Bismillahirrahmanirrahim.
Allah SWT berjanji bahawa tiada manusia akan menanggung dosa orang lain.
Tetapi apa yang ingin diutarakan disini bukanlah urusan dosa atau pahala tetapi sebaliknya berhubung "bala " Allah SWT yang terpaksa ditanggung olih rakyat kerana tidak tahu menilai atau memilih atau mengangkat pemimpin yang benar benar berjuang berlandaskan Islam dan Al Quran dan sunnah Rasulullah.
Kebanyakan pemimpin Islam hanya pandai menggunakan nas nas agama dalam mengukuhkan kata kata politiknya.
Kebanyakan dari pemimpin pemimpin ini selalu berselindung dan menjadikan ayat Al-Quran dan hadis sebagai "benteng" untuk berselindung.
Tanpa malu dan segan ayat ayat Al-Quran dan hadith dijadikan senjata untuk menghalalkan perbuatan mereka. Inilah yang berlaku dan yang berleluasa masa kini.
Tukang kipas , pengampu serta tentera siber yang dibayar , tanpa rasa takut dan insaf diri, masih tetap mahu mempertahankan bos bos mereka yang terang terangan melakukan perbuatan bersalahan serta perlakuan yang menyalahi kehendak hukum Allah SWT dan Rasulullah.
Namun kejahilan juga yang dipertahankan.
Sebenarnya negara ini sedang dilanda "bala". Samaada rakyat sedar atau sebaliknya, kejadian ini sedang berlaku kini.
Kerana kejahilan pemimpin berkuasa ,sama ada Rajanya mahupun Pemerintahnya ataupun penguasa agamanya, kini, prasa bala Allah SWT sedang kita lalui.
Perhatikan nikmat Allah SWT yang pernah dilimpahi dibumi.ini, sedikit demi sedikit ditarik nikmatnya.
Bumi yang kaya raya dengan hasil bumi pada satu ketika dahulu, kini, hasil masyulnya mula berkurangan.
Tanah yang subur untuk tanaman kini mula ketandusan hasil.
Musim yang bersilih ganti yang menghasilkan tanaman mengikut musim mula terganggu sifatnya maka kini hasilnya mula berkurangan.
Kalau satu ketika dahulu kesenangan dan kemakmuran yang dinikmati kini mula menunjukkan sifat negatif. Rakyat yang dahulu yang terdiri dari berbilang bangsa dan hidup dalam berjiranan kini telah mula merasai curiga sesama mereka. Semuanya kerana taksub dengan pegangan politik masing masing.
Apa yang paling ketara berlaku kini, institusi Pemerintah negara sudah tidak lagi dihormati samada olih rakyat mahupun negara luar.
Pembohongan, penipuan, menyalah gunakan kuasa, rasuah, keadilan dikongkong, serta fitnah samaada dikalangan pemerintah mahupun rakyat marhean dipalit dan sudah ditahap kritikal.
Menipu dan berbohong dalam menyelamatkan eletis pemerintah dijadikan kewajipan . Yang menentang akan dihina ,dicerca serta dikeji.
Bala yang didatangkan kini silih berganti. Peringatan demi peringatan telah diturunkan namun masih ramai yang buta mata dan hati.
Dan yang paling ketara ,diri dan jiwa manusia telah berjaya dibeli dengan wang ringgit.
Kini kesalahan serta salah-laku BOLIH tertebus dengan wang ringgit waima ahli agama pun telah tergadai ilmu yang dipelajari.
Suka atau pun tidak bala yang datang ini adalah berpunca dari tangan tangan manusia yang jahil dalam memilih pemerintah.
Allah SWT telah berikan kita ilmu dan akal fikiran tetapi manusia sengaja membutakan mata kerana takut rezeki dirinya akan terganggu.
Beranggapan bahawa rezeki itu ditangan pemimpin pemerintah dan bukan ketentuan Allah SWT, maka, bala lebih besar pasti berlaku.
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment