Monday, 10 April 2017

THE PROMISED LAND : KEPANASA KERANA DOSA MANUSIA

Bismillahirrahmanirrahim.

  INI YANG ANAK ADAM CARI??

Bertunjangkan dibumi yang mulai mereput sebagaimana mereputnya mayat manusia yang ditanamkan dibumi , didatangi oleh bermacam macam hidupan dalam tanah seperti cacing, ulat dan sebagai nya tanpa dapat dihalangi oleh mayat yang pada satu ketika itu dianya berkudrat dan bertenaga namun kuasa atau hidup seseorang itu ditentukan olih Yang Mana Berkuasa iaitu Allah SWT dan kematian itu milik Allah SWT jua.

Yang Maha Berkuasa menjanjikan bahawa segala kebaikan itu adalah dari Nya dan keburukan  itu berpunca dari tangan tangan manusia.

Hari ini dunia yang kita diami semakin panas suhunya. Panasnya cahaya suria matahari bukanlah ukuran tetapi kepanasan hati manusia sedang meluap luap  kerana terikut akan biarkan syaitan.

Tetapi adakah kita akan meletakkan kesalahan ini kepada Syaitan?

Syaitan berjanji dihadapan Allah SWT bahawa kelompoknya tidak akan pernah berhenti dari menghasut manusia agar tidak patuh kepada suruhan Allah SWT tetapi adakah manusia patuh kepada suruhan Tuhannya?

Hari ini dibumi yang pernah melahirkan para para Rasul , Nabi dan para anbiya telah dilumatkan dengan segala kejahatan serta kesombongan.

Dari Pemerintah sehinggalah kepenguasanya semuanya tertipu dan terpedaya dengan bisekkan dari syaitan.

Pelacuran ,pembunuhan, penzinaan, judi , curi, tipu dan segala perkara yang bersalahan dengan hukum Allah SWT serta larangan Allah SWT bukan lagi asing tetapi dijadikan kan pula cabang ekonomi bukan saja olih orang bukan Islam tetapi orang Islam sendiri terlibat sama.

Negara negara yang bertunjangkan Al Quran dan Sunnah Rasul semakin hari semakin gersang kerana kesalahan sendiri. Tidak menghormati serta tidak mengikut apa yang ajarkan didalam Al Quran telah menghanyutkan umat Islam .

Menyalahkan bangsa lain dan agama lain dijadikan sebab untuk membenci. Namun memperbaiki kelemahan sendiri tidak pernah terpapar dicerminan diri.

Kebencian terhadap kemajuan yang dikecapi olih bangsa dan penganut agama lain dijadikan alasan untuk memerangi . Tetapi Allah SWT telah berfirman agar kita tidak membenci mereka dan sesungguhnya mereka juga adalah kejadian Tuhan.

"Sesungguhnya Aku jadikan manusia itu bersuku suku dan berbangsa bangsa agar kamu saling kenal mengenali sesama kamu". Dan Rasullulah bersabda " aku tidak pernah sembah apa yang kamu sembah " sesungguhnya " aku dengan Tuhan aku dan kau dengan Tuhan engkau'. Allah SWT adalah Tuhan Ku, Kaabah adalah kiblat ku dan Islam adalah agama ku.
Firman Allah SWT yang mana satu yang kamu ingin nafikan?

Sesungguhnya apa yang berlaku dibumi.ini tetap ada pengakhiranya. Walau sehebat mana perancangan kamu , Allah SWT terlebih hebat perancangan nya.

Janganlah kamu menyombong diri bila berjalan dibumi Allah SWT ini. Sesungguhnya nyawa yang diberi pinjam Allah SWT ini tidak selamanya kekal dan ianya pasti terhenti.

Penghujung nyawa alam Allah ini pasti hancur dan terhenti.

Keriakkan, kesombongan serta ketaksuban terhadap harta dunia berbanding kasih nya anak Adam terhadap kasihnya kepada Allah SWT sudah keciciran dan hanya terungkap dibibir saja dan bukan lagi terpahat dihati.

InshaAllah kegilaan "kuasa" dibumi negara tercinta ini semakin merosakkan dan sesungguhnya " tiada menafaat' meratapi nya  kerana pengakhiran sebuah perjalanan kearah kesengsaraan baru bermula.

Tiada doa lagi bagi memohon kerahmatan buat bumi ini.

Hanya pencucian diri secara rohani dan jasmani saja yang akan menjaminkan bahawa kita terselamat dari malapetaka. Hanya kepada Allah SWT aku berserah.

Amin.

                       Cahaya Al.Majid




No comments:

Post a Comment