Bismillahirrahmanirrahim.
TAK JUAL BAGI FREE JE!!
Nampaknya hanya jalur jalur Islam saja yang dapat digunakan lagi bagi melariskan perjuangan Najib dan UMNO.
Hanya inilah saja lagi peluang yang ada dan yang diberi free kepada umat Melayu, mengikut fahaman Najib aka Presiden UMNO mahupun Presiden PAS Hj Hadi demi kelangsungan kuasa politik mereka.
Apa saja yang BOLIH dijadikan " barang dagangan" untuk meraih sokongan umat Melayu dan orang Islam, maka, jenama " cara Rasullullah' adalah umpan nya.
Kalau Hj Haji dan PAS dengan jenama " RUU355' nya tetapi bagi Najib " cara Rasullullah" dalam dagangan kepada umat Melayu Islam pula Najib memilih " pemecah kekabilhan" sebagai senjatanya.
Nampaknya bagi Najib segala kejayaan yang beliau dakwa telah berjaya dilakukan kepada orang Melayu dan juga kepada rakyat negara ini sudah tidak laku dan diterima lagi cerita itu .
Kerana ketinggalan ekonomi , pemimpin Melayu bawah UMNO yang diberi kuasa selama 60 tahun menyebabkan Melayu menjadi kuli batak kepada Pemimpin UMNO dari dahulu hingga kini.
Silap silap sampai melayu jadi melukut akhir nya.
Malahan semakin banyak Najib cuba mengolah kejayaaan yang didakwanya telah berlaku maka semakin tebal pula kebencian rakyat terhadap nya.
Melihatkan dari scenario itu samaada suka atau tidak , jenama Islam dan cara Rasullullah s.a.w di jadikan bahan dagangan olih Najib dan UMNO bagi meraih sokongan orang Melayu mahupun umat Islam dinegara ini yang dilihat semakin menghakis ini.
Adakah kita akan terperangkap atau terpengaruh dengan jualan bermusim ini .
Macam mana kita nak kata ini adalah iltizamnya dan pegangannya sedang kan berpuluh-puluh kes rasuah dan salah laku samaada yang telah dituduh dan sedang didakwa serta yang sedang disiasat , banyak melibatkan EXCO UMNO serta batang tubuh Presiden UMNO sendiri?
Olih itu adakah wajar bagi orang Melayu atau orang Islam membenarkan President UMNO aka Najib untuk mencalarkan kesucian agama Islam dan mencalit najis pada Junjungan umat Islam iaitu Rasullulah saw.
Satu perkara saya nak tanya Najib aka Presiden UMNO serta seluruh ahli UMNO yang mengaku Islam dan mengaku umat Muhammad saw Dan bersahadah DUA kalimat.
Pernahkah Rasullulah berpakaian ala ala Yahudi atau melawati Pusat Pemujaan Agama lain dalam mewajarkan kelangsungan kuasa Islam di bawah pemerintahan ketika Baginda SAW .
Adakah kabilah kabilah yang didakwa ingin Najib satukan ini datang nya dari kelompok yang sama? Najib kena faham bahawa tiada apa yang terbelah dalam pegangan.umat Islam dinegara ini melainkan pegangan ahli PAS saja.
Yang berlaku adalah berselisih pegangan politik dan bukan agama. Kalau.yang sekecil inipun Najib mahupun UMNO tak dapat membezakan..Patutlah.rakyat dan orang luar anggap Kerajaan yang memerintah sebagai bebal dan dungu.
Tidak tahu membezakan antara rasuah dan derma.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment