Tuesday 25 April 2017

THE PROMISED LAND: AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG WAJIB BUAT LAPORAN ANTARABANGSA.

Bismillahirrahmanirrahim.

DUA ARAB, SEORANG CINA
DAN SEORANG MELAYU
KAYA KERANA TIADA TINDAKAN
DAPAT DUIT FREE MELALUI BVI

Memandangkan Ahli Parlimen Malaysia samaada Ahli Parlimen pihak Kerajaan mahupun Ahli Parlimen Pembangkang yang semuanya diiktiraf sebagai Pemimpin Rakyat dan diiktiraf olih Parlimen Malaysia mahupun olih Raja Raja Melayu ataupun olih Institusi Yang Di Pertuan Agong  maka tidak bolihkah mereka secara pukal atau bersama sama membuat laporan Polis samaada didalam negara mahupun diluar negara berhubung penipuan syarikat BVI terhadap1MDB .

1MDB dan  Penasihat Najib telah membuat pembayaran sebanyak USD3.5 billion kepada syarikat palsu ini(BVI)

Kini 1MDB yang berhutang lebih dari RM50 billion ini  telah diambil atau diperbadankan sebagai anak syarikatnya kementerian Kewangan.

Segala hutang piutangnya terletak dibawah Kementerian Kewangan .

Memandangkan semuanya di pertanggungjawabkan kepada Kementerian Kewangan maka laporan diatas penipuan atau scam berskala mega ini perlu didedahkan atau dilaporkan kepada Badan Dunia yang membenteras Pengubahan Wang Haram ataupun kepada  Interpol.

Nampak nya Kerajaan Najib atau UMNO mahupun Kerajaan Barisan Nasional seolah olah tidak menghiraukan penipuan ini malah rundingan ditaraf pegawai saja yang berpusat di Pejabat Perdana Menteri, sanggup atau bersetuju untuk membuat bayaran sebanyak RM 5.3 billion atau USD 1.2 billion sebagai penyelesaian.

Tidakkah hutang ini bakal didukung biawakkan  kebahu rakyat untuk menanggungnya??

Sekali gus ini membuktikan bahawa 1MDB atau Kementerian Kewangan dipihak yang salah namun pembayaran yang dibuat terdahulu yang dinafikan penerimaanya iaitu IPIC walaupun bayaran telah dibuat, tak kan tiada tindakan undang undang diambil??

Sampai bila rakyat nak mendukung biawak hidup ini ??

Sedarlah selagi Najib, UMNO dan BN diberi kuasa selagi itulah rakyat dan orang Melayu akan terbeban dengan hutang yang mereka cipta.

Mereka hidup senang dan tak makan ikan kembungpun  tetapi rakyat yang terkuis kuis pagi dan petang  berpanas terik untuk membelonkan kantung GST buat Kerajaan demi untuk kekayaaan kelompok atau kroni mereka.

Kalau masih lagi sanggup menjadi kuli batak UMNO ...terpulang..

                 Cahaya Al Majid


No comments:

Post a Comment