Bismillahirrahmanirrahim.
" SIAPA YANG KENA GAME'
Kerana masaalah yang telah berselirat dan tak mungkin berjaya untuk di rungkai olih otak Najib walaupun dikelilingi oleh 9 menteri di Pejabat Perdana Menteri,dimana setiap seorang dari mereka mempunyai beban beban yang membebankan fikiran Najib , hari ini beliau memilih sepupunya sendiri iaitu Hishamuddin sebagai Menteri Dengan Tugas Tugas Khas yang diwujudkan.
Mari kita kupas kenapa dan mengapa Hishamuddin diperlukan bagi meringankan otak Najib dari belenggu berfikir.
Kemungkinan :
1. Najib sememangnya bukan seorang yang intelektual atau kaki berfikir atau pakar strategi.
2.Najib telah merasakan karier politiknya sudah di penghujung
3. Merasakan bahawa kebebasan untuk melawat negara yang ingin dilawati di khuatiri beliau akan ditangkap dan mewakil kan Hishamuddin sebagai pengganti diri beliau.
4.Menyediakan pengganti yang boleh menyelamatkan.beliau dari diadili di mahkamah sekira BN terus memerintah.
5.Mengelakkan diri dari di singkirkan dari jawatan Presiden UMNO.
6. Untuk melemahkan pengaruh Zahid Hamidi.
7. Menyediakan Hishamuddin untuk menduduki jawatan kedua tertinggi dalam UMNO bagi menolak Zahid ke bawah.
8. Menyerlahkan kepimpinan dan reputasi Hishamuddin untuk menerajui UMNO dan BN.
Tetapi yang paling ditakuti Najib adalah kerana hutang 1MDB telah mencanak keparas RM95 billion dan dikhuatiri nilai RM bakal menjunam lagi keparas RM4.80 berbanding USD1 serta ketakutan bahawa kes DOJ akan membuktikan beliau terlibat sama, maka, langkah berjaga jaga demi kelangsungan politik UMNO serta kebajikan anak.bini Najib terjaga selamanya.
Walau apapun sekali permaianan yang Najib cuba hamparkan kepada ahli ahli UMNO serta gerombolan kepimpinanya , helah yang sedang dibuat ini bakal membawa implikasi yang besar kepada parti tersebut.
Sebenarnya itulah yang diharapkan agar jerat yang dipasang akan menjerat kaki mereka sendiri
Warlord ZAHID Hamidi pasti akan tertekan dan teka silang kata pasti menjadi duri dalam daging kepada kepimpinan masa kini.
Perlu diingat perancangan Najib ini dibuat setelah Dr Mahathir meramalkan bahawa Najib dan gerombolan nya akan kecundang pada PRU 14.
Apa.yang nyata tiada satu pun dakwaan Dr Mahathir terhadap Najib berani disanggah secara pembuktian sohih. Apa yang dilakukan oleh gerombolan Najib hanyalah penafian semata-mata dan berselindung dibelakang kata kata AG Apandi.
Najib UMNO dan BN tengah tersedak.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment