Bismillahirrahmanirrahim.
"JANGAN SAMPAI RAKYAT BAKAR
KELAMBU SUDAH LAH"
Naik turun harga dipasaran dan sentimen peperangan di jadikan alasan untuk memeras keringat rakyat.
Kini penetapan harga minyak petrol dan diesel ditetapkan kan melalui pengiraan mingguan dan bukan lagi pada setiap hujung bulan.
Sebenar apa yang dilakukan oleh pemerintah ini sikit pun tidak melambangkan keperihatinan terhadap kesusahan yang dihadapi olih rakyat ketika ini.
Dengan peningkatan kos kos barangan dan yang tidak pernah turun walaupun harga minyak dunia telah jatuh keparas dibawah USD56 , membuktikan bahawa kerajaan Pemerintahan gagal dalam mengawal peningkatan ini. Slogan " rakyat diutamakan" hanyalah omongan semata
Berbalik.kepada isu minyak. Kenapa pula harga jualan perlu dikira secara mingguan sedang kan pembekal minyak telah mendapatkan bekalan nya 3 -4 bulan terdahulu.
Adakah minyak yang dijual atau yang bekalkan kepada station minyak itu telah dibeli pada hari yang sama? Tidak bukan.
Oleh itu dimana logik nya harga harga yang telah dibeli 3 atau 4 bulan lepas yang distoragekan itu dijual pula dengan harga semasa. Mana logiknya.
Tidakkah Kerajaaan telah menetapkan sejumlah keuntungan kepada operator . Olih itu wajarkah minyak yang dijual kepada pengguna menggunakan harga semasa?
Nampaknya kerajaan tidak memperdulikan rakyat tetapi sebaliknya menentukan bahawa Syarikat Minyak dan.operator station tidak akan rugi pada bila bila masa atau walau dalam apa jua keadaan.
Yang dipaksa untuk mendepani situasi ini adalah rakyat atau pengguna. Ikut mana sekali pun rakyat tetap dalam kerugian dan terpaksa. Sebabnya semua telah ditetapkan oleh kerajaan.
Dalam situasi ini Kerajaan tidak akan pernah rugi malahan pendapatan yang berjaya dikutip melalui penjualan ini kerajaan tetap makan kiri dan kanan. Itulah sifirnya kerajaan BN yang memerintah ketika ini.
Samalah keadaannya dengan barangan lain seperti gula, tepung dan minyak masak . Semuanya dikawal olih kartel yang memegang AP.
Bila mana sesuatu barangan itu nak naik harga maka barangan itu pasti susah untuk didapati atau disorok tetapi bila rakyat didapati sanggup untuk membayar untuk mendapatkanya maka tiada alasan.lagi untuk menaikkan.
Itulah yang terjadi.kini. Alasan harga rendah berbanding negara jiran diulang ulang seolah olah rakyat negara ini tidak pernah melawat negara luar dan tidak tahu menilai.
Kerajaan UMNO dan BN sememangnya menganggap rakyat negara ini mudah untuk dikelentong. Bagi saja duit BRIM semua lupa.
Perkiraan KERAJAAN terhadap rakyat bakal memakan diri mereka sendiri.
Kini rakyat dah tersepit dan terdesak. Jangan sampai rakyat buat huru Hara sudahlah... Tetapi..Kemungkinan itu amat besar untuk terjadi..pabila kehidupan rakyat semakin terdesak.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment