Sunday, 9 April 2017

THE PROMISED LAND: PAS HILANG TUJUAN.

Bismillahirrahmanirrahim.

   AGAMA HANYA ALASAN
   HARTA RAMPASAN ADALAH
   KEUTAMAAN

Hanya kerana berserban, berjubah ,pandai baca Al-Quran serta pandai bermukadimah dalam bahasa Arab maka mereka menganggap diri mereka sudah alim dan layak dipanggil ustaz mahupun ulamak dan merasa diri lebih baik berbanding orang lain.

PAS amat senonim dengan apa yang saya perkatakan diatas.

Nama parti pun dipanggil Parti Islam Semalaysia.

Satu ketika dahulu beriya iya pemimpin parti ini berjuang untuk membenteras judi, arak malahan pelacuran . Sememangnya ketiga tiga rangkaian "perkara haram" ini sepatutnya dan diwajib ditentang sehabis nya.

Tetapi itu dahulu atau semua anganan itu hanyalah retorik PAS saja semata mata bertujuan untuk membeli hati atau jiwa orang Islam dan pengikut saja.

Pernah satu ketika PAS mahu kilang Arak di Selangor dilupuskan tetapi apabila berkongsi kuasa dengan PKR dan DAP dalam Kerajaan Selangor, semua.isu senyap sunyi. Kenapa?

Begitu juga dengan lahirnya pusat pusat perjudian online siber dan bercambah nya pusat urut aka rumah pelacuran, kenapa PAS yang bertindak sebahagian dari Kerajaan Selangor tidak "berdetik", senyap sesunyi sunyinya? Kenapa?

Nampaknya kebulur PAS terserlah  apabila "harta tawanan'.telah didapati melalui perkongsian kuasa dengan PKR dan DAP. Segala isu yang berlawanan dengan kesucian Islam tidak lagi dihiraukan mahupun disebut lagi, itulah PAS yang dahulu kini dan selamanya.

Kini apabila PRU14 semakin menghampiri dan pakatan yang PAS sertai bersama PKR dan DAP dilihat telah mula berselisihan .

Tetapi yang anihnya kedudukan PAS di kerajaan Selangor tidak pula mereka pertikaikan. Dihadapan rakyat DAP jahatlah PKR mungkir la , tetapi, pada hakikatnya," harta rampasan" lebih penting dan bukan tuntutan agama yang utama.

Kalau dahulu tiga tonggak judi,arak dan pelacuran dijadikan senjata tetapi kini RUU pula dijunjung sana sini dijadikan umpan untuk mengail hati dan jiwa penyokong PAS sekali lagi.

Cuba tanya diri sendiri mana yang lebih penting untuk diperjuang atau ditentang.

Adakah menegakkan hukum Allah SWT atau mengenakan hukuman berat kepada pesalah adalah keutamaan?  mana satu lebih penting buat PAS?

Apa yang saya lihat PAS hanya tertarik kepada ," harta rampasan" berbanding menegakkan agama Allah SWT. Apa yang dilakukan hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata agar tetap bergelar Yang Berhormat dengan imbuhan yang menjanjikan kekayaan untuk diri sendiri.

Inilah yang saya namakan " penjual agama'. Dan kelompok ini wajib kita nyahkan daripada "melendirkan' Islam mengikut nafsu mereka.

Bersubahat dan menghalalkan jenayah Kerajaan bukan kesalahan lagi buat Pemimpin PAS.

                Cahaya Al Majd


No comments:

Post a Comment