Bismillahirrahmanirrahim.
PRASA DR MAHATHIR DAH BERLALU
TAPI
PRASA NAJIB
Pergolakan politik dinegara ini semakin hari semakin hangat. Ada saja isu isu panas yang datang tanpa "diundang". Bercakap tanpa berfikir selalu jadi isu.
Namun yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan adalah kelibat Dr Mahathir dan Najib.
Dr Mahathir yang pernah menerajui negara ini selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri semestinya mempunyai musuh diluar.
Beliau yang pada satu masa dahulu amat lantang dalam mengkritik Barat dan sekutunya Israel, amat.bergembira ketika.ini, kerana, UMNO parti yang diterajui satu ketika dahulu telah menjadi musuh nyata buat Dr Mahathir dan seluruh ahli UMNO kini memusuhi beliau.
Dunia barat serta Israel memusuhi Dr Mahathir kerana keberanian Mahathir menghentam ketidakadilan barat terhadap Malaysia sebagai sebuah negara membangun dan juga terhadap dunia Islam. Itu sebab Dr Mahathir tidak disukai olih pemimpin negara Barat.
Berhubung Asia Barat pula, kritikan beliau yang keras dan tegas terhadap kekejaman Yahudi terhadap Palestin sememangnya tidak disenangi Barat.
Walauapapun dunia disebelah Timor terutama Jepun, Korea dan beberapa negara lain lagi menghargainya Dr Mahathir.
Mereka mengagumi Dr Mahathir adalah kerana beliau berjaya mentransformasikan negara ini dari negara pertanian kepada perindustrian.
Namun kelebihan Dr Mahathir adalah beliau berani untuk berhadapan dan menjawab semua pertanyaan dari wartawan samada dalam negeri mahupun luar negara.
Keberanian untuk menegakkan kebenaran yang diperjuangkan untuk umat Islam terserlah pada diri beliau .
Berbanding dengan Najib beliau adalah seorang pemimpin yang berani berani takut. Dari dahulu sampai sekarang sama saja.
Nak cerita terlalu banyak dan jelak pulak pasal Najib.
Satu perkara yang perlu kita titekberatkan adalah tentang masa depan negara dan nasib anak bangsa terutama Melayu.
Adakah akan terbelanya nasib orang Melayu sekiranya Najib terus memerintah?
Adakah dengan Najib menjadi penasihatnya maka Felda atau FGV dapat melindungi peneroka ?
Kini semua tahu bahawa peneroka Felda mahupun syarikat FGV sedang dibaluti hutang yang banyak?
Kini terdapat usaha kesatuan. Eropah untuk memboikot minyak sawit. Sekiranya ini berlaku nescaya pendapatan negara sebanyak RM10 billion akan hilang . Apa Najib nak buat?
Kenapa Najib sendiri tidak mahu atau berani untuk membuat lawatan perdagangan ke.EU. kerana isu ini amat kritikal.
Dapatkah Najib dan kepimpinannya menyelesaikan semua masalah ini?
Begitu juga dengan isu lepasan universiti yang tiada peluang pekerjaan. Apa strategi Najib?
Setiap lepasan graduan semua terpaksa menanggung sendiri pinjaman PTPTN.
Semenjak dua menjak ini dilihat Najib amat jarang sekali untuk melakukan lawatan Perdagangan ke Eropah, kenapa ya?
Bukankah disana peluang pelaburan amat tinggi?
Kalau dahulu banyak syarikat syarikat besar dunia sanggup melabur dan bertapak disini tetapi kini hanya syarikat dari China saja yang dilihat aktif disana sini, kenapa??
Adakah.negara ini semata mata bergantung pelaburan dari China.saja??
Apa sudah jadi dengan pelaburan dari Jepun, Korea , Taiwan mahupun dari Australia atau New Zealand.
Ini pun satu bala lagi yang menunggu. Arab Saudi melalui King Salman telah berjanji untuk melabur USD 7BILLION diPengerang iaitu Projek Petronas. Apa status? Dana Saudi dan sampai ke??? Atau masih tunggu teknikal views lagi.
Ini satu lagi lilitan berhubung 1 MDB yang tak sudah sudah dibawah Najib. Sekarang Prince Turki dah kantoi kerana skandal rasuah dan telah pun dilucutkan jawatan Gabenor.
Masih ada sinar kah lagi buat Najib tentang derma yang dikatakan dari keluarga Raja Arab Saudi?
Nampak nya Putera Mahkota ini amat benci dan jijik dengan rasuah maka dengan itu
berbelas belas putera Arab telah ditangkap kerana didakwa rasuah.
Terbongkar kah lagi skandal rasuah yang melibatkan Putera Turki dan 1MDB ini?
Cahaya Al Majid
No comments:
Post a Comment