Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau nak mengaku jadi anak tempatan Ghombau, seseorang tu mesti ada " suku" .
" Suku" ni pula mesti berjalur dari perut ibunya. Tetapi Khairi ni , ibu dia bukan orang Ghombau hanya bapa nya saja orang Ghombau, maka, dengan itu dia tak layak menyandang apa apa pun atas kapasiti anak Ghombau.
Jadi kalau nak berkokok macam ayam jantan, tak konolah.
Tetapi disebabkan KJ bermentuakan Pak Lah atau Perdana Menteri masa tu, apo laie, orang politik Ghombau cari " can" lah, mana tahu kalau kalau boleh jadi instant Millionaire.
Olih itu isu" calon bukan anak Ghombau" tidak timbul lagi sebab ahli politik Ghombau kenyang kerana" dedak dah ditabur".
Kalau dilihat dipersada politik, KJ, amat jarang dilihat mengutarakan atau melontar idea. Nak membalun lawan pun amat jarang sekali. Nak kata KJ lantang bersuara pun tidak juga..Hala tuju politik dia pun tak terserlah lagi.
Hanya lagak serta jawatan Ketua Pemuda yang disandang ketika Pak Lah masih berkuasa dijadikan penyambung. Itu je.
Angin tidak ribut pun tidak, tiba tiba " budak tak bersuku" ni bersuara, mahu Mahathir n Kit Siang berhenti dari areana politik. Dah kenapa?
Adakah kerana mereka dah tua? Atau KJ tak mampu menepis serangan Mahathir dan Kit Siang terhadap Najib atau sekadar nak tunjuk berani yang tidak mengigit.
Kenapa tak usik Hj Hadi juga. Kan Hj Hadi pun dan tua tambah tambah lagi ada penyakit ditambah dengan tiga orang bini. Kenapa tak suruh juga Hj Hadi berehat saja.Kan lebih baik.
Nak suruh dia orang tu berhenti kenapa?, adakah mereka terpalit atau didakwa rasuah?
Kenapa KJ tak nasihatkan Isa Samad saja untuk berhenti dari politik? Kan Isa juga terpalit dengan ," politik wang" .
Warga Felda tengah sesak nafas sekarang ni gara gara FGV dan Isa Samad.
Adakah pemimpin pelapis UMNO aka Pemuda UMNO menghalalkan kemasukkan dana RM2.6 billion dan RM40 juta wang SRC International keakaun peribadi Najib yang didakwa sebagai "derma"?
Tahukah KJ sebab kenapa Mahathir menentang Najib dan UMNO kini?
Adakah KJ beranggapan bahawa Mahathir itu bodoh atau nyanyuk?
InshaAllah kalau Mahathir disuruh berdebat dengan Pak.Lah aka mentua KJ tu, dirasakan " kencing dalam seluar Pak Lah'. Nazri Aziz yang muda tu pun " tak berani", hanya, berani cakap dari jauh saja. Bila berdepan " menikus".
Kalau nak jadi pemimpin atau ketua ,Al Quran dan sunnah adalah pegangan.
Tetapi kalau setakat nak menyelamatkan tengkok dan tempolok sendiri dan membuta kan mata serta menghalalkan kemungkaran seperti menipu,mencuri, membelit, dan merusakkan agama Islam hanya kerana nak terus berkuasa, beringatlah " bersubahat" itu setara dengan pelakunya.
Olih itu jangan cuba mengodek apa yang tidak diketahui dan jangan menjual diri demi kemungkaran. Takut nanti bala datang silih berganti.
Jangan sampai yang disayangi jadi "taruhan" atas kesalahan kita.
Cahaya Al Majid.
Jawab pun bukan hanya belum...dah kecut buah kerandut si KJ-Oxford tak boleh pakai!
ReplyDeleteTun M pulang paku buah keras KJ dah sendat, LKS dah bersuara, TSMY dah keluar statement....KJ KJ mana kau?
Oh lupa Najib pun N2Hide pun kejong, Nazri cabar debat Tun M pun boleh kecut 2 biji dia kata polis tak bagi bagai...so kalau dah kepala lanun pun sengkek habis, nak harap askar-lanun dan segala talibarut lanun??? Hampehhhh!!!