandar ataupun yang terpelajar nampak nya tidak laku alasan itu.

 Tetapi kalau disiar ulang kepada peneroka Felda atau pun Mak Cik dan Pak Chik dikampung, yang dapat BRIM ,inshaallah, boleh ditelah kot oleh golongan ini.

Bagi mereka yang jarang keluar negara terutama dinegara jiran kita samada Thailand ke Singapura ke ataupun Indonesia malahan Brunei sekalipun tetap teruja dengan nilaian harga barangan mahupun harga minyak jika dibandingkan one to one.

Bayangkan di Singapura , pekerja am, kerja biasa biasa je , 8.00  -5.00 , akan mendapat gaji bulanan sebanyak 1,200  dan kerja yang sama dengan waktu yang sama dinegara kita juga dibayar sebanyak 1,200.

Tetapi, harga makanan yang dibayar untuk makan Nasi lemak berlaukkan ayam goreng,telur mata atau telur rebus berserta sambal di negara kita, paling tidak pun RM6.50-7.50 sepinggan, tetapi kalau di Singapura harga yang dibayar hanya 3.50 saja.

Lihat bertapa meriah dan murahnya kalau dibandingkan dengan harga dinegara kita. Maksud nya pekerja am yang bekerja disana tidak terkesan langsung dengan kos berbanding gaji mereka.

Tetapi dinegara kita, kalau pekerja am nak membelanjakan 7.00 untuk nasi lemak, adakah mereka akan makan nasi lemak?

Walaupun negara kita mengatakan mereka negara bukan Islam tetapi Kerajaan nya beramanah dalam menjaga kepentingan ekonomi dan kehidupan rakyatnya. Tetapi. Adakah itu berlaku dinegara kita?

Tetapi Rahman Dahlan lain pula sifir nya.membandingkan sesuatu harga dengan menukar nilai mata wang kepada matawang kita. Tak adil lah tu.

Kalau di Singapura bagi setiap liter minyak adalah petrol RON 95 adalah 1.95 tetapi disini 2.30 ...Siapa yang lebih murah. Negara kita atau Singapura?

Tetapi demi menghalalkan tindakan Kerajaan Najib maka mengatakan minyak dinegara luar mahal adalah satu pembohongan dan bersifat bangang.

Insaflah, tanah bumi ini telah menghasilkan hasil  bumi yang lumayan dari getah, kayu Kayan , buah sawit , banyak bijeh timah hinggalah kepada emas dan tidak ketinggalan minyak dan gas dari perut bumi, namun, disebabkan kerakusan manusia yang bernama pemimpin terutama dari UMNO dan Barisan Nasional, maka, khazanah rakyat habis dibalun semuanya.

Apa yang tinggal kini hanyalah hasil dari keringat atau poket rakyat' dipaksa dan di tagih bagi membiayai perbelanjaan pentadbiran mereka.

Tidak kah zalim namanya.

Kesalahan dalam mengurus kekayaan negara dan menghubungkan hutang dibebankan diatas bahu rakyat untuk menyelesaikan nya.

Itulah kerajaan yang mengaku Islam dan mengaku mengikut sunnah Nabi s.a.w. ini. Wajib kah Kerajaan ini dipertahankan kewujudan nya di bumi MALAYSIA ini?

Yakinlah 'Allah SWT tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yang merubah nasibnya".

                Cahaya Al Majid



No comments:

Post a Comment