Bismillahirrahmanirrahim.
"INSTITUSI YDPA DAN RAJA RAJA MELAYU
HANYA.SEBAGAI RUBBER STAMP"??
"ORDE" SULTAN JOHOR
Sebelum ini rakyat dan para ilmuan terutama orang Melayu telah menyatakan kebimbangan terhadap " sikap tidak peduli" parti pemerintah terutama juragan nya iaitu UMNO kerana tindakan mereka yang sengaja menganggap bahawa Institusi Yang Di Pertuan Agong serta Kedaulatan Raja Raja Melayu hanya bertindak sebagai "rubber stamp" .
Kita rasakan Sultan Johor tidak peduli tetapi rupa rupa nya Sultan pun perasan juga bahawa segala tindak tanduk Kerajaan Pemerintah sekarang iaitu UMNO dan BN sememangnya melakukan seperti apa yang dirasakan olih Baginda.
Semasa pembukaan resmi Mesyuarat Ahli Parlimen dan Adun Malaysia di Johor, baginda dengan tepat ,"mengetuk kepala" ahli Politik kerajaan memerintah tentang apa yang telah dan sedang dilakukan terhadap Institusi Yang Di Pertuan Agong serta Raja Raja Melayu
Kekesalan dan kekecewaan itu diluahkan dengan menganggap bahawa institusi Raja Raja Melayu serta YDPA hanyalah sebagai "rubber stamp' buat Kerajaan .
Tanpa rujukan mahupun perbincangan.dengan Institusi YDPA dan Raja Raja Melayu maka apa saja yang dipersembahkan kepada Baginda semua nya terpakai secara automatik.
Seolah olah YDPA atau Raja Raja Melayu akur dengan ketentuan Kabinet atau Perdana Menteri seperti yang diarahkan.
Sebenarnya institusi YDPA dan Raja Raja Melayu yang menaungi negeri negeri yang berdaulat dinegara ini sebenarnya mempunyai pilihan atau peluang ketika Dr Mahathir mahu menyerahkan memorandum yang ditandatangani olih 1.5 juta rakyat semasa mendesak Najib yang dituduh dan didakwa rasuah .
Tetapi malangnya memorandum itu ditolak mentah mentah dan ada yang memberi alasan ' tidak mahu mencampuri' urusan politik.
Namun ketika itu tiada seorang pun Raja Raja Melayu mahupun Institusi YDPA yang sanggup menerima atau mendengar kehendak rakyat yang dibawa olih Dr Mahathir . Tetapi yang sedihnya ada juga beberapa orang dikalangan Raja Raja tidak merestui nya. Jadi.siapa yang rugi??
Kerana ketidak pedulian tentang apa.yang diusul olih Dr Mahathir serta akur dengan kehendak Kerajaaan memerintah maka adakah "apa yang disuarakan" olih.Sultan.Johor ini akan dipedulikan olih Pemimpin UMNO dan BN?? tentang isu "dakwaan rubber stamp" INI?
Atau akan terkesan kah UMNO mahupun Kerajaan BN dengan apa yang dititah olih Baginda bahawa Keraaan Melayu Johor akan.memulakan."Orde"??.
Cahaya Al Majid
Sistem atau undang undang yang dicipta oleh manusia tidak sempurna tetapi mempunyai missi dan vissi yang baik selagi tidak disalahguna.
ReplyDelete5 Mantan Perdana Menteri menggunakan sistem yang sama tetapi salahguna mungkin juga berlaku tetapi tidaklah melampau dan terang terangan seperti sekarang.
Yang gagal adalah manusia, bukab sistem.
Hanya hukum Allah yang sempurna tetapi sekali lagi yang gagal mengikut dan mwlaksanakannya adalah manusia.
RUU358 sekadar memperkasakan mahkamah syariah tetapi adakah menepati kehendak hukum Islam sebenar, setakat mana hukuman denda penjara dan sebatan tidak menjadi kurang atau lebih.
Atas dalil dan nas mana yang membolehkan dan mengukur kadar denda dan tempoh penjara?
Institusi Sultan dan Raja sebagai yang dikatakan rubber stamp mempunyai ruangnya tersendiri untuk menyatakan "yes" or "know" secara berhemah untuk memberi ingatan semula kepada kerajaan.
Bukankah kuasa semuanya di tangan rakyat tetapi kenapa ketika bermewah, berkuasa rakyat dilupakan dan ketika terhimpit terhina, mula mengeluh.
Pendirian itu penting. Sama ada raja2 ada kuasa atau tidak itu tertaluk kepada perundangan. Prinsip dan pendirian mereka yang rakyat jelata perhatikan sama ada mereka masih relevan atau tidak. Ada atau tiada nya mereka adakah memberi apa2 perbezaan yang bermanfaat untok rakyat? Mereka harus tanya ini kepada diri mereka sama ada rakyat dihati mereka dengan sikap mereka. Apapun rakyat dapat melihat dengan jelas isi disebalik kulit mereka. Kebenaran tidak dapat ditutupi dengan kulit pangkat dan derajat.
ReplyDelete