Thursday, 11 January 2018

THE PROMISED LAND: APABILA SEMUANYA TELAH DIHUJUNG KUASA.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah SWT bersifat Pengasih, Penyayang dan Pengampun.
Tiada satu pun sifat bersalahan berada diatasNya.

Rumah Allah atau Ka'abah yang didirikan adalah diatas wahyu Nya yang disempurnakan ataupun didirikan dari tangan tangan dan kudrat manusia.

Dari Nabi Adam a.s sehinggalah kepada Nabi Muhammad saw Ka'abah tetap berada ditapak dan tempat yang sama.

Telah beratus mahupun beribu kali telah berlaku beberapa pemimpin pemimpin Islam yang menerajui negara masing masing telah diberikan kesempatan olih penjaga Ka'abah mahupun Kerajaan pemerintah Saudi membenarkan individu individu untuk memasuki kedalam 'Ka'abah".

Samaada seseorang pemimpin itu baik atau sebaliknya, mahupun kejam, rasuah, membunuh  ataupun melakukan kejahilan kejahilan terhadap orang lain, tetapi apabila menjadi ketua negara, sesiapapun tetap berpeluang .

Lebih labih lagi terdapat banyak pemimpin Kerajaan Islam yang "berperangai buruk' namun atas kesempatan berbaik dengan Pemerintah Arab Saudi maka, tiada sekatan keatas mereka.

Olih itu "memasuki kedalam Ka'abah' bukan bererti seseorang itu telah "di bersihkan" dari dosa dosanya mahupun diampunkan kesalahannya olih Allah SWT.

Dosa tetap dicatit dan pahala pun Allah SWT ganjarkan. Kedua dua pun akan dihisab.
Pahala tidak bolih memadamkan dosa. Hanya timbangan kedua duanya yang menentukan dimana kesudahan kita.

Sesungguhnya Ka'abah itu adalah "kiblat' atau "arah tumpu" solat buat umat Islam.

Alhamdullilah Najib, Dr Mahathir dan beberapa orang lagi dalam negara ini telah diberikan kesempatan olih Kerajaan Arab Saudi untuk mengunjungi serta bersolat dimakam nabi serta diberikan peluang pula untuk memasuki Ka'abah.
Cuma kelebihan Mahathir beliau diberikan kesempatan untuk melakukan solat sunat dalam Ka'abah pada malam Nifsu Shaaban.

Syukur, itulah kesempatan yang dapat digunakan apabila seseorang menjadi Pemerintah negara.

Tetapi untuk mengkategorikan seseorang itu "terpilih" mahupun " istemewa" dipilih Allah SWT, kerana dapat memasuki ka'abah",tiada " Nas sohih" yang memperakuinya.

Namun semua perjalanan " memasuki Kaabah" itu tergantung kepada niat.

Samaada niat seseorang itu mahu "menunjuk nunjuk" mahupun " sebagai "coretan berajenda", semua itu terpulang kepada individu individu.

"Niat yang tercetus dari hati itulah ' tu yang "dipertimbangkan' Allah SWT.

Cahaya Al Majid.








No comments:

Post a Comment