Tuesday 3 October 2017

THE PROMISED LAND: RASUAH !RASUAH !RASUAH !

Bismillahirrahmanirrahim.

SEMUA MULA GELAP MATA


Nampaknya isu rasuah ini " berpisah tiada" dengan Najib dan Kerajaan BN.

Dari Ketua Kerajaan iaitu Najib sehinggalah kepada kakitangan Kerajaan, kebanyakkannya , samaada terlibat ,disyaki atau mengamalkan budaya rasuah menjadi amalan harian tidak terkecuali Polis dan Tentera.

Najib sebagai Perdana Menteri mula memberi bermacam macam habuan aka rasuah kepada kakitangan kerajaan bagi memastikan kesetiaan mereka terhadap kerajaan Najib yang kini dilabel olih dunia sebagai Kerajaan Pimpinan KLEPTROKASI.

Memandangkan tempoh kuasa PRU 13 yang dimenangi secara tipis dahulu semakin luput tempoh maka bermacam macam bentuk pemberian bagi membeli jiwa sedang diatur atau telah diberi.

Yang paling ketara  menerima adalah Menteri Menteri Kabinetnya serta Ahli Majlis Tertinggi nya.

Ahmad Maslan, Sharil Samad,Erni Ermawati serta ramai lagi yang tidak disebut ada menerima imbuhan atau rasuah " berbentuk" ini.

Segala bentuk 'pembelian jiwa" atau dalam bahasa kasar yang dipanggil " beli undi" sedang berlangsung.

Rasuah jawatan, Rasuah kedudukan, Rasuah wang ringgit serta Rasuah Naik Haji semuanya sedang berlaku tanpa segan silu.

India, Melayu, Cina, Iban, Keadaan waima kaum "lut" juga,  kalau terdapat dikalangan rakyat Malaysia, pasti semuanya cuba dibeli oleh Najib ataupun oleh Kerajaan pimpinannya.

Namun pada hari ini umat Melayu terutama yang beragama Islam khasnya sedang bergelut antara keperluan kewangan dan keimanan.

Yang satu pihak memerlukan kewangan bagi meringankan perbelanjaan dan disatu sisi pula terpaksa menjerumus kan diri dalam 'pengsubahatan" dan persengkokolan dengan "perasuah" yang dikeji.

Mana satu pilihan , pegangan agama atau dosa bersubahat.


Adakah umat Melayu Islam sanggup menggadai maruah??? demi WANG RINGGIT???

                Cahaya Al Majid






3 comments:

  1. Minta maaf, dalam ketika Melayu yang dibawa umno makin parah, ada pula cadangan bekerjasama dengan PAS yang membawa imej Islam yang sakit.

    Mereka gulakan rakyat dengan "duit" dan "hukum".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga perjuangan kita dalam menegakkan tuntutan Al Quran dan kebenaran melalui penulisan ini agar dapat menyedarkan jiwa jiwa diluar sana. Amin.

      Delete
  2. .. MATAKAPALA NATAHATI BISA GELAP BUTA KARANA RASUAH ..

    PEMBERIAN NON-AHLULBAIT KPD AHLULBAIT DIKATAKAN HADIAH.
    BANTUAN SIKAYA KPD SIMISKIN PAPA KEDANA DINAMAKAN SEDEKAH.

    PEMBERIAN RAKYAT KPD RAJANYA DIBILANGKAN ITU PERSEMBAH.
    PEMBERIAN RAJA KPD RAKYATNYA DIBILANGKAN ITU ANUGERAH.

    SUAPAN RAKYAT KPD PEGAWAI PENGUASA ITU DIBILANGKAN RASUAH.
    BANTUAN BRIM JUGA RASUAH KAH3... KONONNYA PEMERINTAH PEMURAH..

    ReplyDelete