Monday, 10 July 2017

THE PROMISED LAND: KETAKUTAN UMNO NAJIB: HENTAMAN BERTALI ARUS

Bismillahirrahmanirrahim.

Semenjak balik dari cuti raya , dari Bali ke Perth, Najib seakan akan mendapat semangat baru.

Tiap hari membelasah Mahathir, ada saja "sampah" lama yang dicari untuk dijadikan modal buat membersihkan imejnya . Seolah olah UMNO yang dipimpin Mahathir dahulu adalah "UMNO haprak".

Mungkin  Najib lupa kot, sekadar nak mengingatkan , bahawa Najib juga merupakan salah seorang Naib Presiden ketika Mahathir berkuasa, oleh itu adakah beliau merasakan bahawa hanya keputusan Mahathir seorang dalam membuat segala keputusan dalam Kabinet?

Nak tanya jugak, adakah pinjaman berbillion  dollar 1MDB juga keputusan bersama jemaah Kabinet Najib?
Macammana ya, bekas TPM Muhyiddin Yassin  pun tak tahu akan pinjaman ini? Hanya sedar apabila kes ni Meletop?

Apa yang rakyat sedar kini, Najib dan kebinetnya dah terasak kedinding ataupun kelemasan hingga air dah mula masuk hidung.

Olih itu mencapai atau cuba menggapai apa saja demi menyelamatkan diri  adalah wajib untuk dilakukan.

Mengenengahkan isu Forex, menaikkan Mukris sebagai PM , kegagalan MAS dijadikan isu untuk mengendurkan Mahathir. Dan ura ura untuk menyabitkan isu Forex dengan menubuhkan RCI dijadi kan sandaran olih Najib.

Peeergh...Najib..Najib..

Kalaul benarlah Mahathir bersalah dalam isu Forex dahulu, dan diri Mahathir itu jahat dan licik seperti yang didakwa dah lama Mahathir sabitkan Anwar Ibrahim dalam isu Forex demi untuk membersihkan dirinya tambahan pula ketika itu Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan aka Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Kenapa Mahathir tak heret Anwar Ibrahim sebagai Menteri yang bertanggung jawab?

Dan kenapa ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO dan juga dari Kabinet Mahathir dan Anwar menubuhkan PKR, tiada pula Anwar Ibrahim menuduh Mahathir menyebabkan kerugian Forex 10 Billion seperti yang didakwa  Murad " bekas timbalan gabenor BNM"?

Kalau benarlah Mahathir terlibat dalam isu kerugian berbillion dollar dalam isu Forex ni, dah lama dah PKR.ketika itu.mainkan isu.ini.
So?......

Cukup.cukupla.Najib.dan kepimpinan UMNO, tubuhkan dahulu RCI.untuk 1MDB, RCI.untuk FGV, dan banyak lagi ketirisan dan rasuah .

Jangan ashik dok korek sana korek sini... Tetapi najis kat bontot sendiri kering tak bercuci.

Cahaya Al Majid







No comments:

Post a Comment